Tag Archives: download majalah niaga

Majalah Niaga Edisi #19 – Dr. Shah Razali & Kejayaan Menjadi Jutawan Hartanah

Kaver Edisi 19 Majalah Niaga Edisi #19 – Dr. Shah Razali & Kejayaan Menjadi Jutawan Hartanah

Untuk ezine Majalah Niaga edisi ke 19 kali ini, saya bawakan kepada tuan dan cikpuan, seorang individu yang cukup gah namanya dalam industri pelaburan hartanah. Beliau adalah…

Dr. Shah Razali atau DSR

Dalam industri pelaburan hartanah tempatan, nama beliau tidak perlu diperkenalkan lagi. Dr. Shah Razali atau lebih dikenali sebagai DSR merupakan usahawan yang aktif dalam bidang pelaburan, khususnya pelaburan hartanah.

dr shah razali Majalah Niaga Edisi #19 – Dr. Shah Razali & Kejayaan Menjadi Jutawan Hartanah

Beliau juga merupakan pengasas syarikat Shah Consultancy. Sebuah syarikat yang menawarkan bimbingan kepada para peserta mengenai bidang kewangan, keusahawanan, motivasi dan pelaburan dengan harga yang berpatutan.

Dalam Majalah Niaga edisi 19, kami diberi peluang untuk menemubual beliau mengenai topik keusahawanan, pelaburan hartanah, serta input-input motivasi bagaimana Dr. Shah Razali berjaya mencapai status jutawan pada usia yang muda

Selain daripada kompilasi artikel-artikel terbaik dari blog Majalah Niaga, edisi ke 19 ini juga menerbitkan sebuah artikel khas yang ditulis oleh Tuan Hasbul ‘Ariff, penasihat Majalah Niaga.

hasbul ariff Majalah Niaga Edisi #19 – Dr. Shah Razali & Kejayaan Menjadi Jutawan Hartanah

Artikel beliau bertajuk ‘Didik Anak Menjadi Usahawan’ dapat membantu kita semua untuk melatih anak kecil, rakan-rakan, dan juga adik beradik untuk mendorong mereka menceburi bidang perniagaan dari peringkat awal.

Semua ini boleh didapati menerusi ezine Majalah Niaga edisi 19 secara PERCUMA. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun.

Muat Turun Ezine Majalah Niaga Edisi #19 (30mb) (Klik Di Sini)

Jom Download KOMIK NIAGA – Kisah Jutawan Fotografi




Pada Edisi 6 ini , di bawakan kepada anda kisah biografi jutawan fotografi iaitu Tuan Saiful Nang. Seperti yang sedia maklum,  Majalah Niaga telahpun melancarkan ezine Edisi 18 Majalah Niaga dan tuan puan boleh memuat turun ezine tersebut untuk mendapatkan transkrip & audio temuramah eksklusif.

Berbeza untuk Edisi 6 Komik Niaga, di mana kami memaparkan kisah kehidupan beliau dari kecil sehinggalah berjaya dan digelar sebagai jutawan fotografi. Kisah kehidupan anak petani miskin tercatat sejak hatinya terdetik untuk menampung beban ibu bapa mereka dengan menjual lukisan kepada rakan-rakan di sekolah rendah.

edisi6komikniaga Jom Download KOMIK NIAGA   Kisah Jutawan Fotografi

Pada saat ini, beliau bukan budak hingusan lagi. Kini, beliau merupakan individu yang bertanggungjawab membawa kerjaya fotografi setaraf dengan profesion lain. Beliau juga merupakan seorang usahawan gemilang dan terbilang, sebaris dengan individu yang juga nama besar seperti Tan Sri Anthony Fernandes, Datuk Nicol Ann David.

Terbaru, beliau kini sedang membangunkan akademi fotografi sendiri, iaitu Saiful Nang Academy Photography (SNAP) dan telahpun melatih 30,000 jurugambar-jurugambar di Malaysia. Berikut adalah sedikit sebanyak butiran mengenai tuan Saiful Nang, dan lebih baik disarankan tuan puan memuat turun Edisi 6 Komik Niaga untuk mengetahui kisah kehidupan sepenuhnya.

Dengan jemputan tulus ikhlas, dipersilakan tuan puan memuat turun Edisi 6 Komik Niaga melalui link muat turun di bawah :

Muat Turun Edisi 6 Komik Niaga (Versi Penuh) (39mb)

Salah satu hasrat utama adalah supaya tuan puan kongsikan edisi ini kepada orang ramai. Alangkah baik dan mudahnya jika tuan puan klik pautan di bawah untuk kongsikan link muat turun ini kepada rakan-rakan di Facebook dan Twitter.

Kongsikan Edisi 6 kepada rakan di Facebook.

Kongsikan Edisi 6 kepada rakan di Twitter.