Tag Archives: amalan menabung

Harga RON 97 NAIK lagi | Tips Jimat Cermat Wang Anda




c94057f13e64e26655432fb3abb97d00 Harga RON 97 NAIK lagi | Tips Jimat Cermat Wang Anda

Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa hari ini.Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.

Oleh yang demikian saya mempunyai beberapa cadangan untuk menjimatkan

perbelanjaan kewangan anda.

  • BERHENTI MEROKOK
Kata seorang kawan saya sejak kenaikan harga rokok baru-baru ini beliau cuba
untuk mengurangkan pembelian rokok dalam proses berhenti merokok secara
total.Hasilnya beliau dapat jimatkan belanja RM20 SEMINGGU.
  • BAWA BEKALAN KE PEJABAT / TEMPAT KERJA
Adalah disarankan untuk anda bawa bekal ke opis / tempat kerja sekurang -
kurangnya TIGA kali seminggu.Nescaya anda dapat jimat paling kurang rm30
  • CUCI KERETA / KENDERAAN SENDIRI
Kebiasaannya kos untuk mencuci kereta ialah antara rm8-rm15 , apa kata pada
setiap hari minggu anda cuci sendiri kenderaan anda itu jimat untuk belanja
bulanan anda.
  • BERIADAH DI RUMAH
Sesetengah individu lebih gemar untuk menjadi ahli kelab kesihatan untuk
melakukan aktiviti bersenam.Yuran yang dikenakan mungkin dalam lingkungan
rm100-200 sebulan.Apa kata anda melakukan aktiviti mengeluarkan peluh
di kawasan persekitaran rumah.Sudah tentu ianya menjimatkan bukan…..
  • BAYAR BIL KAD KREDIT PADA MASANYA
Seelok-eloknya janganlah sesekali menangguhkan pembayaran bil kad kredit
anda untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi…Ingat tau….
  • RANCANG PEMBELIAN BARANGAN DAPUR
Pastikan anda mempunya SENARAI barangan yang hendak dibeli untuk
keperluan samada untuk dapur atau diri anda sendiri.Di samping itu hendaklah
dalam keadaan kenyang dan tidak lapar.Membeli belah barangan dalam
keadaan yang perut kosong secara psikologinya akan mendorong kita membazir
secara tidak langsung.
  • BAYAR BIL SECARA ONLINE
Dengan kemudahan perbankan internet yang memboleh kita untuk membayar
kebanyakan bil utiliti harian maka tidak perlu lagi kita memandu untuk pergi
ke setiap kaunter pembayaran.Menjelaskan bil secara online dapat jimatkan
masa dan wang anda.
So itulah diantara tips penjimatan kewangan dari saya…. mungkin anda semua
boleh menambah idea yang lain yang lebih praktikal yea….
p/s : Sekarang nie kena selalu fikir KEPERLUAN vs KEHENDAK

Merancang kewangan anda




gk 02.1 Merancang kewangan anda

USAH terlalu boros dalam berbelanja, pastikan anda menyimpan pendapatan anda.



WANG adalah pasport untuk kehidupan yang lebih mudah dan selesa. Menguruskan wang ketika remaja adalah perlu. Ini kerana, ia bakal memberikan pulangan yang banyak ketika anda berusia kelak.

Rancangkanlah kewangan anda dari sekarang. Ia bukan sahaja menjamin masa depan yang selesa tetapi sebagai bekalan jika anda menghadapi kesukaran nanti.

GenK membantu menyenaraikan beberapa tip buat panduan remaja untuk mengurus dan merancang kewangan:

1. Uruskan wang

Mungkin ada remaja yang berpendapat, menguruskan wang semasa muda adalah tidak perlu. Bagi mereka ia terlalu awal untuk merancang kewangan kecuali jika mereka sudah bekerja.

Namun begitu, jika anda bersikap demikian ia hanya merugikan diri sendiri. Menabunglah daripada sekarang. Sebagai contoh, jika anda menabung 50 sen sehari, maka untuk tempoh lima tahun akan datang anda akan meperoleh wang sebanyak RM912.

gk 02.2 Merancang kewangan anda

KAD kredit akan membuatkan anda menjadi penanggung hutang lebih buruk jika tidak bijak menggunakannya.

2. Berbelanjalah dengan baik

Jangan berbelanja mengikut nafsu. Jika anda selalu diajak rakan untuk membeli-belah. Apa kata kadangkala anda menolak pelawaan rakan secara baik atau berikan sahaja alasan munasabah supaya tidak mengikut mereka berbelanja. Cuba menahan diri daripada godaan barang. Ada sesetengah remaja yang pantang melihat barang yang disukai, pasti akan dibelinya barang tersebut.

Selain itu, sebelum membeli sesuatu barang sentiasalah membuat perbandingan harga. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli tudung. Apabila anda pergi ke satu kedai, jangan terus membeli tudung di kedai tersebut. Cuba pergi ke kedai lain dan buat perbandingan harga. Jika anda boleh mendapatkan harga tudung yang jauh lebih murah di kedai lain, mengapa anda perlu membazir wang membeli tudung yang mahal.

3. Faham tentang modal dan pendapatan

Salah satu konsep wang yang paling penting untuk anda tahu adalah memahami perbezaan antara modal dan pendapatan. Modal adalah berupa wang, hartanah, saham atau pelaburan lain yang menghasilkan pendapatan bagi sesiapa sahaja yang memilikinya.

Cara paling baik untuk ingat perbezaannya dengan memikirkan pokok yang berbuah.

Pokok itu sendiri adalah modal, manakala buahnya pula merupakan pendapatan. Jika anda terus memiliki pokok (modal) anda akan terus menghasilkan buah (pendapatan) setiap tahun. Selain itu, upah atau gaji yang diperoleh anda juga merupakan pendapatan daripada modal kerja.

gk 02.3 Merancang kewangan anda

JIKA remaja menabung syiling sebanyak 50 sen sehari selama lima tahun anda akan mengumpulkan wang sebanyak RM912.

4. Risiko kad kredit

Kad kredit adalah cara yang mahal untuk meminjam wang. Anda akan menghadapi risiko besar apabila membayar wang kad kredit nanti. Jika anda ingin berbelanja tetapi tidak mempunyai wang tunai, memadai sahaja jika menggunakan kad debit bank. Anda tidak perlu membayar hutang tetapi hanya menolak wang perbelanjaan tersebut daripada bank simpanan anda.

5. Elak daripada meminjam bank

Jika meminjam, anda seolah-olah membebankan kewangan pada masa hadapan. Sebagai contoh, jika anda meminjam wang RM10,000 daripada bank. Walaupun anda membayar balik pinjaman dengan menolak wang gaji pada setiap bulan tetapi anda tetap dikenakan faedah yang banyak.

-kosmo