Panahan ASMARA di STARS ARCHERY Sunway Pyramid

1 Januari 2012…

Cuti Umum sempena tahun baru…ramai rakan setugas saya mengambil kesempatan

untuk pulang ke kampung dan ada juga yang pergi bercuti bersama famili…Bagi saya

pula aktiviti baru pada tahun ni ialah MEMANAH DALAM DEWAN di STARS ARCHERY

bertempat di Sunway Pyramid….

Alhamdulillah…

Rezeki di tahun baru…ada member saya baik hati nak SPONSOR saya main memanah

dalam dewan nie.Sukan rekreasi yang telah lama dicuba oleh BLOGGER RM 3K dan

BLOGGER MALAM JUMAAT sebab dia wakil acara MEMANAH PERINGKAT NEGERI

PERAK….. hahahaa

So inilah pakej diorang…. saya dan kawan saya main 36 arrows tapi bahagi DUA la kan…

maka lebih kurang 18 batang anak panah setiap seorang….Okey la buat saya yang

baru pertama kali nak cuba sukan nie…

Ini adalah kawasan untuk anda semua memanah….yang warna MERAH tu beratnya

24paun dan yang warna HITAM tu 20paun…..Dan ianya dipanggil recurve bow tapi

ciri-cirinya adalah yang paling minimum untuk sukan memanah dalam dewan nie.Untuk

pengetahuan anda semua…. acara recurve adalah salah satu acara yang dipertandingkan

di sukan OLIMPIK mahupun kejohanan dunia

Setelah saya pulang ke rumah…. dan buat sedikit pembacaan barulah saya tahu pasal

kedudukan kaki semasa memanah….Kalau kita pegang panah tangan kanan kaki

kiri kita mesti berada di belakang sedikit dari kaki kanan…Dan kalau pegang panah

tangan kiri kaki kita hendaklah dalam kedudukan selari….

Bagi tujuan rekreasi inilah target untuk memanah dalam dewan…dan sebagai orang

baru atau 1st time main benda nie….anak panah tu OFF TARGET memang suatu

perkara yang normal kan…

Ini adalah pelapik lengan yang dipakai pada tangan yang memegang panah untuk

melindungi tangan dari kemungkinan cedera akibat bergesel dengan tali busur atau anak

panah itu sendiri…( pemahaman saya laaa )

Saya diberikan tunjuk ajar oleh staf STARS ARCHERY bagaimana teknik asas untuk

menggunakan recurve bow nie…selain kedudukan tangan yang betul…fokus mata kita

sesuai ke arah TARGET yang nak kita halakan….

Lupa pulak nak beritahu… kita kena pakai satu lagi sarung cincin jari (TIGA JARI )untuk

keselamatan semasa tarik dan lepaskan tali busur kita tue…1st time pakai nie

memang nampak cam cool abis laaa….hahahaha

Actually set game yang pertama abis main dalam setengah jam jee…then member saya

bermurah hati untuk kasi saya main satu set lagi….Tapi kali nie staf STARS ARCHERY

lain yang datang bantu saya….Melihatkan PANAHAN ASMARA saya off target

je sehinggakan dua tiga kali terpanah target orang sebelah….Maka dia cadangkan saya

tukar posisi…panah arah pemegang tangan kiri….Dan ada hasil positif laa sebab saya

dapat pegang busur tu dengan lebih baik….takde goyang sangat bila nak lepaskan

anak panah tue…

Tips dan pesanan yang diberikan ialah…. KEDUDUKAN TANGAN tue kena lurus dan

pegun…. begitu juga kepala TAK BOLEH goyang-goyang sebab ia akan beri

kesan semasa kita lepaskan anak panah tue….

Di samping itu ada juga kawasan untuk memanah kategori kanak-kanak….dengan jarak

lebih kurang 5 meter berbanding dewasa lebih kurang 10 meter….Sesiapa yang ada

anak or adik boleh je bagi diorang cuba memanah kat sini…

Kepada anda yang berminat nak jadikan acara memanah nie untuk acara pertandingan

ataupun aktiviti semasa gathering boleh call EN SUFIAN pada nombor telefon di atas

yea…

Sempat jugak la saya borak-borak dengan penyelia STARS ARCHERY Sunway Pyramid

nie…Cik Ana yang peramah orangnya….

InsyaAllah….

Suatu hari saya akan arrange untuk pergi memanah lagi dengan kengkawan blogger…

sambil mintak PEKERJA CONTOH KUMPULAN TM untuk sponsor sebab saya tahu

dia pun mesti minat gak indoor archery nie….yoshh !!!

 

p/s : Nak cuba terjah STARS ARCHERY kat Berjaya Times Square pulak next time….

980 total views, 4 views today