Tag Archives: cover majalah niaga

Majalah Niaga Edisi #19 – Dr. Shah Razali & Kejayaan Menjadi Jutawan Hartanah

Kaver Edisi 19 Majalah Niaga Edisi #19 – Dr. Shah Razali & Kejayaan Menjadi Jutawan Hartanah

Untuk ezine Majalah Niaga edisi ke 19 kali ini, saya bawakan kepada tuan dan cikpuan, seorang individu yang cukup gah namanya dalam industri pelaburan hartanah. Beliau adalah…

Dr. Shah Razali atau DSR

Dalam industri pelaburan hartanah tempatan, nama beliau tidak perlu diperkenalkan lagi. Dr. Shah Razali atau lebih dikenali sebagai DSR merupakan usahawan yang aktif dalam bidang pelaburan, khususnya pelaburan hartanah.

dr shah razali Majalah Niaga Edisi #19 – Dr. Shah Razali & Kejayaan Menjadi Jutawan Hartanah

Beliau juga merupakan pengasas syarikat Shah Consultancy. Sebuah syarikat yang menawarkan bimbingan kepada para peserta mengenai bidang kewangan, keusahawanan, motivasi dan pelaburan dengan harga yang berpatutan.

Dalam Majalah Niaga edisi 19, kami diberi peluang untuk menemubual beliau mengenai topik keusahawanan, pelaburan hartanah, serta input-input motivasi bagaimana Dr. Shah Razali berjaya mencapai status jutawan pada usia yang muda

Selain daripada kompilasi artikel-artikel terbaik dari blog Majalah Niaga, edisi ke 19 ini juga menerbitkan sebuah artikel khas yang ditulis oleh Tuan Hasbul ‘Ariff, penasihat Majalah Niaga.

hasbul ariff Majalah Niaga Edisi #19 – Dr. Shah Razali & Kejayaan Menjadi Jutawan Hartanah

Artikel beliau bertajuk ‘Didik Anak Menjadi Usahawan’ dapat membantu kita semua untuk melatih anak kecil, rakan-rakan, dan juga adik beradik untuk mendorong mereka menceburi bidang perniagaan dari peringkat awal.

Semua ini boleh didapati menerusi ezine Majalah Niaga edisi 19 secara PERCUMA. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun.

Muat Turun Ezine Majalah Niaga Edisi #19 (30mb) (Klik Di Sini)