Lelongan Terlampau…..

awek+jual+dara Lelongan Terlampau.....

Pelajar kolej jual dara di Internet

CARACAL – Seorang pelajar kolej berumur 18 tahun, Alina Percea (gambar) menjual daranya di Internet bagi membiayai yuran pengajian, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun hasrat Alina untuk memperoleh AS$73,557 (RM266,689) masih belum kesampaian setelah bidaan tertinggi yang diperolehinya hanya AS$7,355 (RM26,667).

Gadis dari Caracal, di Olt, Romania itu menyiarkan satu tawaran di sebuah laman web bagi mencari pasangan.

Tawaran yang dikemukakan turut melibatkan hubungan seks tanpa memakai kondom.

“Saya mahu menemui lelaki yang lemah lembut, hormat dan pemurah.

“Saya mempunyai sijil daripada pakar sakit puan yang membuktikan saya masih dara,” kata Alina.

Menurutnya, pemenang bidaan perlu mempunyai sijil kesihatan yang membuktikannya bebas daripada penyakit.

“Lelaki yang berjaya membuktikan sikap pemurah boleh bersama saya pada hujung minggu tetapi dia perlu membayar semua kos termasuk tambang pengangkutan serta kos penginapan,” kata Alina.

Dia berharap lelongan itu akan menemukannya dengan seorang lelaki yang bakal menjadi suaminya. – Agensi

Petikan : akhbar KOSMO

213 total views, no views today