Tag Archives: bisnes internet

Rahsia Jana Wang Dengan Ebook!




Perniagaan ebook merupakan perniagaan yang paling mudah diuruskan serta tidak memerlukan modal yang banyak untuk memulakannya. Oleh sebab itulah pada hari ini ramai yang berlumba-lumba menghasilkan ebook. Namun begitu hakikatnya kejayaan sesuatu perniagaan ebook tersebut sebenarnya bergantung kepada strategi yang digunakan. Ramai yang boleh buat ebook tetapi majoriti gagal menjualnya!

Memperkenalkan Panduan Jana Wang Dengan E-Book!

cover ebook thumb Rahsia Jana Wang Dengan Ebook!

Semua Pembayaran Adalah Selamat 100%!

bank logo Rahsia Jana Wang Dengan Ebook!

  • Tajuk: Jana Wang Dengan Ebook
  • Topik: Perniagaan Internet
  • Penulis: Aqif Azizan & Jamal
  • Halaman: 85 m/s
  • Format: PDF
  • Harga: RM30 RM20 Sahaja
Oleh sebab itu, Panduan Jana Wang Dengan Ebook ini ditulis berdasarkan daripada pengalaman penulis sendiri dalam bidang perniagaan ebook ini dan dilengkapkan dengan imej, carta & graf. Ia juga ditulis berdasarkan kajian yang khusus & menyeluruh untuk memberikan tip, panduan serta strategi yang betul untuk anda yang ingin menjana pendapatan lumayan, menerusi bisnes informasi berasaskan ebook.
RM20 Merupakan Harga Promosi. Tempah Ebook Ini Sekarang!

Tas tangan penutup tin




in 03.1 Tas tangan penutup tin

MAY menunjukkan tas tangan dihasilkannya yang tampak kemas dan trendy.



SEJAK akhir-akhir ini, semakin banyak kempen dan program mempromosikan kepentingan amalan kitar semula dilaksanakan dalam memupuk kesedaran agar masyarakat prihatin dengan situasi genting dunia berdepan pemanasan global.

Amalan kitar semula juga merupakan usaha murni bagi memastikan generasi akan datang dapat turut mewarisi bumi hijau ini.

Bagi pemilik blog, www.meetanhandicraft.blogspot.com, May Oh, 50, dia mempunyai cara tersendiri dalam mempraktikkan amalan kitar semula bahan buangan.

Jika orang lain mengumpulkan tin minuman untuk dijual, bagaimanapun May menjadikan penutup tin dan kad plastik sebagai tas tangan moden menarik untuk digayakan.

“Semasa kecil lagi saya sudah meminati seni kraf tangan, malah akan membuat tas tangan ataupun bakul dengan menggunakan tali rafia. Ini kerana beg agak mahal untuk dimiliki sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.

“Sejak empat tahun lalu saya mula berkecimpung membuat tas tangan menggunakan penutup tin minuman dan kad isi semula kerana minat mendalam terhadap seni kraftangan,” katanya.

May sama sekali tidak menyangka produk keluarannya akan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang inginkan kelainan apabila menggayakan tas tangan tersebut.

“Pada mulanya, tas tangan ini hanya digunakan anak perempuan saya apabila melanjutkan pengajian di kolej swasta. Dari situ banyak kawan-kawannya berminat dengan produk tersebut sehingga membuatkan saya membuat laman blog,” ujarnya lagi.

in 03.2 Tas tangan penutup tin

SEBANYAK 250 hingga 2,000 penutup tip digunakan May untuk menyempurnakan sebuah tas tangan.


Dia yang agak cerewet dalam pemilihan penutup tin minuman berkata, kira-kira 250 sehingga 2,000 penutup tin akan digunakan untuk menghasilkan sebuah tas tangan tersebut mengikut kesesuaian saiznya.

Tambah May, semasa awal pembabitan menghasilkan tas tangan berkenaan penutup tin minuman akan diperoleh melalui kawan-kawan, sanak saudara dan kedai-kedai kopi berdekatan kejiranan rumahnya.

“Bagaimanapun, apabila permintaan semakin tinggi, saya akan membelinya atau mengutip sekali sekala untuk memudahkan lagi proses penghasilan tas tangan berkenaan. Penghasilan tas tangan ini memerlukan ketelitian dan kesabaran kerana ia bukanlah satu proses yang mudah untuk dilakukan.

“Saya mengambil masa sehingga dua minggu untuk menghasilkan sebuah tas tangan tersebut agar ia kelihatan moden dan berkualiti. Bagaimanapun, jika terdapat permintaan serta perlu mengikuti tarikh akhir, saya akan memastikan disiapkan dengan cepat,” katanya lagi.

May menambah, proses penghasilan tas tangan berkenaan dilakukan dengan beberapa langkah termasuk membersihkan penutup tin minuman dengan pencuci agar tiada kesan gula dan mengeringkannya di bawah sinaran matahari.

Katanya, ia juga perlu diketuk menggunakan tukul besi untuk meratakannya kerana terdapat penutup tin minuman yang berbentuk bulat dan empat segi.

“Selepas itu, barulah proses menjahit dan menghasilkan tas tangan itu dilakukan. Biasanya saya akan menggunakan benang kapas kerana ia lebih cantik dan memenuhi cita rasa pelanggan,” ujarnya.

May menambah, selain dibuat sepenuhnya dengan tangan antara keistimewaan lain tas tangan itu ialah ia lebih ringan.

Dengan menggunakan tangan, tas tangan tersebut lebih kemas, cantik dan trendy.

in 03.3 Tas tangan penutup tin

SEBUAH blog dihasilkan May selepas tas tangan uniknya mendapat permintaan ramai.



“Selain itu, pelanggan juga tidak akan perasan bahawa tas tangan tersebut diperbuat daripada penutup tin minuman kerana kehalusan pembuatannya.

“Saya menjual produk-produk tersebut pada harga RM50 hingga RM350 bergantung kepada bahan yang digunakan semasa membuat tas tangan ini,” katanya.

Sementara itu, May memberitahu dia juga ada menjual produk-produk yang dihasilkannya pada acara-acara kitar semula ataupun alam sekitar.

“Saya juga ada menyediakan kelas bagi mereka yang berminat untuk mempelajari teknik pembuatan seni kraf tangan ini.

“Mereka yang berminat hanya dikenakan RM300 seorang tetapi jika terdapat tiga orang pelajar, bayarannya tetap sama dan bermakna setiap orang hanya mengeluarkan RM100,” katanya.

Walaupun tas tangan berkenaan mendapat perhatian, May masih menganggap seni kraf tangan yang dilakukan sebagai hobi.

“Ia dilakukan adalah untuk bersama-sama membantu memulihara alam sekitar dengan mengamalkan amalan kitar semula,” katanya.

-kosmo

Wang Tidak Masuk, Jika Bisnes Anda ‘Offline’




–> KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Facebook, blog, muat turun lagu, memasuki “chat rooms” di Internet memang menjadi kegemaran remaja ini, tiada bezanya dengan anak muda lain.

Adly Mukhtar banyak mencuri masa daripada setiap kesempatan yang ada untuk ke kafe siber, melayari Internet kerana di rumahnya tiada kemudahan itu.

Tapi boraknya di Internet bukan bualan kosong. Adly seronok meneroka dunia. Beliau mencari sesuatu yang bermakna setelah menyedari minatnya melayari Internet boleh membawa keuntungan pada dirinya.

Adly terpikat membaca kejayaan Irfan Khairi, pakar perniagaan Internet yang menjadi jutawan pada usia 25 tahun.

Irfan pernah dipetik sebagai berkata “cara paling mudah untuk berjaya di Internet ialah dengan mengikut jejak langkah mereka yang berjaya”.

Itu jugalah yang diikuti Adly, “Saya terfikir, kalau dia boleh berjaya kenapa saya tidak?” kata Adly memulakan bicara.

BERMULA DENGAN RM300

Adly mula menjana pendapatan di Internet pada usia 16 tahun, ketika masih di tingkatan 4 lagi. Setahun selepas itu, beliau melancarkan produk digital yang diberi nama “101 Tip Adsense Terbongkar” dan menjana pendapatan RM10,000.

Produk itu berupa e-buku bagi usahawan Internet yang berharga RM20 satu. Ia menerangkan 101 teknik bagaimana untuk memaksimum atau menggandakan pendapatan Google Adsense.

“Saya pinjam duit kawan sebanyak RM300 untuk memulakan projek ini,” kata Adly.

Selepas SPM, dia melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti tempatan dalam bidang kejuruteraan komputer, namum nekad berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan Internet yang dijalankan dan berjanji pada dirinya untuk terus menimba ilmu bagi kemajuan diri dan masa depannya.

Pada ketika itu, beliau sudah memiliki komputer sendiri yang dibelikan ibunya untuk pengajian di universiti.

Bersama seorang rakan kampung di Kota Bharu, Kelantan, Mohd Zhafran Mohd Ghani, beliau menubuhkan syarikat penyelesaian Internet Flarebiz Network dua tahun lepas.

Mohd Zhafran yang meminati apa saja berkaitan dengan reka bentuk dan pembinaan laman web, menjana pendapatan di Internet dengan membuat servis reka bentuk laman web mini atau mini sites dan e-cover di pasaran domestik dan luar negeri.

TARIK MINAT USAHAWAN

Model perniagaan Flarebiz Network lebih kepada perkhidmatan dan penghasilan produk digital seperti e-book dan servis khas untuk usahawan yang mahu memperbaiki perniagaan mereka menggunakan kuasa Internet.

Bagi tujuan meluaskan jaringan rakan dari kalangan mereka yang berminat berniaga menerusi Internet, mengumpulkan pakar dan sebagainya, Flarebiz Network mengasaskan e-majalah atau Majalah Internet Malaysia untuk mempromosi pemasaran Internet.

Mereka mahu menyedarkan pengguna tentang potensi untuk menjana wang di Internet dengan berusaha menyatukan semua usahawan pemasaran Internet tempatan menulis artikel mengenai bidang perniagaan ini.

E-majalah yang boleh dimuat turun secara percuma itu diperkenal dengan tujuan mendidik pengguna Internet mengenai potensi Internet sebagai medium atau media baru untuk menjana pendapatan.

Adly berkata majalah itu mengandungi artikel-artikel menarik, termasuk ilustrasi kartun yang mendidik pembaca dengan cara dan teknik yang betul untuk menjadikan Internet sebagai sumber pendapatan tanpa melibatkan perkara seperti sistem MLM atau pemasaran multi peringkat, sistem piramid, skim pelaburan Internet, HYIP atau program keuntungan tinggi, sistem derma duit dan tukaran wang asing secara online.

Setakat ini IM dimuat turun oleh kira-kira 20,000 orang.

KE KUALA LUMPUR

Anak bongsu daripada tiga beradik ini mendapat sokongan ibu bapanya walaupun berhenti belajar dalam usia muda tetapi mereka tahu anak mereka mempunyai kecenderungan yang bukan sia-sia.

Bapanya seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar meninggal dunia tahun lepas, tetapi sempat melihat kejayaan Adly melalui bidang yang diceburinya.

Walaupun bisnes Internet boleh berpangkalan di mana-mana, keadaan sekeliling memaksa Adly membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dan membuka pejabat Flarebiz Network yang kini mempunyai enam lagi petugas terdiri daripada anak-anak muda berusia dalam lingkungan 20-an.

Selepas IM berjaya menarik perhatian ramai usahawan, Adly dan rakan kongsinya mahu mencipta sesuatu yang signifikan terutama dalam Bahasa Melayu untuk manfaat usahawan tempatan membawa perniagaan mereka maju setapak lagi.

Mereka bangunkan sistem kedai online – Niagakit – yang dicipta setelah mengenal pasti kelebihan dan kekurangan perisian shopping cart antarabangsa yang tidak sesuai dengan keperluan urus niaga tempatan.

“Kami guna Bahasa Melayu untuk kemudahan peniaga kecil dan peniaga konvensional dengan mengajak mereka daripada berniaga offline kepada online,” katanya.

Niagakit, menurutnya, memudahkan usahawan menggunakan medium yang mereka selesa, tidak rumit dan memenuhi keperluan asas mereka.

Adly berbangga kerana kini ramai yang berjaya memanfaatkan sistem yang diperkenal beliau kerana masalah biasa yang dihadapi kebanyakan mereka ialah tidak tahu membina laman web dan kurang mahir dengan perkara teknikal untuk menjual produk di Internet .

PRODUK MALAYSIA

“Niagakit merupakan sistem kedai online khas untuk rakyat Malaysia,” dan menurut Adly, beliau dan rakan kongsinya faham apa yang diperlukan oleh seseorang itu untuk menjual produk secara online.

“Dalam dunia perniagaan Internet kini anda memerlukan sebuah sistem kedai online yang benar-benar mantap dan menyediakan pelbagai fungsi menarik yang akan memudahkan kerja seseorang.

“Seseorang itu boleh melakukan semuanya sendiri bermula dengan menyenaraikan produk sehinggalah memproses tempahan tanpa menghadapi sebarang masalah, dan tanpa perlu membazir wang dan masa untuk sistem memilih kedai online yang selaras dengan kehendak pasaran tempatan,” katanya.

Sistem ini ditawarkan pada harga RM1,000 tetapi Adly dan rakan kongsi turut menganjurkan bengkel atau seminar mini, mengajar secara mendalam selok belok sistem ini dan perniagaan Internet. Caj yang dikenakan untuk bengkel separuh hari hanya RM10.

“Baru-baru ini semasa saya mengadakan seminar di Johor Baharu, orang Singapura pun turut hadir,” katanya bangga.

LAMAN WEB MINI

Flarebiz Network juga mencipta laman web mini, khas untuk menjual produk fizikal atau digital.

Untuk mempromosi produk mereka, Flarebiz Network mengadakan bengkel membina laman web mini yang memberikan panduan kepada peserta bagaimana untuk membina web mini dalam masa yang singkat tanpa perlu mengetahui perkara teknikal, yang sukar.

Biasa yang hadir ialah usahawan muda dan usahawan wanita yang mahu bekerja dari rumah, menjual tudung, pakaian, barang antik dan sebagainya.

Kebanyakan yang menggunakan sistem kedai online ini, menurut Adly ialah golongan berusia 25-40 tahun.

“Kebanyakan mereka bermula dengan bisnes konvensional. Kami ada pangkalan peminat dan yang berjaya akan berkongsi cerita di facebook, dari situ kaki turut memantau perkembangan perniagaan mereka.

“Saya sendiri belajar dan mendapatkan informasi (selain buku) daripada rakan pakar-pakar bisnes ini melalui jaringan Internet juga, berkongsi pengalaman, menggunakan konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya,” katanya.

Kini menurut Adly, Flarebiz Network menjana pendapatan dalam lingkungan lima angka setiap bulan dan beliau mengambil gaji sebanyak RM5,000 sebulan.

CABARAN YANG DIHADAPI

Dalam setiap perniagaan sudah tentu ada jatuh bangunnya. Bagi Adly pengalaman pahit beliau ialah, bila pelaburannya mula-mula datang ke Kuala Lumpur membeli mesin mencetak t-shirt berharga RM10,000 daripada seorang kawan, terbengkalai begitu saja.

“Ketika itu saya anggap dunia perniagaan ini kejam, tapi dari situ saya belajar daripada kesilapan.

“Saya bangkit semula atas sokongan rakan-rakan dan pakar, seperti seorang usahawan IT di Kelantan. Kebanyakan mereka saya kenali melalui jaringan di Internet,” katanya.

Adly sedar dalan perniagaan Internet dan perkembangan di dalam Internet itu sendiri membuatkan dia tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dibangunkan.

Adly juga percaya budaya membeli belah secara online yang menjadi trend di banyak negara akan menjadi amalan di negara ini suatu hari nanti.

Maka itu beliau agresif menjaja Niagakit, mengadakan seminar mengenai penggunaannya dan memberi penerangan kepada usahawan lain.

Beliau memegang kata-kata pengasas Microsoft dan hartawan Bill Gates: “Dalam abad 21 ini kalau bisnes tiada dalam online, ia bukan bisnes.”

– BERNAMA

Pakaian terpakai di Internet




Kebiasaannya kita mendengar orang menjual barangan terpakai di kedai-kedai, bazar atau pasar malam, agaknya apa perbezaan apabila pakaian terpakai dijual menerusi Internet?

in 05.1 Pakaian terpakai di Internet

IRYANTI bersama sebahagian daripada produk barangan terpakai yang dijual di blog precious–junk.

GAYA fesyen tidak semestinya lahir melalui sesuatu yang baru tetapi pakaian terpakai juga boleh menjadi trend terkini dan menyegarkan pandangan.

Menyedari potensi pakaian terpakai dalam pasaran negara ini khususnya golongan muda, seorang pereka dalaman nekad membuka blog http://precious–junk.blogspot.com/ untuk memenuhi permintaan tersebut.

Pengendali blog precious–junk, Iryanti Abdul Rahman, 24, berkata, penerimaan gaya pakaian terpakai lebih terarah kepada golongan muda kerana ia lebih murah dan mampu dimiliki.

“Sentuhan kreativiti tersendiri oleh golongan muda ini dalam menggayakan pakaian terpakai membuatkan ia tampak segar dan moden.

“Bahkan pakaian terpakai juga mempunyai pengikut tersendiri yang inginkan sesuatu yang berlainan berbanding pakaian sedia ada di pasaran,” katanya.

Iryanti menambah, idea untuk menjual pakaian terpakai itu diilhamkan kira-kira setahun yang lalu apabila beliau dan kakaknya mengemas bilik. Mereka mendapati terdapat banyak pakaian yang tidak dipakai ketika itu.

“Disebabkan saya mempunyai cita-cita untuk membuka butik sendiri pada satu hari nanti, saya terfikir lebih baik saya menjual pakaian yang tidak dipakai tersebut di Internet.

Jaminan kualiti

“Ia boleh dijadikan sebagai batu loncatan sebelum menceburi bidang fesyen dengan lebih serius malah saya juga boleh mendapat sumber pendapatan sampingan,” ujarnya.

Beliau menambah, produk terpakai dalam blognya hanya dijual pada harga RM5 hingga RM25 sahaja dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Katanya, beliau akan memastikan kualiti dan corak pakaian yang akan dijual untuk kepuasan pelanggannya.

in 05.2 Pakaian terpakai di Internet

LAYARI blog precious–junk untuk mendapatkan pakaian dan item fesyen terpakai pada harga berpatutan.

“Saya tidak akan menjual pakaian lusuh dan tidak boleh dipakai kerana kepuasan pelanggan amat diutamakan malah terdapat juga pakaian berjenama seperti Guess, Seed, East India, Padini dan lain-lain dalam koleksi.

“Bagaimanapun, barangan ini terhad dan saya mengamalkan konsep siapa cepat dia dapat untuk tidak mengecewakan pelanggan,” ujar anak keempat daripada lima beradik ini.

Produk dalam blog precious–junk tidak hanya terhad menjual pakaian terpakai bahkan pengguna juga mendapatkan tas tangan dan kasut untuk dipadankan dengan pakaian.

Dari manakah barangan terpakai itu diperoleh? Iryanti hanya tersenyum dan menjawab ringkas, golongan wanita suka membeli-belah.

“Golongan wanita yang suka membeli-belah kadangkala terlupa terdapat pakaian, beg atau kasut baru dalam almari mereka dan hanya menyedarinya ketika mereka mengemas bilik.

“Kebanyakan barangan terpakai dalam blog merupakan milik saya dan kakak. Ada juga yang diberikan oleh saudara- mara dalam usaha membantu memajukan lagi jualan saya.

“Saya juga ada membeli barangan daripada orang ramai yang hendak menjual barangan mereka tetapi perlu dalam keadaan baik dan berkualiti,” katanya.

Tambah beliau, konsep membeli barangan daripada orang ramai dilakukan bertujuan untuk menjadikan blog berkenaan sebagai platform kepada mereka untuk mahu menjual barangan terpakai yang merimaskan di dalam almari.

Katanya, ia adalah satu langkah menang-menang bagi kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, Iryanti menambah, pelanggan-pelanggan yang berminat untuk mendapatkan barangan terpakainya boleh membuat tempahan melalui Internet.

“Bagi mereka yang menetap di Petaling Jaya saya akan menghantar barangan sendiri tetapi dalam urusan wang tunai sahaja untuk memudahkan kedua-dua belah pihak berurusan,” katanya.

Sementara itu, pelanggan-pelanggan juga boleh mengunjungi beberapa bazar iaitu bazar bijou, bazar threadzoo di sekitar Lembah Klang untuk mendapatkan barangan terpakai Iryanti.

Pelanggan-pelanggan boleh melayari blog Iryanti untuk mengetahui lokasi perniagaannya di bazar-bazar terpilih.

-kosmo

Fione bernilai RM20,000 sejam

Jurulatih Pemasaran Internet No. 1 di Asia selama enam tahun berturut-turut dan 10 Usahawanita Berjaya adalah sebahagian gelaran yang diraih Fione Tan.

ru 01.1 Fione bernilai RM20,000 sejam


BELIAU sering ditempelak dan dicemuh tatkala menghulurkan kad perniagaannya dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Eonenet.com pada majlis-majlis korporat beberapa tahun lalu.

Disebabkan usia muda, baru tamat pengajian di universiti, bertubuh kecil dan berasal dari negara Asia, ramai yang menyangka beliau hanya seorang setiausaha dan tidak layak mendapat layanan kelas pertama seperti CEO.

Namun, Fione Tan, 31, tidak mudah melatah. Malah beliau berusaha gigih menyusun strategi dalam perniagaan Internetnya dan kini dikenali sebagai Jurulatih Pemasaran Internet No. 1 di Asia selama enam tahun berturut-turut.

“Saya memulakan Eonenet.com pada tahun 2000 pada usia 22 tahun. Sebelum itu, saya bekerja di syarikat insurans. Dengan komitmen kerja yang tidak mengenal waktu, jadual kerja yang padat ditambah pula dengan gaji rendah, saya mula bosan dengan kerja.

“Waktu itu saya mengimpikan kerja yang boleh dilakukan dalam keadaan santai, tidak terperap di pejabat, kurang risiko kerugian dan pastinya tidak memerlukan saya untuk bangun awal pagi!,” ujar lulusan Sarjana Muda Pemasaran dan Perniagaan dari Universiti Iowa, Amerika Syarikat (AS) ini.

ru 01.2 Fione bernilai RM20,000 sejam

PENCAPAIAN dan pengiktirafan yang diterima Fione menyuntik semangatnya untuk lebih berjaya.


Tekad untuk mencari pekerjaan yang lebih baik, Fione teringatkan pengalamannya semasa menuntut di AS. Menurutnya, di sana banyak urusan perlu dilakukan menggunakan Internet bahkan adakalanya menjadi satu kemestian.

Bertitik tolak dari situ, Fione mendapat idea untuk menjadikan Internet sebagai medium pemasaran yang menguntungkan. Dengan waktu bekerja yang fleksibel, kurang risiko rugi dan kos operasi yang murah, Fione lantas nekad dengan keputusannya itu.

“Apa yang saya miliki hari ini bermula dengan hanya satu pelan perniagaan yang mempunyai empat muka surat. Pada masa itu dalam fikiran saya, tertanam satu desakan yang saya perlu bersungguh-sungguh mengubah hidup saya.

ru 01.3 Fione bernilai RM20,000 sejam


ru 01.4 Fione bernilai RM20,000 sejam


ru 01.5 Fione bernilai RM20,000 sejam

BERSAMA suami, Harrace Lau yang turut menjadi nadi dalam merealisasikan impian dan cita-cita dalam perniagaan internet.



ru 01.6 Fione bernilai RM20,000 sejam

“INTERNET adalah medium yang membuka pasaran global kepada pelanggan saya. Dengan akses 24 jam sehari dan 365 hari setahun, ia adalah lubuk duit” – FIONE TAN.



“Saya mula pergi ke seminar-seminar perniagaan untuk membentangkan pelan perniagaan di samping mencari pelanggan yang berpotensi.

“Usaha itu berhasil apabila sebuah syarikat antarabangsa bersetuju menyuntik modal sebanyak RM88,000. Saya laburkan RM75,000 untuk membina laman web dan bakinya digunakan untuk operasi syarikat,” cerita Fione.

Cek pertama RM15

Walaupun yakin perniagaan alam maya mampu memberikan rangkaian promosi meluas, Fione mengakui beliau hanya untung RM15 pada bulan pertama perniagaannya.

“Saya terima cek untuk bulan pertama hanya RM15 (AS$4.40). Nak tunaikan di bank pun malu. Oleh kerana proses itu mengambil masa dua minggu dan dikenakan caj RM26 untuk transaksi, saya tak tunaikan pun cek itu.

“Walaupun pun hanya dapat RM15, saya tak patah semangat. Saya teruskan rutin harian iaitu duduk di depan komputer sekurang-kurangnya selama 10 jam sehari.

“Saya buka banyak laman web dan belajar bagaimana mahu menjadikan Eonenet.com berada di tempat pertama di enjin carian utama seperti Google, Yahoo! dan Baidu. Pada bulan ketiga baru saya dapat pulangan balik modal, rasa berbaloi menghadap komputer seharian,” cerita Fione.

Kini selepas sembilan tahun menjadi ejen pemasaran Internet, wanita ini mampu menjana pendapatan mencecah RM1 juta sebulan. Bukan itu sahaja, laman sesawang miliknya, Eonenet.com sudah memasuki pasaran negara-negara maju serta memiliki beberapa aset hartanah elit di Malaysia serta Hong Kong.

Pencapaian anak kelahiran Jinjang, Kuala Lumpur ini bukan setakat itu. Selain gah di pasaran Internet, beliau juga terkenal dengan khidmat perundingan Internet berkesan. Malah di peringkat antarabangsa, ramai pelanggan sanggup membayar RM15,259 (AS$4,500) untuk 45 minit sesi konsultasi bersamanya.

Dek kejayaannya menempa nama di arena perdagangan alam maya itu, Fione sering dijemput malah turut menganjurkan seminar-seminar keusahawanan bagi berkongsi strategi untuk memperluaskan rangkaian pemasaran para peserta melalui Internet.

“Sehingga kini, lebih kurang 30,000 orang telah mengikuti seminar saya dan boleh dikatakan semuanya berjaya. Ada suri rumah memperoleh pendapatan lebih RM30,000 pada Ramadan lalu hanya dengan menjual kek lapis.

“Ada juga pelanggan saya merupakan sekumpulan pengusaha ladang pir di Taiwan. Melalui Eonenet.com, mereka telah berjaya memperluaskan pasaran di Asia dan menembusi pasaran di Amerika serta Eropah.

“Ada juga yang mengambil kesempatan wabak H1N1 sebagai peluang buat duit. Mereka jual topeng muka dan mampu jual lebih 1,000 kotak di Internet.

“Selain produk, ada juga pelanggan yang mempunyai kemahiran tertentu menjual perkhidmatan mereka melalui Internet.

“Contohnya, seorang CEO di sebuah syarikat terkemuka di Singapura mahu bersara kerana tekanan kerja. Dia mula menyertai kami dan menjual kemahiran yang dia ada di Internet. Nyata cara itu mampu memberinya pendapatan lumayan tanpa perlu menghadapi stres lagi.

“Pendek kata, jika ada kesungguhan, disiplin dan dedikasi, anda juga boleh berjaya.

“Saya melihat Internet dan dunia siber bagaikan lubuk. Segala-galanya ada di sana sama ada maklumat, rangkaian sosial mahupun tempat untuk membuat wang,” jelasnya panjang lebar.

Internet mengubah hidup

Dengan kejayaan dalam karier dan hidup yang jauh lebih selesa, Fione juga tidak menyangka kuasa Internet mampu mengubah landskap kehidupannya.

“Tanpa dedikasi, disiplin, pengalaman terdahulu serta sokongan keluarga dan pekerja, mungkin saya tidak akan berada di tahap ini,” tutur isteri kepada Harrace Lau, 40-an ini.

Biarpun kini beliau sedang berada di puncak kerjayanya, anak sulung dari dua beradik lebih senang merendah diri.

“Secara peribadinya, masih banyak ruang untuk saya perbaiki. Untuk kata puas, mungkin belum lagi, tetapi kalau lega, mungkin ya.

“Saya bersyukur dengan kerja ini saya boleh dapat duit untuk bayar ansuran rumah, kereta dan memiliki pejabat di Malaysia serta di Hong Kong. Saya bukan orang yang suka melebih-lebih.

“Asalkan cukup makan dan pakai, ada duit lebih untuk disimpan, pergi membeli-belah dan sesekali ke spa, saya sudah okey,” katanya yang mengakui lahir dari keluarga sederhana.

Tambah beliau, ibunya merupakan seorang akauntan, bapa pula bekerja sebagai juruteknik elektrik. Disebabkan kehidupan yang serba sederhana, orang tuanya terpaksa bekerja keras untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Adakalanya dalam sebulan, hanya seminggu saja saya berpeluang berjumpa dengan ibu. Selebihnya masanya dihabiskan dengan kerja.

“Disebabkan itu, memasuki sekolah menengah, saya nekad belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat biasiswa ke Amerika. Saya tidak mahu melihat orang tua saya susah lagi.

“Sekarang saya gembira kerana dapat menyumbang keselesaan dalam hidup mereka sekarang,” ujar Fione yang mengakui karakter ibu kesayangan banyak mempengaruhi kejayaanya.

Walaupun sering mengimpikan kehidupan disaluti kemewahan sejak alam remaja, Fione tidak menyangka impiannya tercapai secepat ini.

“Saya bersyukur kerana Tuhan buka hati untuk cepat berhenti kerja dulu. Kalau tidak berada di tempat sekarang, pasti saya sedang bekerja keras dari pagi ke malam di syarikat insurans itu,” selorohnya.