Tag Archives: bulan ramadhan

Rasuah tetap berleluasa di bulan Ramadan

JAKARTA 6 Ogos – Bagi umat Islam, bulan Ramadan merupakan penuh barakah di mana umat Islam mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan kebaikan.

Namun, berlainan pula yang berlaku di Indonesia, apabila bulan suci ini tidak membawa sebarang makna, kerana gejala rasuah tetap berlaku sepanjang masa, termasuk pada bulan Ramadan ini.

Rita, seorang pelanggan di pejabat Jabatan Pengangkutan di Jakarta Selatan yang mahu membuat lesen memandu buat kali pertama terpaksa menggunakan ‘orang tengah’ untuk memudahkannya mendapatkan lesen memandu dalam tempoh sehari.

“Saya memberikan wang kira-kira 500,000 rupiah (RM176) kepada ‘orang tengah’,” katanya kepada Jakarta Post.

jakarta%20post%20cover%202007 11 12 Rasuah tetap berleluasa di bulan Ramadan

sumber – Gambar hiasan

Jika mengikut peraturan dia perlu menjalani beberapa prosedur seperti memandu dan ujian psikologi, yang akan memgambil masa yang panjang.

Rochim yang merupakan antara orang tengah di pejabat itu memberitahu beliau mengenakan bayaran 550,000 rupiah (RM194) untuk membantu mendapatkan lesen memandu dengan mudah dalam tempoh sehari.

Sementara itu, seorang pengunjung terkejutnya dengan aktiviti rasuah yang berleluasa di pejabat itu, walaupun ketika bulan Ramadan, sambil tersenyum dia hanya menjawab, bulan puasa tidak akan mengubah apa-apa di sini. – AGENSI

/// utusan ///

Terkulai digoda makanan




ru 04.1 Terkulai digoda makanan

ANTARA makanan dan minuman kaki ponteng puasa yang diambil sebagai bahan bukti oleh pegawai penguat kuasa JAIS.

ISNIN lalu, wartawan Jurnal berpeluang menyertai satu operasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk membanteras umat Islam yang makan dan minum di tempat terbuka pada bulan Ramadan.

Operasi bermula pukul 11 pagi dan berakhir pukul 3 petang itu melibatkan lebih 10 pegawai penguat kuasa JAIS yang diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Sharom Maarof.

Operasi bersepadu di sekitar Shah Alam, Selangor itu menyasarkan beberapa tempat termasuk premis makanan di sebuah pusat beli-belah yang menyediakan makanan bagi individu yang ponteng puasa.

Dalam operasi itu, sebanyak lima individu Islam berjaya ditangkap oleh pihak JAIS.

Ternyata pelbagai alasan diberikan mereka. Antaranya tidak bersahur, terlalu lapar, kerja yang memerlukan kudrat yang banyak, terlupa niat puasa dan pelbagai alasan remeh lain.

Lebih menjengkelkan ada yang sekadar menunjukkan resit rawatan di klinik swasta sebagai alasan tidak berpuasa.

Singgah makan

Bagi Halim (bukan nama sebenar), dia tidak berpuasa kerana tugasnya sebagai pencuci longkang dan pengutip sampah di sekitar Shah Alam banyak memerlukan tenaga.

Berasal dari bandar raya itu dan mempunyai dua orang anak, Halim memberi alasan bekerja di bawah sinaran mentari yang terik sangat memenatkan.

“Penat sebenarnya bekerja cuci longkang dan sapu sampah. Rasa ingin pengsan pun ada. Jadi saya singgah makan di restoran ini untuk minum dan makan sikit.

“Nanti saya pengsan susah pula. Siapa yang hendak menyara keluarga nanti.

“Saya tahu saya bersalah tetapi Islam agama yang memudahkan sebenarnya,” katanya tanpa rasa malu.

Halim merayu agar tidak didakwa di mahkamah kerana tindakan itu akan menjejaskan sumber rezekinya.

Semasa ditahan, dia sedang menghirup teh tarik dan makan nasi berlaukkan kari ayam dan sayur-sayuran.

Sekiranya disabit kesalahan di mahkamah syariah nanti, Halim boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan menurut peruntukan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Halim hanya berdiam diri ketika ditanya, apakah kemungkinan reaksi anaknya jika mereka melihat bapa mereka ditangkap pihak berkuasa kerana makan secara terbuka?

Sementara itu, Kamal (bukan nama sebenar), menyatakan dia tidak berpuasa kerana tidak bersahur.

“Lapar bang. Lagipun saya bekerja sebagai tukang masak yang waktu bekerja dari awal pagi hingga tengah malam. Saya digoda makanan yang saya masak sendiri.

“Jika dua tiga hari boleh tahan. Lama-kelamaan tergoda juga iman saya,” katanya yang ditangkap semasa minum sirap ais serta nasi berlaukkan ayam masak merah serta ikan goreng.

Malah, Kamal memberi alasan dia boleh menggantikan puasanya kelak sebaik sahaja bulan Ramadan berakhir.

Ternyata dia malu dengan perbuatannya sehingga menitiskan air mata.

ru 04.2 Terkulai digoda makanan

PEGAWAI penguat kuasa JAIS mengambil keterangan daripada individu Islam yang tidak berpuasa dan makan secara terbuka di Shah Alam Isnin lepas.

Gastrik

Hadi (bukan nama sebenar) pula memberitahu, dia mempunyai penyakit gastrik yang menjadi punca dia tidak berpuasa.

“Ini surat sakit saya. Saya menghidap gastrik jadi saya tidak dapat berpuasa (sebenarnya Hadi hanya menunjukkan resit bayaran perkhidmatan klinik, bukannya surat pengesahan sakit),” ujarnya.

Dia ditahan ketika asyik menghisap rokok dan minum teh tarik di tangga sebuah pusat beli-belah di Shah Alam.

Bagi Ali (bukan nama sebenar), pekerjaannya sebagai seorang pekerja kontrak menyebabkan dia tidak dapat berpuasa.

“Saya kerja kontrak dan ia amat memenatkan. Hari ini saya bekerja di bawah panas matahari yang membahang. Baru hari ini saya tidak berpuasa kerana tidak tahan haus sangat.

“Jika pada hari lain kebiasaannya saya dapat tahan tetapi hari ini saya tidak tahan lagi sehingga makan di restoran,” katanya.

Namun, apabila ditanya secara jujur sudah berapa hari dia tidak berpuasa Ali mengatakan dia sememangnya tidak berpuasa sejak Ramadan bermula pada 11 Ogos lalu.

“Saya menyesal. Saya makan di khalayak ramai dan memalukan orang Islam sendiri,” ujarnya kesal.

Ali makan di sebuah restoran yang dimiliki oleh individu bukan beragama Islam tetapi menggaji pekerja Islam dari seberang.

Bagi Khalid (bukan nama sebenar) pekerjaannya sebagai seorang penghantar surat memerlukan stamina yang tinggi sehingga menyebabkan dia tidak berpuasa.

“Biasanya saya makan di bangunan kosong atau di rumah. Ini merupakan kali pertama saya makan di kedai makan.

“Tidak sangka, baru pertama kali dah terkantoi (diserbu) JAIS pula,” katanya yang sedang minum teh ais.

Katanya lagi, sememangnya dia bersalah dan seharusnya menerima hukuman atas kesalahannya.

/// kosmo ///

Indonesia sekat laman web lucah



Republik haram pornografi sebelum Ramadan JAKARTA: Menteri Komunikasi dan Penerangan, Tifatul Sembiring semalam mengumumkan semua laman web pornografi akan disekat di Indonesia sebelum bermulanya Ramadan di republik berkenaan. Beliau berkata Indonesia sangat komited dalam usaha menghentikan pornografi daripada terus meracuni pemikiran generasi muda di negara itu. anti pornografi logo Indonesia sekat laman web lucah

“Kerajaan menyasarkan untuk menyekat semua laman web lucah sebelum bulan Ramadan dan kita mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan supaya amal ibadat umat Islam pada bulan mulia itu tidak terganggu selain mengelakkan pemikiran generasi muda rosak dan diracuni dengan perkara yang tidak senonoh,” katanya ketika ditemui di pejabat presiden, di sini semalam.

Tifatul menyatakan, sekatan ke atas laman web lucah itu adalah amanah di bawah Undang-undang Pornografi.

Katanya, kerajaan hanya menjalankan tanggungjawab berdasarkan apa yang diatur dalam undang-undang berkenaan.

“Undang-undang terbabit menyatakan bahawa negara wajib melindungi masyarakat daripada kesan negatif pornografi. Umum tahu kesan pornografi boleh merosakkan pemikiran rakyat, jadi kita hanya menjalankan tanggungjawab yang perlu kita lakukan,” kata Tifatul.
Bagaimanapun, beliau masih belum menjelaskan secara terperinci jumlah laman web lucah yang akan disekat oleh kerajaan Indonesia.

Tifatul menjelaskan, sekatan terhadap laman web lucah akan dilakukan secara besar-besaran, terutama terhadap laman yang termasuk dalam kategori itu.

“Jika berlaku perlanggaran dikaitkan dengan pornografi, perkara itu sudah ditetapkan dalam Undang-un-dang Maklumat dan Transaksi Elektronik,” katanya.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman penjara antara enam hingga 10 tahun bagi mereka yang melanggar peraturan pornografi.

“Rakyat diminta berhati-hati dalam menyebarkan kata-kata dan bahan lucah kerana mereka boleh didakwa di bawah undang-undang anti-pornografi,” katanya.
– Agensi

-beritaharian-

Karaoke tutup sepanjang Ramadan




ne 01.1 Karaoke tutup sepanjang Ramadan

KEPUTUSAN kerajaan negeri Perlis menutup operasi pusat-pusat karaoke termasuk di Arau sepanjang Ramadan wajar diikuti oleh negeri-negeri lain.


KANGAR – Kaki karaoke mungkin perlu bermuhasabah diri ekoran langkah kerajaan negeri Perlis mengeluarkan arahan menutup semua pusat karaoke pada sepanjang Ramadan bermula Ogos ini.

Keputusan tersebut menjadikan Perlis negeri pertama di negara ini mengeluarkan arahan tersebut bertujuan memuliakan kedatangan Ramadan.

Yang Dipertua Majlis Perbadanan Kangar (MPK), Rosli Mat berkata, keputusan itu juga diharap dapat membantu usaha kerajaan untuk mencegah kegiatan maksiat di pusat hiburan berkenaan.

“MPK tidak akan memperbaharui atau melesenkan premis hiburan karaoke sepanjang bulan mulia itu walaupun kami menerima banyak permohonan,” katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan operasi pematuhan lesen-lesen kepada premis perniagaan berbentuk hiburan seperti pusat karaoke dan kafe siber di sekitar Kangar dan Arau.

Menurut Rosli, lesen pusat karaoke diselia oleh Unit Pentadbiran Daerah (PTD) dan setiap kelulusan mengambil kira pelbagai aspek seperti kawasan persekitaran dan pandangan masyarakat setempat.

-kosmo