Tag Archives: bengkel fotografi

Kursus Asas Fotografi Padat – Cuma RM230





FOTOXPRESS%20LOGO Kursus Asas Fotografi Padat   Cuma RM230

KURSUS ASAS FOTOGRAFI YANG RINGKAS DAN PADAT
DENGAN HARGA YANG SUNGGUH MENJIMATKAN!


KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN!
Tarikh 9 April 2011 (Sabtu)
Lokasi Pusat Latihan FOTOTEACHER.COM
No. C-1-9, Tingkat 1, Blok C, Megan Phoenix,
Jalan 2/142A, Km 10, Off Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur
Koordinat GPS – N 003.07789, E 101.74423
[peta lokasi]
Jumlah Peserta Maksimum 100 orang
DAPATKAN HARGA DISKAUN EARLY BIRD SEKARANG!
CUMA RM230 SEORANG
(BAYAR SEBELUM 21 Mac 2011)

Anda layak untuk mendapat harga diskaun Early Bird sekiranya anda membuat bayaran penuh sebelum tarikh yang dinyatakan di atas. Selepas tarikh tersebut, harga biasa yang lebih tinggi akan dikenakan.
Tinggal lagi 100 90 tempat kosong.
KLIK DI SINI UNTUK PENDAFTARAN
Pelajari cara mengawal kamera anda dalam program FOTOXPRESS yang dinanti-nantikan selama ini!
Adakah anda rasa keliru dengan berbagai butang kawalan dan istilah pada kamera digital anda dan ingin mengetahui cara mudah menggunakannya?
Adakah anda berminat dalam fotografi, tetapi belum bersedia untuk melaburkan terlalu banyak wang dan masa untuk mempelajarinya dengan mendalam?
Adakah anda ingin hadir kursus asas fotografi sebelum ini tetapi tidak mampu membayar yuran yang mahal?
Jika jawapan anda adalah ‘ya’ bagi situasi di atas, anda mesti hadir ke program ini!
MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM
Program FOTOXPRESS
Kod program FEX
Durasi 1 hari
Masa 9.00 pagi – 6.00 petang
Bahasa perantara Bahasa Melayu
Jumlah peserta Maksima 100 orang peserta
Objektif Untuk membolehkan peserta mengawal kamera DSLR bagi mendapatkan hasil foto yang berkualiti dari segi teknikal
Siapa patut hadir
Kursus ringkas dan padat ini sesuai dihadiri oleh:
1) Individu yang kurang berkemampuan untuk hadir kursus asas fotografi yang lebih intensif yang mengenakan yuran lebih mahal
2) Individu yang baru memiliki kamera digital dan ingin tahu cara menggunakannya dengan betul dalam masa yang cepat
3) Individu yang meminati fotogafi, tetapi tidak bercadang untuk terlalu serius atau belajar fotografi secara mendalam dalam masa yang terdekat ini
4) Individu yang meminati fotografi, tetapi belum pasti samada bidang ini betul-betul sesuai untuknya dan belum sanggup untuk pelajari fotografi secara terlalu mendalam atau hadir ke kursus yang intensif yang berharga lebih mahal
Jika anda benar-benar serius dalam fotografi dan berminat untuk belajar secara mendalam, kami sarankan agar anda hadir ke kursus yang lebih intensif dan lengkap – Kursus Asas Fotografi Digital (AFD)
Syarat penyertaan Terbuka kepada semua individu yang berminat untuk mempelajari asas kawalan kamera digital samada kamera compact/point and shoot atau kamera DSLR. Juga terbuka kepada pengguna sebarang jenama kamera samada Nikon, Canon, Sony, Olympus, Pentax dan sebagainya.
Persediaan sebelum hadir program
1) Kenali semua kawalan kamera anda seperti mengenali butang kawalan aperture, shutter, ISO dan sebagainya
Peralatan yang perlu dibawa
1) Kamera DSLR sebarang jenama
2) Lensa
3) Buku manual kamera
4) Pen dan buku nota
Kemudahan yang disediakan
1) Minum pagi dan minum petang disediakan
2) Makan tengahari disediakan
3) Surau dan tandas berdekatan dengan tempat kursus
ANTARA SUBJEK DI DALAM PROGRAM INI:
1 Teknik memfokus secara AF dan MF
Dengan memahami subjek ini, foto yang dirakam oleh anda akan mendapat kualiti foto yang tajam (sharp) dengan cara yang cepat dan tepat
2 Fungsi dan kesan shutter speed
Ketahui kesan shutter kepada exposure (kecerahan foto) dan kesannya kepada foto yang tajam tanpa gegaran. Anda juga akan dapat menghasilkan foto yang kreatif dengan teknik menggunakan kawalan shutter
3 Fungsi dan kesan aperture
Pelajari mengenai kesan aperture kepada kecerahan foto dan kesannya kepada medan ketajaman foto atau depth-of-field (bokeh)
4 Fungsi dan kesan ISO
Fahami cara yang betul menggunakan kawalan ISO supaya anda dapat merakam foto yang bebas dari noise (foto dengan kesan berbintik) dan pelajari bagaimana untuk merakam foto di tempat yang kurang cahaya tanpa menggunakan flash
5 Fungsi dan cara menggunakan auto exposure mode
Pelajari cara mengawal kamera secara automatik tetapi masih boleh mendapatkan foto yang berkualiti seperti yang anda kehendaki
6 Fungsi dan cara menggunakan exposure compensation
Pastikan anda yang mengawal kamera, bukan kamera yang mengawal anda! Dapatkan kecerahan foto seperti yang anda kehendaki – tepat pada setiap masa!
7 Fungsi dan cara menggunakan exposure meter
Gunakan kebijaksanaan dan teknologi kamera anda untuk membantu anda mendapat foto yang berkualiti tinggi. Tanpa pengetahuan ini, kamera yang canggih pun tidak akan berfungsi seperti sepatutnya…
8 Fungsi dan cara menggunakan metering pattern
Fahami dengan sebenarnya kawalan yang selalu mengelirukan ramai jurufoto lain – bagaimanakah cara untuk menggunakan tetapan metering pattern spot, centre weighted, matrix dan sebagainya
9 Fungsi dan cara menggunakan manual exposure mode
Dengan mengetahui rahsia jurufoto terdahulu menggunakan kawalan manual, anda tidak lagi akan menggunakan kawalan automatik selepas ini!
10 Cara mengawal white balance
Pelajari petua mudah kawalan ini bagi mendapatkan foto yang natural tanpa kesilapan warna – tidak perlu Photoshop!
11 Karakter dan cara penggunaan lensa yang betul
Ketahui banyak kelebihan kit lens yang ramai orang tidak tahu. Ini akan dapat difahami bila anda belajar tentang focal length sesuatu lensa dan kesannya kepada foto yang anda rakam
12 Lain-lain subjek yang berkaitan dengan asas kawalan kamera
Banyak lagi subjek lain akan disentuh secara kasual dan akan ditimbulkan dari sesi soal jawab yang diadakan
SIJIL PENYERTAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA SETIAP PESERTA!

Jom sertai BENGKEL FOTOGRAFI DIGITAL ( Siri 2 )




183586 147755161950973 145257495534073 282214 6760384 n Jom sertai BENGKEL FOTOGRAFI DIGITAL ( Siri 2 )

Program ini akan diadakan di Putrajaya selama 2 hari yang akan disampaikan oleh seorang pengamal fotografi profesional iaitu saudara Abas Hassan dari Akademi Fotografi Profesional ( http://www.bicara-foto.blogspot.com/ )

Program ini terbahagi kepada 2 hari dan meliputi seisi kuliah (teori dan teknikal) yang padat dan juga penggambaran (amali) yang menarik di sekitar Putrajaya. Program ini terbuka kepada semua pencinta seni fotografi tidak kira mempunyai kamera atau tidak..tidak kira ianya orang baru ataupun lama dalam bidang fotografi.

Jika berminat, sila dahulukan wang pendahuluan sebanyak RM100 ke : Akaun Maybank 164052025063 (Azlan Azraai Bin Mat Tahar) dan baki boleh dijelaskan pada hari pertama bengkel ini berlangsung.

Makan & minum akan disediakan meliputi minum pagi, makan tengahari dan juga minum petang selama 2 hari. Nota turut disediakan. Sijil Penyertaan akan dikeluarkan oleh Akademi Fotografi Profesional.

Serba ringkas mengenai En.Abas Hassan :

Abas Hassan adalah seorang pengamal fotografi profesional yang kini sedang giat menjalankan aktiviti pembelajaran fotografi di IPTA, IPTS, jabatan kerajaan & swasta, ahli fotografi profesional dan mereka yang inginkan pendedahan mengenai fotografi. Disamping itu Abas Hassan juga seorang editor foto digtal dan diantara hasil kerja beliau ialah buku Busana Melayu oleh Puan Azah Aziz (buku terbaik pilihan Malaysia 2007) terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bermula sebagai jurujual peralatan fotografi, jurufoto profesional didalam dan luar negara dan kini sebagai penasihat, pengajar fotografi dan pencetakan, Abas Hassan merupakan seorang yang berketrampilan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau yang luas dalam usaha fotografi anda.

Sekian terima kasih.

Yang Ikhlas,

Larn Azrai ( Penyelaras)
Fadhil Bagumbayan (Ketua Fasilitator)

p/s : Kepada yang berminat  untuk memantapkan ilmu fotografi amatlah

digalakkan menyertai bengkel fotografi nie….

Intensive Editorial Photography Course

Abadikan gambar anda dalam penerbitan, bukan setakat disimpan -

Pembimbing:  Saudara Rabani HM. Ayub, Photojournalist .

http://www.facebook.com/rabani?sk=photos )

Tarikh:

18 Feb 2011 (bermula jam 6.00 petang) hingga 20 Feb 2011 (jam 6.00 petang) (Jumaat-Ahad)

Tarikh Tutup Penyertaan : 6 petang, 16 Feb 2011 (Rabu)

Tempat :

Ulu Langat, Selangor. Peserta dikehendaki berkumpul di Look Out Point, Bukit Ampang selewat-lewatnya jam 8 malam untuk makan malam dan aktiviti penggambaran malam)

(Maklumat terperinci akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar sahaja)

Matlamat:

Kursus ini mendedahkan peserta kepada teknik untuk menghasilkan gambar yang berkualiti untuk editorial (penerbitan).

1. Matlamat kursus ini untuk menghasilkan seorang photographer yang faham tentang konsep dan penggunaan Composition, Colors, Contrast, Clarity dan Communication untuk menyampaikan photo yang baik kualiti visual dan mesejnya, baik dalam keadaan suasana yang terang, malap mahu pun malam.

2. Para peserta insya Allah tahu penggunaan Auto White Balance/Kelvin, Body Flash dan External Flash beserta dengan Diffuser/Bounce/Reflector untuk portrait dan close up photography. Para peserta akan memahami juga jenis fail dan peruntukkannya serta jenis untuk sebaran, persembahan dan percetakan.

3. Selepas kursus, selain pengetahuan atau kesedaran teknik photography seperti yang dinyatakan pada perenggan atas, memahami etika photography dan skop seorang photographer yang mengambil tentang subjek photographynya.

Pengisian Kelas Intensive Editorial Photography Siri I:

Ia terbahagi kepada beberapa acara iaitu;

1. Praktikal (mengambil gambar dalam pelbagai genre)

2. Editing dgn Adobe Lightroom

3. Multimedia

Ia terbahagi kepada beberapa bahagian

A. Editorial Photography ( Kualiti Majalah/Penerbitan Cetak)

1. Prinsip Editorial Photography

2. Landscape

3. Portrait

4. Lowlight (Sunrise/Sunset/Moonlight/Startrails/Starfield)

5. Flash Photography

B. Editing Dengan Adobe Lightroom 3

- Kataloging, Editing & Pengurusan Photo

<span>C. Multimedia Development</span>

- Pembinaan Aplikasi Multimedia Utk Persembahan Photo

Pembimbing: Saudara Rabani HM. Ayub, Photojournalist . ( http://www.facebook.com/rabani?sk=photos )

Encik Rabani Ayub merupakan Fasilitator untuk kursus-kursus fotografi Editorial.

Beliau adalah photojournalist utk Blu Inc/SPH yg menerbitkan lebih dari 10 jenis majalah antarabangsa spt majalah MAS Going Places, Men Health dan Action Asia sebagai contoh. Diantara penerbitan lain dimana kerja beliau diterbitkan adalah Asian Geographic.

Sebahagian kecil hasilkerja beliau boleh dilihat melalui galeri beliau seperti sesawang berikut:

http://www.trekearth.com/members/rabani/photos/

Berikut rumusan kursus tersebut. Perbezaan utamanya:

********************************************

Rancangan Mengajar Advanced Photography/Editorial

Kursus editorial photography ini dirangka untuk para pengguna camera DSLR dan Point & Shoot untuk menghasilkan foto yg sebaik mungkin dan mematuhi keperluan editorial yang menghendaki foto yang dihasilkan kurang penyuntingannya ( editing).

Berikut adalah rancangan mengajar serta syllabus secara ringkas.

A. Prinsip Editorial Photography

Para peserta akan diberi tunjuk cara tatakerja 5C untuk menghasilkan kerja yang sebaik mungkin dan konsisten:

1. Composition: Persembahan Subjek

2. Color : Penggunaan White Balance

3. Contrast : Dedahan atau Exposure yang bertepatan

4. Clarity : Definasi yang jelas dan tidak kabur

5. Communication : Message yang hendak disampaikan.

Para peserta juga akan diberi taklimat tentang:

1. Etika Photography

2. Peta Minda Photojournalism

B. Praktikal

Memerlukan kawasan luar bandar yang ada sedikit kawasan hutan dan berdekatan dengan sungai/airterjun. Peserta dinasihatkan memakai pakaian yang bersesuaian tetapi santai.

Para peserta semasa kursus itu, akan diberikan latihan praktikal untuk genre photography seperti berikut:

1. Landscape ( Dalam keadaan suasana terang dan malap )

2. Portrait ( Tujuan, Pakaian dan Suasana serta Posing )

3. Close Up ( Penggunaan Aperture, Speed & Lighting yang sesuai )

4. Lowlight ( Penggambaran landscape waktu malam dengan menggunakan cahaya bulan & bintang)

5. Flash Photography ( Penggunaan body flash & external )

Semasa sessi ini, para peserta akan didedahkan pada penggunaan tripod dan jenisnya, body dan external flash baik pada body atau remote, disamping penggunaan bouncer, diffuser dan reflector mudah alih. Semasa sessi practical ini, para peserta akan menggunakan sistem file jenis RAW, penggunaan White Balance yang betul dan alat bantu kamera seperti remote trigger. Peserta juga ditunjuk cara bagaimana hendak mendapatkan foto suasana malam dengan hanya menggunakan cahaya bulan dan bintang.

C. Penyuntingan Editorial

Penyuntingan foto menggunakan sistem yang piawai dan serasi dengan mana mana sistem suntingan editorial untuk semua bentuk dan kelas penerbitan.

Para peserta juga akan didedahkan dengan pengurusan dan penyuntingan bentuk editorial dengan menggunakan Adobe Lightroom 3. Semasa sessi ini, para peserta akan ditunjuk cara:

1. Bagaimana menyediakan sistem fail untuk penyimpan, perkongsian dan pengarkiban foto

2. Menyenaraikan foto dengan menggunakan metadata dan katakunci.

3. Penyenaraian foto dan penyuntingannya

4. Menyediakan foto untuk kegunaan web dan email

5. Menyediakan foto untuk percetakan

6. Menyediakan foto untuk persembahan multimedia

D. Pembinaan Applikasi Multimedia

Sessi kelas ini menunjukcara bagaimana membuat persembahan multimedia dengan menggunakan 2 sistem bina multimedia:

1. Module Persembahan Adobe Lightroom

2. Applikasi Multimedia Edaran Commercial

Semasa sessi kelas ini, para peserta akan diberi taklimat tentang teknik persembahan yang sesuai dan menepati citarasa badan korporate dan ruang tamu, dengan penggunaan transition dan bunyi latar belakang.

BAYARAN

Yuran:

RM 600.00 – anggaran masa kursus 30-35 jam dua hari (banyak amali)

(Bayaran ansuran boleh dibincangkan jika perlu)

TEMPAT TERHAD

Penginapan dan makan minum : PERCUMA (2 orang satu chalet)

* Jika peserta memilih untuk tinggal seorang satu chalet atau ingin membawa keluarga, bayaran tambahan dikenakan sebanyak RM100.00

> Peserta yang menyertai kursus pertama ini boleh mengikuti mana-mana kursus yang sama pada masa yang lain tanpa sebarang bayaran (kecuali penginapan dan makan minum ditanggung sendiri)

> Sijil Professional yang ditandatangani sendiri oleh Saudara Rabani Ayub disediakan.

> Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pn. SHAHRINA AHMAD SHARKAWI

HP: 016-2090165  / 013-4712120

E-Mel : shahrinasharkawi@yahoo.com

ATAU Encik Rabani Ayub (PM/ Mesej ke In Box beliau di http://www.facebook.com/rabani?sk=info )

Gambaran Kawasan Kursus

179641 1417243970142 1803912942 789730 3121525 n Intensive Editorial Photography Course
slow shutter best ni
181392 1417247530231 1803912942 789746 2864405 n Intensive Editorial Photography Course
sesi fotografi dengan talent pun boleh
168614 1415430244800 1803912942 786837 360752 n Intensive Editorial Photography Course
My dotter Nur Afiffy testing the Canon..@ Bukit Ampang..(Peserta kelas Advance Editorial Photography brsama Sdr Rabani Ayub juga brpeluang ke sini waktu malam..)
169075 1417264450654 1803912942 789792 6682468 n Intensive Editorial Photography Course
chalet penginapan
168323 1417268570757 1803912942 789809 5961166 n Intensive Editorial Photography Course
kawasan tenang dan selamat
168791 1417271210823 1803912942 789824 8287696 n Intensive Editorial Photography Course
chalet mengadap sungai
180159 1417276610958 1803912942 789867 912211 n Intensive Editorial Photography Course
air yang tak berapa dalam
166856 1417485536181 1803912942 790205 1203606 n Intensive Editorial Photography Course
parking lot yang lapang..
167851 1417271810838 1803912942 789829 4421728 n Intensive Editorial Photography Course
sesuai untuk aktiviti keluarga
180305 1417244290150 1803912942 789732 8255692 n Intensive Editorial Photography Course
macro
180425 1417431974842 1803912942 790156 4285497 n Intensive Editorial Photography Course
Tempat berkumpul peserta kursus, 18 Feb 2011 (Jumaat), 6 petang – 10 malam (peserta dikehendaki sampai paling lambat jam 10 mlm, sebab lepas tu akan bergerak masuk ke tempat kursus di kawasan perkelahan di Ulu Langat).