Pada hari ahad lepas …
Setelah menonton filem JUVANA kat PLAZA METRO KAJANG…. saya terus makan
kat restoran berhampiran ( esok saya cerita ) …. Dan pada mulanya niat nak
terus balik rumah sewa…. tapi naluri hati terus je nak singgah SEKSYEN 7 BANGI…

Terus saya mencari lokasi RESTORAN SUP URAT KETIN tu…. akhirnya dapat jugak terjah
walaupun dah lama tahu akan kewujudannya….Rasa nak mencuba tu selepas tengok
JJCM tahun lepas…

Sampai kat meja makan terus pesan SUP URAT KETIN (UK) bersama dengan nasi kosong
sepinggan….Nak pesan NASI PAKAPAU , diorang kata menu tu buat waktu malam sahaja…..
so ianya adalah alasan untuk saya terjah lagi la yea….

Meh sini saya kasi ZOOM skit…..
SUP URAT KETIN nie rasanya macam kenyal-kenyal sedikit…tapi boleh je kunyah masuk
dalam mulut kan….dan ramuan sup adalah SEDAP !!! Selain sup ketin … ada jugak sup
daging , tulang dan lain-lain….Harga semangkuk SUP URAT KETIN ni adalah rm8 sahaja…..

Merasakan macam tak cukup je makan masa tu…. saya pesan pulak SATE URAT KETIN
10 CUCUK sebagai tambahan….ternyata tindakan saya itu memang bagus sebab rasa sate
urat ketin memang best makan kuah kacang yang diberikan….

Dan kat sini diorang tak guna ketupa biasa….. tapi rupa macam PULUT DAKAP KELANTAN
( maaf… lupa nak tanya ) nama sebenarnya….syok jugak makan cicah ngan kuah kacang
tau….

Layan air simple jee… TEH O AIS LIMAU….
So sesiapa nak terjah RESTORAN SUP URAT KETIN ( UK ) nie boleh la terjah :-
80,SEKSYEN 7,43650,BANDAR BARU BANGI, 43650 Selangor, Selangor, Malaysia