Tag Archives: daun semuluh

Populariti semuluh




ke 04.1 Populariti semuluh

SEMULUH lazimnya digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti kudis buta, panau dan ulser.


logo ren herba Populariti semuluh

SATU lagi tumbuhan liar yang mempunyai nilai perubatan ialah pokok semuluh atau dalam istilah saintifiknya disebut sebagai Polygonum chinense dan tergolong dalam keluarga Polyganaceae.

Daunnya berbulu halus, berlekuk dan berbucu sama di kiri dan kanan. Ia seakan-akan daun terung burung atau terung cuka.

Semuluh adalah di antara herba yang sentiasa diambil berat oleh kebanyakan warga desa pada suatu ketika dulu. Habitatnya suka pada tempat yang redup dan terlindung.

Pada zaman sebelum meluasnya ubatan moden, mesti ada penduduk yang sengaja menanamnya sebagai langkah berjaga-jaga. Ini kerana semuluh mempunyai pelbagai kegunaan seperti penawar bisa daripada gigitan serangga termasuk tebuan, lipan, ular dan kala jengking.

Bagaimanapun kegunaannya yang lazim ialah untuk merawat penyakit kulit seperti kudis buta, panau dan ulser. Bagi penyakit-penyakit kulit rawatannya ialah dengan meramas-ramas daunnya kemudian disapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.

Bagi penyakit ulser pula air rebusan semua bahagian pokok termasuk akarnya dan setelah suam diberi minum kepada yang menderita sakit berkenaan. Air rebusan semuluh juga boleh melegakan sakit cirit-birit, penyakit usus besar dan sakit kepala.

-arkibkosmo