Tag Archives: desktop

Seiring prestasi dan gaya

me 03.1 Seiring prestasi dan gaya


MENAWARKAN fungsi pengkomputeran tanpa kompromi, pengeluar produk komputer terkenal, Dell kini memperluaskan siri komputer riba untuk generasi Vostro.

Menerusi Vostro 1220, ia dibangunkan secara eksklusif dengan menyasarkan golongan pengguna di kalangan ahli-ahli perniagaan yang sering mengembara untuk urusan tugasan.

Untuk tujuan itu, ia mempunyai rekaan kompak, ringan dan nipis selain memberi tumpuan khusus terhadap keupayaan bateri dan fungsi sekuriti.

Pengguna juga tentunya akan berpuas hati dengan spesifikasi seperti paparan skrin 12.1 inci, ketahanan bateri selama sembilan jam serta menggunakan pemproses Intel Core 2 Duo.

Menurut Pengurus Besar Perniagaan Kecil dan Sederhana Dell Asia Selatan, Khoo Teng Guan, kehadiran komputer riba tersebut secara tidak langsung menyokong perkhidmatan Dell kepada para pelanggan mereka.

Melihat dari sudut produktivitinya, model tersebut dilengkapi dengan kemudahan perisian sidang video dan perbualan video yang diintegrasikan bersama kamera web dan mikrofon.

Bagi keupayaan keselamatan pula, ia mempunyai peranti bacaan cap jari dengan perisian yang mudah digunakan tanpa mengganggu sistem prestasi.

Capaian kepada sambungan internet juga mudah untuk dilaksanakan menerusi perkhidmatan wayarles LAN 802.11 dan juga aplikasi sambungan jalur lebar mobiliti.

Dell Vostro 1220 kini ditawarkan pada harga pasaran RM2,999. Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh diperolehi di laman web www.dell.com/vostro.

-utusan




Paling NIPIS dan RINGAN

 

st 02.1 Paling NIPIS dan RINGAN

KOMPUTER buku MSI X Slim.



Teknologi terkini menjadikan komputer buku semakin nipis bagi memudahkan pengguna menyimpan dan membawanya ke mana-mana.

Terkini, MSI telah mengeluarkan komputer buku nipis dalam rangkaian MSI X Slim iaitu X320, X340, X400 dan x600.

Tidak hanya komputer buku, MSI juga menghasilkan komputer meja yang sesuai bagi kegunaan peribadi di rumah serta pejabat dengan desktop skrin sentuh Wind Top AE1900 All-in-One.

Semasa dipamerkan pada Pameran Elektronik Pengguna (CES 2009), MSI X Slim X340 telah dianugerahkan gelaran ‘Komputer Buku 13 inci Paling Ringan dan Nipis’.

Mempunyai ketebalan 6 milimeter (mm) dan lebar 19.8 mm dan berat hanya 1.3 kilogram (kg) dengan bateri, menjadikan X Slim X340 gajet bergaya.

Pengarah Pemasaran Komputer Buku MSI, Sam Chern berkata, pihaknya amat komited menghasilkan produk terbaik seperti rangkaian komputer riba X Slim dan desktop Wind Top AE1900 seperti yang dijanjikan.

“Produk ini menunjukkan komitmen MSI dalam menghasilkan produk terbaik untuk meningkatkan minat gaya hidup pengguna digital dalam pakej yang mampu dimiliki selain bergaya,” katanya.

MSI X Slim X400 menampilkan skrin LED 14.1 inci bagi pengalaman hiburan hebat sementara X600 dilengkapi dengan skrin LED 15.6 inci.

Ditambah dengan ATi Mobility Radeon HD 4330 dengan 512MB VRAM, X600 memberikan persembahan grafik terbaik dalam kelasnya, semuanya nipis, bergaya dalam pakej mampu miliknya.

Selain itu, MSI merupakan produk mesra alam yang menggunakan kuasa terendah dalam operasinya.

MSI juga mengumumkan perkhidmatan terkini hotline untuk pengguna negara ini iaitu 1-300-22-1986 bagi sokongan pengguna.

Empat angka terakhir dipilih menunjukkan tahun MSI ditubuhkan dan selama 23 tahun MSI mendapat keyakinan dan pengiktirafan pengguna.

Rangkaian komputer riba MSI X Slim boleh didapati dalam pilihan warna perak, putih dan hitam.

MSI X320, X340, X400 dan X600 boleh didapati pada harga runcit RM2,699, RM3,699, RM2,799 dan RM3,099.

MSI Wind Top AE1900 pula pada harga 2,099 dan semuanya telah berada di pasaran.

-utusanmalaysia