
Sesungguhnya…
Anugerah Juara Lagu 27 telah melabuhkan tirainya pada dua hari yang lepas….dan saya
ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada CELCOM ( XPAX ) yang telah menaja sepasang
pass eksklusif buat saya untuk menonton siaran langsung AJL 27 tempohari

Pada hari ahad yang lepas saya bertugas sampai pukul 4 petang…. sesudah selesai kerja
terus saya ke STADIUM TERTUTUP PUTRA BUKIT JALIL …. Dan apabila sampai kelihatan
para petugas AJL 27 telah bertungkus lumus menyiapkan stage untuk RED CARPET AJL27


Cuaca pada petang itu amat baik sekali – walaupun saya dah standby awal-awal payung
kaki takut hujan akan turun kan….


Ada booth khas dari CELCOM XPAX yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuklah
MAJLIS POST PARTY bersama selebriti kepada pengguna CELCOM XPAX selain pass masuk
untuk AJL 27 nie…

Turut kelihatan para pengunjung yang menyertai aktiviti KARAOKE lagu finalis AJL 27 ….
Dua kawan nie memang sempoi laa….diorang menyanyikan lagu TEMAN PENGGANTI dengan
sungguh sedap sekali – siap mamat yang pakai CAP HITAM tu rap siot….

Dalam masa yang sama ada konti HOTFM yang membuat SIARAN LUAR – LINTAS LANGSUNG
di Stadium Putra Bukit Jalil… Dan masa saya tiba ke booth diorang nie.. baru je selesai game
kumpulan yang menawarkan hadiah wang tunai…. Idea yang bagus apabila melibatkan
pengunjung dan pendengar HOTFM itu sendiri…

Kelihatan beberapa PEMINAT SETIA SHILA AMZAH yang sedang berkumpul bersama-sama
dengan ahli kelab peminat yang lain…



Di setiap pintu masuk memang ramai betul orang yang beratur untuk masuk ke STADIUM ni
sekali pandang macam game bolasepak la pulak kan….

Di kawasan area RED CARPET pula – terdapat beberapa orang yang ditugaskan untuk
menjaga orang yang lalu lalang dan stage agar tidak ada GATE CRASHER yang terselit
masuk tanpa PASS KHAS….


Sebenarnya saya dah berada betul-betul di PENTAS CATWALK RED CARPET AJL27 nie tapi
OFFICIAL PHOTOG yang lebih mendapat kebenaran ambil gambar dan secara tidak langsung
telah menyukarkan saya untuk mengambil gambar dengan jelas…. apatah lagi saya hanya
menggunakan STANDARD KIT LENS yang tak boleh nak ZOOM FOR LONG SHOT…huhuhu

Geram punya pasal… saje je saya snap gambar orang belakang saya nie….dan rata-rata
yang datang nie boleh tahan jugak dressing diorang nie….pasang badan la kata orang….


Rezeki saya cuma dapat amik gambar KAER dan MIERA LIYANA sebab kebetulan mereka
berdua lalu betul-betul depan mata saya….hehehehe



Seperti permintaan BLOGGER REZEKI BERGANDA-GANDA - Ini sahajalah gambar sebenar
yang mampu diambil setelah berebut dengan OFFICIAL PHOTOG …. Dan apabila terfikir
tiada siaran langsung untuk red carpet ni saya terus mengambil keputusan terus masuk
ke stadium….


Dan saya dapat duduk di kawasan yang KHAS BUAT CELCOM XPAX yang saya rasakan
tempat yang strategik untuk menonton secara langsung terus ke pentas persembahan…..

Dan pastinya saya nak ucapkan pada FEMALE LIFESTYLE BLOGGER yang baik hati amik
gambar sebagai kenangan saya di AJL 27 nie…. yosh !!!
p/s : Semoga CELCOM XPAX akan terus berikan tiket eksklusif sebegini di hari mendatang….



