Tag Archives: chicken boner

Ensiklopedia komputer webopedia

gk 03.1 Ensiklopedia komputer webopedia

LAMAN webopedia didakwa pengendalinya sebagai satu-satunya laman kamus dan enjin carian berkisar terma Internet dan komputer berbahasa Inggeris.


HIDUP dalam dunia serba canggih berteraskan sains dan teknologi masa kini, adakalanya kita terjerat untuk memahami banyak perkara. Istilah-istilah baharu seperti Internet, web, teknologi dan komunikasi yang asing membuatkan kita terpinga-pinga.

Jangan biarkan diri anda terus dalam kesamaran. Apa kata anda rujuk laman web www.webopedia.com. Mungkin sebelum ini, anda pernah mendengar ensiklopedia secara talian wikipedia, kini mesrakan pula telinga anda dengan perkataan webopedia.

Laman webopedia didakwa sebagai satu-satunya pengendali laman kamus dan enjin carian berkisar terma Internet dan komputer berbahasa Inggeris. Maka, jika anda tidak memahami definisi sesuatu istilah Internet dan komputer, bolehlah anda rujuk di situ.

Berbanding perlu membelek kamus fizikal sains dan teknologi, laman itu mampu memberikan jawapan dengan lebih pantas dan mudah. Sekurang-kurangnya ia merealisasikan slogan maklumat di hujung jari anda.

Taipkan sahaja perkataan yang anda ingin ketahui di ruang carian dan ia akan menyediakan definisi yang dikehendaki. Anda juga boleh membuat carian berasaskan kategori seperti industri komputer, sains komputer, perkakasan, grafik, multimedia, rangkaian, perisian, komunikasi dan banyak lagi.

Definisi yang diberikan agak terperinci dan seusai penerangan, pautan-pautan berkenaan turut disajikan di bawahnya.

Menariknya, laman web itu turut dikemaskini dari semasa ke semasa dengan menambah istilah-istilah terkini. Berdasarkan pengamatan GenK, ia dikemaskini dengan agak kerap. Jadi, ia bersifat terkini dan anda mungkin tidak ketinggalan untuk mengetahui istilah-istilah paling baru.

Sebagai contoh, pada 8 Julai lalu, pengendali laman memasukkan perkataan baru seperti sploitz, TOSsed dan 9 Julai lalu, clewbie, list hygiene manakala keesokan harinya, spam trap dan chicken boner.

Pada ruangan menu, pembaca boleh memilih untuk mengetahui terma hari ini, sebutan, terma-terma baru, pautan-pautan baru, tahukah anda dan bermacam-macam lagi.

Pada sebelah kanan laman utama turut disediakan maklumat tentang 15 terma paling popular yang dicari oleh pengguna.

-kosmo