Cipta rekod makan makanan sarapan pagi paling banyak




du 10.1 Cipta rekod makan makanan sarapan pagi paling banyak

STEVEN Magree makan sarapan pagi yang mengandungi 7.500 kalori di kafe Hungry Horse, Corby baru-baru ini.

 

CORBY – Seorang lelaki, Steven Magree mencipta rekod dengan makan makanan sarapan pagi paling banyak, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia memakan sarapan pagi yang mengandungi 7,500 kalori iaitu tiga kali ganda daripada yang disarankan untuk lelaki.

Sarapan pagi itu mengandungi tiga sosej empat segi, tiga burger daging, tiga telur goreng, tiga kepingan puding hitam, tiga set roti bakar dan roti.

Dia turut makan kacang panggang, cendawan, wafel kentang dan kentang.

Magree yang berusia 29 tahun merupakan satu-satunya individu yang mampu untuk makan sarapan pagi paling banyak di kafe Hungry Horse di sini, baru-baru ini. – Agensi

/// kosmo ///

180 total views, no views today

Jom jalan bersama Nestle




va 01.1 Jom jalan bersama Nestle

LARIAN 3,000 Langkah akan diadakan di Pulau Pinang pada 21 November ini.


BERJALAN kaki merupakan kegiatan riadah yang paling mudah dan mampu memberi manfaat jangka panjang kepada kesihatan seseorang.

Bagi menyokong program kesihatan bersama masyarakat, Nestle Malaysia (Nestle) bersama-sama dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) menganjurkan program Larian 3,000 Langkah sempena Sambutan Hari Berjalan Kaki Sedunia 2010.

Bertemakan Jom Jalan Bersama, aktiviti riadah berkonsepkan kekeluargaan itu bakal berlangsung pada 21 November ini di Padang Polo, Jalan Sepoy Line di George Town bermula dari pukul 6.30 pagi hingga 11.30 tengah hari.

Trek laluan sejauh 2.2 kilometer itu bermula dan tamat di Padang Polo, melalui Jalan MaCalister, Jalan Residensi dan Hospital Pulau Pinang.

Menariknya, tiada bayaran penyertaan dikenakan dan 2,000 peserta yang awal mendaftar akan diberi sehelai kemeja-T, sarapan pagi percuma, persembahan pentas dan hadiah cabutan bertuah tajaan Nestle.

Menurut Pengurus Korporat (Wellness) Nestle, Chia Wee Leng, acara tersebut merupakan inspirasi Nestle untuk menjadikan cara hidup sihat sebagai satu amalan berterusan masyarakat.

“Nestle tidak mahu dikenali sebagai pengeluar jenama makanan yang dikaitkan dengan kesihatan sahaja, tetapi kami mahu bersama-sama komuniti mempopularkan kesihatan sebagai gaya hidup.

“Justeru, kami mulakan kempen ini di Pulau Pinang buat pertama kali dan yakin ia bakal mendapat sambutan serta mungkin dijadikan acara tahunan,” ujarnya pada sidang media yang diadakan di Hotel G, George Town baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah MSNPP, Mohamed Akbar Mustapha berkata, penyertaan terbuka kepada organisasi, kumpulan atau individu sebelum 19 November ini di pejabat MSN negeri, Batu Uban.

“Pendaftaran penyertaan juga boleh dibuat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri, pejabat Nestle Pulau Pinang dan di Majlis Perbandaran Pulau Pinang,” ujarnya

101 total views, no views today

BRIYANI UDANG GALAH memang sedap !!!

Rasanya dah lebih kurang sebulan jugak saya tak makan nasi briyani nie…..

Selain nasi kandar …. nasi briyani nie memang saya kena makan at least sekali dalam masa sebulan….Maklum la selera makan saya nie memang boleh tahan jugak laa – asyik nak makan yang heavy2 jeee….Semalam setengah hari lepak kat KLCC….. layan DUA movies – KRAYON dan UNSTOPPABLE (next entry saya citer ).Time lunch pergi cari makanan kat SIGNATURES level 2…. lalu ternampak HAMEED NASI KANDAR….

hameed nasi kandar BRIYANI UDANG GALAH memang sedap !!!

Logo die simple je kan….

Ape yang menarik perhatian saya ialah….. juadah di bahagian displaynya……. 

Read More »

562 total views, no views today