Tag Archives: blogging

Jom sertai Contest Duit Raya CERIA AIDILFITRI 2011




Baru-baru ni adik lelaki saya iaitu SHAKIDDO telah berjaya upgrade

blog beliau kepada blog dot com sendiri.Dan bersempena dengan itu

satu contest diadakan untuk semua pembaca blog yang berminat…..

Cara-caranya ialah….

1) Buat satu entry bertajuk “Contest Duit Raya CERIA AIDILFITRI 2011 dari shakiddo.com
2) Linkkan permalink entry ini dan komen di entry ini di blog anda sebagai tanda korang join contest ni.
3) Anda kena buat tugasan!

Tugasan:

1) Ambil gambar anda berhari raya aidilfitri pada bulan syawal dan tahun ini sahaja

dan masukkan di blog anda. Konsepnya adalah CERIA AIDILFITRI. Bermakna, segala

gambar anda yang menunjukkan cerianya aidilfitri anda! Dan perlu ada gambar anda tak

kira anda dengan isteri, anak, mak, ayah, atuk, nenek, tunang, kengkawan opis, sekolah

atau sebagainya tetapi MESTI ADA GAMBAR ANDA!

Gambar profil Syam kawin Jom sertai Contest Duit Raya CERIA AIDILFITRI 2011

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GAMBAR HIASAN

2) Link kan juga sponsor hadiah iaitu hazmanfadzil.com dan shakiddo.com .

Hadiah:

Tempat Pertama: RM50.00 (CASH / TOP UP)

Tempat Kedua: RM30.00 (CASH / TOP UP)

Tempat Ketiga: RM20.00 (CASH / TOP UP)

Wokeh.. Aku rasa korang clear kan? Tempoh contest ini adalah sehingga 18/9/2011 jam 11.59mlm.

Kepada kengkawan blogger sekelian marilah sama-sama kita cuba join contest ini

….mana tahu ada rezeki anda kan…

>> KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT CONTEST <<<

Blog jana pendapatan sampingan




in 06.1 Blog jana pendapatan sampingan

TERDAPAT pelbagai cara untuk pemilik blog menjana pendapatan melalui blog. – Gambar hiasan

PENGARUH blog dalam dunia siber tidak dapat disangkal lagi. Jika dahulu media cetak seperti akhbar dan media elektronik seperti televisyen menjadi kaedah utama penyebaran informasi, kini blog berjaya mendahului kedua-dua media arus perdana tersebut.

Keupayaannya untuk menyampaikan maklumat dengan pantas dan boleh diakses dari segenap pelusuk dunia menjadikan media alternatif itu antara sumber rujukan utama masyarakat hari ini.

Sama ada sesebuah laman itu menjadi wadah meluahkan perasaan, berkongsi ideologi politik, mahupun bersifat akademik, blog telah mengubah landskap dunia penyampaian berita.

Syarikat korporat turut mengadaptasi blog sebagai medium penting bagi mendekati kakitangan dan pelanggan seperti yang diperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

Internet marketing atau pemasaran menerusi Internet terbukti membantu meningkatkan jualan sesebuah syarikat yang dahulunya bergantung kepada pengiklanan konvensional.

Blog mempunyai keupayaan membantu penjenamaan sesebuah produk atau perkhidmatan melalui Internet. Ia secara tidak langsung boleh mengubah tanggapan umum tentang sesebuah jenama dan membentuk keyakinan yang tinggi.

Namun, masih ramai yang tidak menyedari akan potensi blog dalam menjana pendapatan sama ada secara sampingan mahupun sepenuh masa.

Menyedari keadaan itu, seorang blogger sepenuh masa, Rohaizad Jumat, 31, mengambil inisiatif memberikan pendedahan kepada umum menerusi Seminar Asas Blogging pada 29 Mei yang lalu bertempat di Hotel Sri Malaysia, Johor Bahru, Johor.

Para peserta didedahkan tentang bagaimana menghasilkan blog pertama, konsep asas sebuah blog dan panduan memilih domain bagi mereka yang ingin serius dalam dunia blogging. Pemilihan tema sesebuah blog juga turut dititik beratkan bagi memastikan blog kelihatan menarik dan profesional.

Rahsia bagaimana blog boleh membantu menjana pendapatan melalui ruang iklan atau banner, program affiliate, perkhidmatan review daripada pemilik blog serta program-program pengiklanan lain seperti Advertlets dan Nuffnang juga dikongsi bersama para peserta.

Selain itu, mereka turut diajar bagaimana menyertai program PPC atau Pay Per Click seperti Google Adsense dan Chitika yang terbukti menghasilkan pendapatan terutamanya bagi blog yang mempunyai bilangan pengunjung yang tinggi yang mana pembayaran dibuat berdasarkan jumlah klik pada pautan iklan di blog.

Program PPI atau Page Per Impression turut diperkenalkan kepada para peserta. Pembayaran program itu pula dibuat mengikut jumlah trafik ke blog dan jumlah laman yang dilihat dalam sesebuah blog.

Selain itu, mereka turut diperkenalkan dengan program Paid to Post yang membayar pemilik blog untuk meletakkan artikel atau blogpost yang disediakan oleh penyedia khidmat program tersebut.

Satu lagi sumber pendapatan yang boleh dijana melalui blog ialah dengan menjual text link ads atau pautan pada artikel pada blog bagi tujuan SEO yang sememangnya mempunyai permintaan tinggi setiap hari di Internet.

Bayangkan dengan meletakkan pautan kepada laman sesebuah produk atau perkhidmatan syarikat lain untuk tempoh setahun, pemilik blog boleh meraih sehingga ratusan ringgit. Maklumat lanjut berkaitan seminar itu boleh diperoleh melalui laman www.seminarblogging.com.

-kosmo

Obses Facebook




mainpix1 Obses Facebook
Zalila Atan

Undang malapetaka atau kebaikan kepada pengguna wanita?

AWAS kasanova Facebook! Tajuk akhbar mengenai lagak seorang lelaki dari London digelar ‘The Sperminator’ yang menggunakan laman Facebook bagi memperdaya wanita sehingga hamil menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan wanita di alam siber.

Menggunakan rayuan ‘Seratus juta sperma masuk ke dalam rahim dan hanya satu yang menjadikan kamu. Maknanya, kamu adalah yang terbaik’ menjadi senjata bagi Dominic Baronet untuk terus menjerat mangsa.

Namun begitu, selepas satu demi satu rekod buruk Facebook tersebar, laman jaringan sosial itu kekal fenomena pilihan ramai orang ketika ini untuk bersosial selepas Friendster, MySpace dan blogging.

Malah, ketika artikel ini ditulis, statistik diperoleh daripada CheckFacebook.com mencatatkan laman itu mempunyai seramai 316.4 juta ahli di seluruh dunia, dengan 1.08 peratus iaitu kira-kira 3,425,300 pengguna adalah dari Malaysia.

Statistik sama juga menunjukkan peratusan pengguna wanita dari negara ini melebihi jumlah pengguna lelaki iaitu sebanyak 1,723,360 berbanding 1,678,140 pendaftar lelaki.

mainpix2 Obses Facebook
Natalie Hang

Kelompok pengguna berusia 18 hingga 24 tahun paling kerap melayari laman ini diikuti 33.9 peratus atau 1,148,660 pelayar berumur 24 hingga 34 tahun.

Bagi Natalie Hang ,24, gadis manis kacukan Cina Inggeris, pengalaman berkawan dengan seorang jejaka di Facebook amat menakutkan untuk diingati semula. Perkenalan berlaku secara tidak sengaja ketika menemani rakan yang menerima rawatan akibat kemalangan ketika menunggang basikal mempertemukan beliau dengan seorang jejaka Irish di sebuah hospital di London.

“Kami hanya berborak santai sambil dia sendiri menunggu untuk mendapatkan rawatan kerana berdepan masalah alkohol, tapi ketika itu, memang tiada apa yang meragukan mengenai lagaknya.

“Malah, saya akui begitu senang berbual dengannya. Ketika pertemuan singkat itu, dia sempat mengenalkan diri dan meminta mencarinya di Facebook,” kata Natalie sambil mengakui jejaka dikenalinya itu mempunyai perawakan menarik.

Tidak terlalu rapat mengenali, tetapi Natalie mengakui sering berhubung dengan lelaki itu menerusi Facebook. Bagaimanapun, suatu hari, Natalie tergerak hati untuk membuat carian nama lelaki itu di Internet dan mengejutkan apabila carian menunjukkan lelaki itu sebenarnya mempunyai rekod jenayah melampau.

“Namanya agak jarang digunakan ramai orang dan saya percaya dia adalah penjenayah itu dan berdasarkan cerita dia dengan laporan keratan akhbar berkenaan, membuat saya terus mengesyaki rakan Facebook saya itu seorang yang ‘bermasalah’,” katanya.

Keratan akhbar itu memberitahu, rakan dikenalinya itu yang tinggal merempat mempunyai rekod jenayah, menyerang dan merompak seorang pelancong gay dari Kanada serta dikatakan mempunyai sejarah penyakit mental.

Daripada artikel sama yang masih boleh dibaca di Internet, mangsanya itu diserang dengan batu dan tong pemadam api, diikat separuh bogel menggunakan pakaian dan bidai di sebuah bilik hotel yang menjadi persinggahan mereka selepas bertemu di bar gay.

“Kemudian, mangsa diikat pula dengan wayar telefon sebelum diugut supaya mendedahkan nombor pin kad bank sebelum mencederakan diri sendiri menggunakan kaca,” katanya yang terus menyekat akses akaun Facebook daripada terus dikunjungi lelaki itu kerana bimbang maklumat mengenainya ada tertera di laman berkenaan.

Bagaimanapun, di sebalik pengalaman menakutkan itu, Natalie berkata, beliau mengakui Facebook adalah medium komunikasi paling mudah untuk meluaskan pergaulan, malah turut menggunakan kaedah sama berhubung bersama rakan lama yang tinggal berjauhan.

“Peluang ditipu dan berdepan bahaya tidak hanya di Facebook kerana di luar juga penuh dengan pancaroba, namun sebagai seorang wanita, kita tidak harus lalai dalam aspek keselamatan diri.

“Di Facebook ada pengaturcara yang boleh dikawal pemilik akaun dan jika kita mengenali seseorang yang mempunyai niat tidak baik atau boleh mengundang bahaya kepada diri, semuanya boleh diatasi atas kesedaran sendiri,” katanya.

Peluang berhubung dengan rakan sekolah lama

LAIN ceritanya bagi tenaga pengajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Zalila Atan, 35, yang mula berjinak-jinak dengan dunia Facebook kira-kira sebulan lalu kerana katanya laman jaringan sosial terbaru didaftarkan selepas MySpace menemukannya dengan ramai kawan yang sudah lama terputus hubungan.

“Saya mendaftar pun selepas tidak tahan diejek rakan yang mengatakan laman MySpace hanya untuk golongan tua, tapi selepas membuka akuan Facebook, saya benar-benar tidak sangka dapat bertemu semula kawan lama ketika sekolah.

“Tidak setakat itu, kami juga telah sepakat menganjurkan majlis perjumpaan semula rakan-rakan dari Sekolah Menengah Ayer Tawar selepas Aidiladha nanti,” kata ibu muda kepada tiga anak itu gembira.

Sehingga kini, Zalila mempunyai seramai 83 orang kawan siber terdiri daripada rakan yang dikenali di Yahoo Messenger (YM), kawan sepejabat dan kenalan lama dari zaman persekolahan.

“Seronok betul dapat jumpa kawan-kawan lama ketika sama-sama bersekolah dulu. Ada yang sudah lebih 15 tahun tidak bertemu muka dan itu yang paling ditunggu kerana tidak sabar hendak melihat perubahan diri mereka,” katanya sambil tertawa.

Bagaimanapun, tidak pernah membiarkan diri terleka dengan kecanggihan teknologi sementelah beliau sendiri mempunyai suami dan anak-anak, malah Zalila pastikan tidak sewenang-wenang mengesahkan permintaan ‘friend request’ daripada individu yang tidak dikenali.

“Saya juga tidak berani menerima pelawaan rakan yang dikenali di YM untuk bertemu, bukan kerana sombong, tapi sekadar beringat, bimbang juga terjadi apa-apa yang tidak diingini.

“Tetapi kalau berjumpa beramai-ramai diiringi keluarga masing-masing mungkin boleh dipertimbangkan, itupun mungkin selepas lama mengenali antara satu sama lain,” jelasnya.

Tidak sekadar seronok bertemu rakan lama menerusi Facebook, Zalila berkata, di situ juga beliau dapat mengimbau kembali kenangan sewaktu muda melalui foto lama yang dimuat turun oleh kawan-kawan lama.

“Ada juga yang memasukkan gambar kahwin selain gambar lama ketika tengah comot dulu. Itu yang paling kelakar, boleh dijadikan bahan cerita saat bertemu mereka nanti,” katanya sambil tertawa.

FAKTA

Pengguna Facebook seluruh dunia : 316,402,840

Top 10

1. Amerika Syarikat 94,748,820

2. United Kingdom 22,261,080

3. Turki 14,215,880

4. Perancis 13,396,760

5. Kanada 13,228,380

6. Itali 12,581,060

7. Indonesia 11,759,980

8. Sepanyol 7,313,160

9. Australia 7,176,640

10. Filipina 6,991,040

  • Malaysia menduduki tangga ke 8 kategori pengguna aktif (11 November 2009) mendahului Indonesia yang berada di tangga ke 9.INFOFacebook
  • Facebook diluncurkan pertama kali pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg sebagai media komunikasi antara mahasiswa Harvard.
  • Pada September 2006, Facebook membuka pendaftaran untuk orang ramai yang memiliki akaun e-mel.
  • Selain pernah menolak tawaran Friendster untuk membeli Facebook pada harga AS$10 juta, Zuckerberg juga menolak tawaran dari Viacom yang ingin membeli Facebook dengan nilai AS$750 juta dan tawaran dari Yahoo yang ingin membeli Facebook dengan harga AS$1 billion.
  • Secara purata, pengguna Facebook menghabiskan masa sekitar 19 minit sehari untuk melakukan aktiviti di laman jaringan sosial itu.
  • Seminar + Bengkel buat duit dengan BLOG

    PENGUMUMAN :

    Untuk pengetahuan member sumer….bro rohaizad – seorang problogger sepenuh masa yang sering membuat personal coaching dengan berbesar hati untuk mengadakan SEMINAR + BENGKEL buat duit BLOG.Maklumatnya adalah seperti berikut… :

    ====================================================

    Setelah dibelek dan diteliti jadual yang ada di dalam organizer ini, maka rasanya akan ada masa yang agak FREE pada bulan hadapan. Yup, bulan Julai adalah bulan yang sesuai untuk menganjurkan Bengkel + Seminar Buat Duit Melalui Blog di Melaka kerana pada bulan Ogos, mungkin aku akan berada di Perak (dijemput sebagai speaker seminar oleh team Green Element). September, kita sudahpun berpuasa… yaayyyy!

    Buat pengetahuan semua, coaching kali ini akan di adakan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh Melaka. Beberapa kemudahan telah di kenalpasti termasuklah WI-FI dan juga lokasi.

    Hotel Seri Malaysia yang berdekatan dengan tol Ayer Keroh pasti akan memudahkan lagi urusan pergi dan balik untuk semua para peserta termasuklah mereka yang datang dari Pahang, Negeri Sembilan dan juga KL.

    Sebenarnya coaching kali ini sama sahaja dengan yang coaching yang sebelumnya. Hanya namanya sahaja yang berbeza. Kalau dulu coaching di lakukan di cyber cafe atau di rumah peserta itu sendiri, tapi kali ini hotel pula menjadi pilihan.

    Lagipun berdasarkan pada kemungkinan penyertaan yang lebih ramai (dijangkakan) tidak sesuailah pulak kalau diletakkan perkataan “personal” seperti mana yang pernah digunakan sebelum ini. So apa yang logik untuk diterima akal ialah nama “Seminar + Bengkel”.

    Bengkel di sini bermaksud peserta bukan sahaja mendengar apa yang akan di terangkan, tapi peserta akan dapat melihat bagaimana proses “membuat duit melalui blog” secara terus menerus oleh aku sendiri. Aku tahu dan aku notis yang kalau setakat screenshot sahaja yang dipaparkan, pasti para peserta nanti tidak akan berasa puas. Betul kan? kan? kan? kan?

    Bukan itu sahaja, ada sesuatu yang rasanya perlu diberitahu sebelum peserta membuat keputusan menyertai seminar + bengkel ini. Seperti yang semua telah sedia maklum, harga promosi coaching smart blogging (buat duit dari blog) ini (RM380) telahpun tamat. Bermakna harga asal coaching yang dahulunya iaitu RM450 akan bermula seperti biasa.

    Sungguhpun begitu, untuk seminar + bengkel buat duit dari blog ini di Melaka ini… aku AKAN memberikan promosi yang lebih MENARIK!!!

    Apakah promosi menarik tersebut?

    1. Untuk 10 penyertaan terawal (early birds), mereka hanya perlu membayar RM300 sahaja !!!!!!! Giler lahh!
    2. Untuk 10 penyertaan ke-2, potongan harga masih lagi diberikan. Para peserta hanya perlu membayar RM350 sahaja !!!!
    3. Untuk 10 penyertaan ke-3, harga yang boleh di miliki adalah pada harga promosi iaitu RM380 (bukan RM450).

    ** Penyertaan seminar+bengkel buat duit dari blog di Melaka ini hanya TERHAD kepada 50 orang sahaja. Insya Allah akan dianjurkan pada hari Ahad 12hb Julai 2009.

    Opss….breakfast, lunch dan minum petang seperti biasa. Orang dapur akan sediakan…. icon smile Seminar + Bengkel buat duit  dengan BLOG

    Jadi bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan, bolehlah berbuat demikian di ruangan yang telah disediakan. Tempahan akan dilakukan berdasarkan kepada first come, first serve. Tiada kroni ataupun “main cable” … hahahahaha

    Kalau ada yang bertanya “confirm ke buat di Melaka?” maka inilah jawapan bagi soalan tersebut.
    —-> Seminar + bengkel ini akan di anjurkan jika tempahan minimum sebanyak 25 peserta. Insya Allah.

    Rasanya itu sahaja buat masa ini. Kalau ada yang perlu di update catatan ini, maka akan di update seperti biasa. Salam blogging semua dan berjumpa kita di Melaka!

    =====================================================

    p/s: petikan dari post entri bro ROHAIZAD mengenai seminar beliau.So sape yang berMINAT…..boleh hubungi beliau di ruangan contact blog beliau….