Tag Archives: daya kreativiti

PERTANDINGAN REKAAN T-SHIRT FOTOTEACHER.COM




Poster Pertandingan Rekaan T shirt PERTANDINGAN REKAAN T SHIRT FOTOTEACHER.COM

PERTANDINGAN REKAAN T-SHIRT

Spesifikasi rekaan:

  • Rekaan adalah untukĀ  round neck T-shirt sebarang warna
  • Rekaan mestilah sesuai untuk dibuat cetakan silk screen untuk 1 warna sahaja (sebarang warna boleh digunakan)
  • Mesti ada tulisan fototeacher dalam rekaan t-shirt (font untuk fototeacher ialah font jenis Impact dan menggunakan huruf kecil untuk semua huruf)
  • T-shirt mestilah bertemakan STREET PHOTOGRAPHY. Anda boleh masukkan imej, lambang, corak, tulisan dan sebagainya yang melambangkan STREET PHOTOGRAPHY. (Tidak semestinya ada tulisan STREET PHOTOGRAPHY dalam rekaan anda, anda boleh gunakan perkataan lain yang berkaitan STREET PHOTOGRAPHY mengikut kreativiti anda)

Lain-lain syarat:

  • Rekaan yang telah siap hendaklah dihantar kepada kami dalam fail JPEG dengan saiz 800X800 pixel
  • Hantarkan rekaan anda kepada: hasnuddin@gmail.com
  • Pada tajuk e-mel sila tuliskan PERTANDINGAN REKA T-SHIRT
  • Di dalam e-mel sila nyatakan nama penuh dan nombor telefon anda
  • Tarikh tutup pertandingan ialah pada 30 Januari 2011
  • Pihak kami akan pilih 1 rekaan terbaik (1 pemenang sahaja) dan pihak kami berhak menggunakan rekaan tersebut untuk mencetak T-shirt untuk dijual oleh pihak FOTOTEACHER.COM
  • Sekiranya didapati tiada rekaan yang sesuai digunakan, maka tiada pemenang akan dipilih
  • Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda inginkan
  • Pemenang akan diumumkan sebelum 7 Februari 2011 di dalam Facebook Fototeacher dan akan dihubungi melalui e-mel atau telefon
  • Pemenang akan diberikan hadiah berupa Canon Lens Mug dan Canon Lens Thermos bernilai RM150, tiada ganjaran lain akan diberikan (samada royalti jualan T-shirt dan seumpamanya)
  • Keputusan tentang rekaan terbaik (pemenang) akan dibuat oleh pihak FOTOTEACHER dan keputusan adalah muktamad
  • Jika terdapat sebarang kekeliruan di dalam terma dan syarat pertandingan, pihak FOTOTEACHER berhak membuat keputusan muktamad

Serlah kreativiti fotografi

in 02.1 Serlah kreativiti fotografi

MOD iAuto membantu pengguna menyunting subjek dalam kamera.


DAYA imaginasi dan kreativiti memainkan peranan penting dalam penghasilan sesuatu imej pegun yang dapat memberi seribu makna kepada penggemar fotografi.

Bahkan, rakaman imej pegun yang tidak memerlukan suntingan perisian komputer menyerlahkan lagi kreativiti selain menjimatkan masa seseorang jurufoto.

Bagaimanapun, tidak semua kamera digital didatangkan dengan ciri-ciri kreatif untuk memberi kebebasan kepada penggemar fotografi melakukan suntingan ketika menggunakan peranti berkenaan. Ia sekali gus mengehadkan kreativiti mereka semasa merakam imej.

Ini semua bakal berubah apabila menggunakan kamera sistem generasi baru salah sebuah syarikat peneraju industri kamera digital dunia, Olympus iaitu PEN E-PL1.

Peranti revolusi baru, model PEN E-PL1 ini dilengkapi dengan mod iAuto yang mampu memberi kebebasan kepada pengguna untuk merakam imej pegun dengan mudah dan pantas mengikut gaya kreativiti mereka.

Menariknya tentang mod iAuto ini apabila ia menawarkan lima pilihan Live Guide yang dapat membantu pengguna menyunting subjek yang dikehendaki.

Lima pilihan Live Guide yang terdapat pada kamera digital tersebut ialah penepuan warna (colour saturation), warna imej (colour image), kecerahan (brightness), latar belakang kabur (blur background) dan pergerakan pantas (express motion).

Kesemua pilihan Live Guide tersebut dapat membantu pengguna menghasilkan imej pegun yang lebih kreatif tanpa menggunakan sebarang perisian komputer dengan hanya melaraskan punat menambah atau menolak hasil pilihan berkenaan.

Ciri-ciri itu mampu memberi peluang kepada pengguna melakukan eksperimentasi terhadap imej pegun yang dirakam, sekali gus menajamkan daya imaginasi penggemar fotografi.

Selain itu, keunikan kamera digital yang mempunyai resolusi 12.3 megapiksel tersebut adalah ia didatangkan dengan lima panduan merakam imej gaya profesional.

Empat panduan tersebut adalah rakaman kanak-kanak, haiwan peliharaan, bunga-bungaan, makanan dan cara membingkai imej.

Pengguna PEN E-PL1 juga boleh melakukan ekperimentasi imej dengan menggunakan Art Filter yang disediakan dalam kamera digital itu iaitu gentle sepia, pop art, pin hole, diorama dan grainy film.

Model kamera digital PEN E-PL1 boleh dimiliki pada harga RM2,499 dan keterangan lanjut mengenai peranti itu boleh melayari laman web www.olympusimage.com.my.

-olympus PEN-E-PL1

// kosmo //

Kaca mata Piala Dunia




st 06.1 Kaca mata Piala Dunia


SETIAP kali berlangsungnya Piala Dunia, para peminat bola sepak mula berpusu-pusu menampilkan pelbagai fesyen menarik semata-mata untuk menyambut kehebatan sukan nombor satu dunia itu.

Tidak kira usia dan jantina, masing-masing mempunyai idea sungguh luar biasa. Ia bagi memberi semangat kepada pasukan yang disokong.

Biasanya kemeriahan itu dapat disaksikan beberapa minggu sebelum berlangsungnya pembukaan perlawanan. Peminat bola sepak mula turun padang dengan imej berwarna-warni mengikut cita rasa tersendiri.

Antara fesyen yang paling jelas diperagakan oleh para peminat dari seluruh dunia adalah kaca mata bersaiz besar dengan memilih rekaan berdasarkan pasukan pilihan masing-masing.

Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung di Afrika Selatan bukan sahaja sebagai medan untuk merebut kejuaraan sebaliknya para peminat turut bertungkus-lumus menampilkan gaya yang mampu menarik perhatian umum.

Begitulah kehebatan bahang Piala Dunia apabila ruang dalam dan luar stadium dipenuhi dengan daya kreativiti penonton.

Sebilangan peminat menghasilkan kaca mata tersebut berdasarkan bentuk bendera negara yang disokong. Mereka akan memastikan kaca mata itu sentiasa dipakai setiap kali menonton perlawanan bola sepak.

Selain itu, ada juga antara mereka memilih untuk menggayakan kaca mata berbentuk tulisan 2010 dengan angka kosong itu dijadikan sebagai cermin.

-kosmo