Tag Archives: daya kreatif

Roket angkasa lepas buatan sendiri




du 05.1 Roket angkasa lepas buatan sendiri

SEORANG lelaki duduk dalam roket ciptaan dua pereka Denmark.


COPENHAGEN – Dua pereka Denmark mencipta roket buatan sendiri yang pertama di dunia dan direka untuk membawa manusia ke bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Roket setinggi sembilan meter tersebut yang menggunakan cecair oksigen sebagai bahan api merupakan cetusan idea sebuah firma, Suborbitals di sini yang diketuai oleh pencipta Kristian von Bengtson dan Peter Madsen.

Pada 30 Ogos ini, roket itu yang dinamakan Pengangkut Atmosfera Ekso Hibrid (HEAT) akan dilancarkan ke angkasa lepas dari sebuah kapal selam di Laut Baltik.

Sekiranya, ujian pelancaran itu berjaya, roket itu akan digunakan untuk membawa Madsen ke angkasa lepas dalam masa terdekat.

Roket itu dibina sejak 2004 tanpa peruntukan kerajaan tetapi ia menerima sumbangan dalam bentuk penajaan, derma dan penglibatan sukarelawan. – Agensi

/// KOSMO ///

Pertandingan robot pengemas

in 08.1 Pertandingan robot pengemas

SEBUAH robot sedang bersaing dalam pertandingan robot pengemas di Kawasaki, Jepun baru-baru ini.


SEBELUM ini, kita pernah mendengar tentang pertandingan bola sepak robot. Baru-baru ini, pertandingan robot pengemas atau housekeeping pula diadakan.

Berlangsung di Kawasaki, Jepun, sebanyak 15 buah robot ciptaan persendirian menyertai pertandingan berkenaan dalam pusingan saringan.

Pelbagai aksi robot dipertontonkan seperti mengutip sebiji telur dari dalam bakul dan memasukkan kain ke dalam bakul.

Robot-robot yang terpilih ke peringkat akhir pada bulan depan akan bersaing untuk meraih 1 juta yen (RM30,398).

-kosmo