Kebiasaannya kita akan pergi ke bazar ramadhan untuk mencari juadah untuk
berbuka puasa… ataupun singgah di RESTORAN MAKANAN SEGERA bagi
menu untuk dimakan….

Namun …
Saya ada cadangan untuk rakan blogger yang tinggal berdekatkan di THE STRAND KOTA
DAMANSARA untuk mencuba menu dari DR.CAFE – Restoran yang menghidangkan
minuman kopi ARABICA yang premium…

Actually….
Saya dapat tahu mengenai dr.CAFE nie semasa membuat food review YOGEN FRUZ
suatu jenama baru yang saya berminat untuk mencuba… dan hari ini saya share dengan
anda pula….

Kalau anda lihat setting sebegini pastinya anda akan kaitkan dengan STARBUCKS atau
COFFEE BEANS kan… Betul tak ?

Saya pesan ICE COFFEE LATTE dengan KURANG GULA untuk menjadikan ia sebagi
minuman yang membantu METABOLISMA badan … hahahahaha

Untuk mengalas perut saya pesan CHICKEN TORTILLA ROLL yang rupanya saya lihat
lebih kurang macam kebab jeee

Sedap dimakan ketika panas-panas…. tapi tekak saya nie macam biasa laa…. kena cicah
ngan sos cili jugak la kan….

So…
Buat ABANG JAMAR GAGAH PERKASA dan PUAN NUNU PINKY boleh la terjah ke sini
untuk menikmati hidangan kopi arabica premium nie… Lagipun dah dekat dengna area
rumah kan….
Cuma saya terfikir… alangkah bagus andai kata kedai kopi BUMIPUTERA akan dapat
di upgrade dengan lebih cara komersial sebegini….
p/s : Malam nie berbuka di PAN PACIFIC HOTEL KLIA …. InsyaALLAH !!!
