Pada 6 Mei 2011 yang lepas saya telah mendapat jemputan ke HYPP TV
Bloggers Party di Neo Tamarind Kuala Lumpur.Kejayaan HYPP TV yang kini
sudah mencapai lebih kurang 80,ooo orang yang melanggan sejak ianya
diperkenalkan tahun lepas membuatkan saya lebih ingin tahu sejauh mana
kualiti HYYP TV tersebut.
Sebab segala informasi mengenai pakej yang ditawarkan boleh didapati dengan
melayari website rasmi UNIFI di www.unifi.my maka dengan menghadirkan
diri saya ke parti ini dapatlah saya merasai pengalaman menonton siaran di
HYYP TV secara live.
Ini adalah STB – Set Top Box untuk Hypp tv – lebih kurang macam decoder laaa
Set ini didatangkan sekali dengan
DECT PHONE – Telefon mudah alih untuk talian tetap TM
RESIDENTIAL GATEWAY – Modem yang mengawal kadar kelajuan internet
Kita boleh lihat senarai chanel di bahagian menu berserta sipnosis rancangan
atau filem yang ditayangkan
Lihatlah betapa bagusnya kualiti gambar dengan HYYP TV yang tiada masalah
walaupun dalam keadaan cuaca HUJAN LEBAT.
Okey berbalik kepada cerita mengenai parti ini , pertama kali saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada pihak NUFFNANG kerana memilih saya
sebagai salah seorang blogger ke parti ini….Rasa teruja membuatkan saya
mengambil cuti tahunan ( officemate saya dapat buat OT ) sebab nak cari
costume yang bertemakan HOLLYWOOD CHARACTER dan nak sampai awal
maklum laa …. saya bergerak dari KLIA….
Saya siap print peta GOOGLE MAPS nak ke Neo Tamarind nie..dan naik monorail
RAJA CHULAN untuk sampai ke destinasi.Untuk pakaian pula saya terfikir nak
dressing macam watak MEN IN BLACK. So cari la kat Berjaya Times Square tu..
dari tingkat 9 saya pergi setiap kedai nak cari blazer atau suit untuk imej MEN IN
BLACK ni…Malangnya kebanyakan tiada saiz saya walaupun XXL ….hahahaa
Memang kena diet lebih la lepas nie…then nasib baik la ada satu kedai kat tingkat
3 tu ade cutting yang sesuai….
Tak nak buang masa terus beli kaca mata hitam dan topi ( sebab nak cover dahi
yang jendul )…
Kena naik lebih kurang LIMA PULUH anak tangga …..
Ini adalah tamarind juice(asam jawa ) selain lemongrass juice ( serai ) untuk
para blogger dan tetamu yang hadir….Air itu telah membuatkan saya dan
blogger retis femes – CIK EPAL menang AIR COKE UNTUK LUCKY DRAW !!!
Kak Ina dan Cik Lily adalah yang terawal sampai…
Bro Shah adalah orang bertanggungjawab amik gambar saya pada malam itu
Cik Lily,Cik Epal , Kak Ina , Wife JEJAI dan adik Phreak ID…. ngehx….
Dapat gak jumpa BANGNARA…..
Gambar bersama CIK EPAL yang peramah….
Eyriqazz dan Darkbatman yang masing menang BEST DRESS dan BEST
CONTESTANT PICTURE
JEJAI – Driver profesional yang hantar CIK EPAL pulang….
Bro Phreak -ID cuba buat saya jeles dengan bergambar ngan CIK EPAL
Lalu saya membawa diri untuk bergambar ngan cik THUMBELINA
Seperti biasa kalau bab makan-makan kat function sebegini memang tak cukup
la untuk mengenyangkan perut saya….Namun kemeriahan parti ini berterusan
dengan nyanyian dari STAF TM dan Lucky Draw untuk blogger dan media….
Cuma saya tak berkesempatan yang bergambar ngan pemenang BEST DRESS
FEMALE aje….
Takpe… next time kita amik gambar berdua yea…..
Tak lupa juga dengan MICHELE nuffnang yang telah berjaya membawa pulang
iPad 2 untuk LuckyDraw…..Dan di sini saya kongsikan gambar candid
CIK EPAL ….
CIK EPAL tersipu-sipu malu apabila dikatakan bakal menantu KAK INI…ngeeee
Dan gambar ihsan dari bro SHAH untuk gaya MEN IN BLACK
p/s : Harap-harap member blogger yang menang iPad 2 nanti jangan lupa ajak
kengkawan buat kenduri kesyukuran yea…


















