Tag Archives: digital

Kawalan manual lebih versatil

DILENGKAPI dengan rakaman video gambar definisi tinggi AVCHD Lite, kamera digital pegun Lumix DMC-FZ35 terbaru daripada Panasonic ini agak berbeza dengan siri FZ sebelumnya. Model ini disifatkan sebagai hibrid yang boleh dijadikan kamera dan kamkoder berasaskan fungsinya.

in 02.1 Kawalan manual lebih versatil

DILENGKAPI dengan lensa Leica DC Vario-Elmarit.


Keupayaan yang digabungkan dengan lensa Leica DC Vario-Elmarit bersudut lebar 27 milimeter dan zoom optikal 18 kali, membuatkan ia mampu menyajikan rakaman gambar dan filem berkualiti tinggi.

Ia juga dilengkapi dengan beberapa penetapan kreatif termasuk manual operasi yang reka bentuknya kompak. Model FZ35 juga memiliki tambahan lanjutan fungsi O.I.S. (Penstabil Imej Optikal) dan Fokus Auto bersama dengan ciri-ciri lain yang mudah dan seronok.

Aplikasi AVCHD Lite membolehkan pengguna bukan sahaja menonton imej gambar pegun, bahkan filem gambar HD di televisyen. Ia dilakukan dengan memasukkan Kad Memori SDHC/SD dari kamera ke Viera Image Viewer (slot kad memori SDHC/SD sedia ada) pada Panasonic Viera HDTV. Sebagai alternatif, sambungkan kamera menerusi kabel mini-HDMI ke televisyen VIERA Link dan gunakan alat kawalan jauh televisyen untuk mengawal pertunjukan slaid imej dan gambar filem.

Selain itu, lensa zoom 18x boleh ‘menarik’ imej yang jauh untuk close-up yang lebih dramatik. Lensa itu juga membolehkan subjek yang jauh dirakam dengan lebih jelas, berbanding dengan kamera point-and-shoot yang biasa. Untuk zoom yang lebih jauh, fungsi Zoom Optikal Ekstra boleh dilanjutkan sehingga 35.2x zoom. Sementara itu, sudut 27mm sesuai untuk pengguna merakam landskap yang lebar dan rakaman dalam bangunan yang kurang luas untuk hasil imej yang lebih lebar. Resolusi sebanyak 12.1 mega piksel pula membolehkan gambar dibesarkan tanpa merosakkan hasil imej.

in 02.2 Kawalan manual lebih versatil

GAJET ini menggalakkan pengguna bermain dengan kreativiti.


Kamera itu juga dilengkapi dengan Mod Auto Pintar Panasonic termasuk Power O.I.S yang mempunyai penekanan tenaga sebanyak dua kali ganda, berbanding dengan sistem penstabil imej Mega O.I.S. Mod yang digunakan juga mampu mengenal pasti wajah serta boleh mengecam sehingga tiga orang serentak termasuk memaparkan nama mereka pada monitor selepas didaftarkan.

Mengenai bateri pula, bateri kamera model DMC-FZ35 mempunyai jangka hayat yang boleh merakamkan sehingga 470 keping gambar dengan adanya pemproses imej LSI, Enjin Venus HD.

Model FZ35 itu turut mewarisi operasi manual yang sangat popular dengan ‘keluarga’ FZ yang lain. Kawalan manual untuk model FZ35 itu, bagaimanapun lebih versatil dan telah dibangunkan untuk menjadi lebih mudah.

Selain itu, gajet itu juga dilengkapi dengan mod Advanced Scene, satu fungsi unik bagi kamera kompak Lumix untuk pengguna yang mementingkan kreativiti apabila membuat rakaman. Mod close-up juga membolehkan rakaman subjek menjadi lebih mudah. Begitu juga, model FZ35 mempunyai LCD 2.7 inci dengan sudut penglihatan lebar yang memberi keselesaan kepada pengguna ketika menonton kembali rakaman.

Dengan sudut lebar 27mm dan lensa 18x zoom optikal, DMC-FZ35 membolehkan pengguna merakam gambar dan imej berasaskan kreativiti masing-masing. Pengguna yang baru belajar dan jurugambar amatur akan mendapati penggunaan kamera DMC-FZ35 ini mudah dan menyeronokkan.

-kosmo




Gaya hidup DIGITAL

BENQ Gaya hidup DIGITAL


BENQ meluaskan lagi rangkaian komputer riba Joybooknya dengan melancarkan komputer riba Joybook X31 baru-baru ini. Ia yang serba bergaya dan kontemporari direka cipta untuk membolehkan pengguna memanfaatkan sepenuhnya gaya hidup digital mereka.

Komputer riba ini memenuhi keperluan gaya hidup pengguna masa kini yang mengutamakan fesyen, baik kaki permainan komputer yang menghargai pengalaman visual terkini, profesional kerja yang bercita rasa mewah, ataupun pengguna yang mementingkan aspek ringkas tetapi anggun.

Joybook X31 dibina dengan aloi magnesium aluminium yang tahan lama tetapi cantik dipandang dengan kemasan metalik tinta gangsa yang tidak begitu menonjol di mata. Senipis kurang daripada satu inci, rangka salutan lembut ini bukan sahaja berpenampilan menarik, tetapi turut memaparkan spektrum warna yang bergantung kepada sudut penglihatan.

Dengan paparan LCD 13.3 inci yang cerah dan grafik diskret NVIDIA GeForce 8600M GT, Joybook X31 membolehkan permainan 3D yang kompleks dikendalikan dengan lancar menerusi paparan visual yang lebih jelas. Penyambung HDMI dan sensor cap jari biometrik melengkapkan pengalaman visual tiada tandingan. Ia dijual pada harga RM5,999.