Sekarang nie….
Rasa excited la pulak apabila tibanya ada pasar malam…. bukan aper sebab dalam
kepala otak saya nie pasti akan terfikir apa lagi MAKANAN PASAR MALAM yang saya
nak masukkan dalam slot HAZMAN vs FOOD….
Dan kali ini saya pilih….
Sepinggan ketul-ketul ayam PASAR MALAM…..
Seperti yang anda biasa lihat di PASAR MALAM…. saya amik semua bahagian yang
dijual…. KEPAK – ISI DADA dan peha a.k.a DRUMSTIK kan….Kalau TIGA KETUL nie…
tak sampai LIMA MINIT saya dah habis makan…. hehehehehe
Dan inilah RANGKA AYAM GORENG – bahagian yang dah lama sangat saya tak makan
nie sejak zaman sekolah dahulu….lagipun anda semua tahu kan…. RANGKA AYAM
GORENG nie tidak dijual di kedai makan mahupun restoran sebagai hidangan kan… dan
hanya di PASAR MALAM sahaja …. betul tak ?
Dan tanpa perlu diminta … ‘KERAK AYAM GORENG‘ nie diberikan secara PERCUMA
kepada setiap pembelian yang anda lakukan….tapi cili sos diorang kasi TIGA PAKET je,
tak cukup la bagi saya….terus sebotol CILI SOS jenama ‘LIFE’ saya bawa pulang
bersama-sama ayam nie…
Kalau tadi TIGA KETUL ayam tu saya makan tak sampai LIMA MINIT…. RANGKA AYAM
GORENG nie saya amik masa dalam SEPULUH MINIT.… walaupun isinya takde la
sangat…. tapi nak mengunyah tulang tu kena hati-hati jugak laa kan….
p/s : Minggu depan saya bercadang nak makan MEE atau BIHUN yang BERKUAH…
any suggestion my friend ???




