Tag Archives: duit online

Tip raih pendapatan dari LAMAN BLOG

TAHUKAH anda dengan hanya menulis blog, seseorang blogger (penulis blog) mampu memperoleh pendapatan tinggi? Jika penulis blog itu berpengaruh dengan jumlah kunjungan pembaca di laman blognya sangat tinggi, lebih besar pendapatan mampu diraihnya.

Sumber pendapatan bagi blogger datang daripada iklan produk yang dipaparkan dalam laman blog mereka. Sejumlah bayaran akan diterima seseorang blogger berdasarkan beberapa faktor seperti tempoh iklan disiarkan; jumlah klik pada capaian (link) iklan dan terma lain yang dipersetujui antara pengiklan dan blogger.

Sejak pengiklanan menerusi blog diperkenalkan, senario penulisan blog juga berubah. Jika dulu kebanyakan blogger menjadikan blog sebagai ruang untuk meluahkan idea, mencatat diari atau kisah harian tanpa memikirkan soal keuntungan, ramai blogger sekarang mengubah rentak penulisan menepati kriteria laman blog yang menjana wang.

Dapat dilihat, gaya penulisan blogger yang bersifat santai sebelum ini, berubah kepada lebih sensasi dan kreatif. Ini adalah cara penulis blog menarik lebih ramai kunjungan pembaca serta kadar trafik. Hasilnya, pasti pengiklan tertarik mengiklankan produk dalam blog berkenaan.

Apabila ada iklan dalam blog, blogger lazimnya membuat ulasan mengenai produk yang dipaparkan dalam iklan terbabit selepas mencubanya.

Sesuai dengan kedudukan laman blog sebagai media baru dan pengaruhnya dalam menyebarkan maklumat, laman blog menjadi antara medium baru untuk sektor pengiklanan. Konsep pengiklanannya tidak jauh berbeza daripada bahan bacaan bercetak seperti akhbar dan majalah, cuma iklan menjadi lebih menarik kerana faktor kelebihan blog yang bersifat digital.

Bagi golongan blogger pula, kewujudan pengiklanan menerusi blog adalah peluang baik untuk mendapatkan pendapatan sampingan daripada hobi ini. Namun, ada blogger tidak berminat mengejar peluang meraih pendapatan biarpun blog mereka popular. Ini kerana mereka mungkin lebih senang menulis blog dengan bebas tanpa perlu memikirkan bagaimana hendak menarik perhatian lebih ramai pembaca dan pengiklan.

Biar apapun, tidak salah merebut peluang di depan mata. Asalkan jangan terlalu ghairah ‘membuat duit’ hingga tujuan asal menulis blog tersasar jauh. Jika ini berlaku, blogger juga akan kehilangan pembaca setia.

Berbicara lanjut mengenai pengiklanan di blog termasuk kriteria blog pilihan pengiklan, kolum Tanya Pakar menemubual Pengasas Bersama merangkap Pengarah Eksekutif Nuffnang, pelopor komuniti pengiklanan blog Asia, Timothy Tiah.

Ilham menubuhkan komuniti timbul ketika Tiah menuntut di luar negara. Ketika menjalani latihan praktikal, Tiah membangunkan laman web yang menawarkan perkhidmatan menghubungkan guru tuisyen dan pelajar. Menyedari perlunya mengiklankan perkhidmatan yang ada di laman web berkenaan, Tiah melihat potensi pengiklanan blog sebagai kaedah memasarkan produk.

Sehubungan itu, sejurus tamat pengajian, Tiah pulang ke Malaysia serta menubuhkan syarikat pengiklanan blog bersama rakan kongsi, Cheo Ming Shen. Komuniti ini berkembang begitu pantasi. Dalam tempoh sehari, seramai 300 ahli mendaftar di syarikat ini.

Ikuti temubual ini…

Bagaimana pengiklanan menerusi blog ini berlaku?

Seseorang blogger yang berminat menjadi komuniti Nuffnang akan mendaftar blog mereka dengan kami. Mereka akan mendapat kod ahli masing-masing.

Ciri-ciri blog mereka kemudian direkodkan untuk dirujuk apabila Nuffnang berurusan dengan syarikat yang hendak mengiklan. Bagi blogger secara individu, agak sukar untuk mereka ‘memasarkan’ blog mereka, jadi Nuffnang menjadi orang tengah antara blogger dan pengiklan.

Apakah kriteria blog yang dapat menarik iklan?

Seperti biasa, blog mestilah tinggi dari segi trafiknya. Ini bermakna ia sentiasa dikunjungi ramai pembaca. Selain itu, isi kandungan penulisan blog perlulah menarik perhatian untuk orang ramai membacanya.

Kumpulan sasaran pembaca blog juga boleh menjadi faktor pemilihan blog oleh pengiklan. Pengiklan lebih cenderung memilih blog yang pembacanya merangkumi golongan sasaran produk mereka.

Bagaimana dengan gaya penulisan? Adakah ia memainkan peranan dalam mendapatkan peluang pengiklanan?

Dari segi gaya penulisan, ia agak subjektif. Banyak juga blog yang gaya penulisannya sangat ringkas dan santai tapi disukai ramai pembaca. Selagi isi kandungannya bagus dan mendapat kunjungan pembaca yang ramai, tentunya blog itu yang menjadi pilihan pengiklan.

Berapa banyak bayaran yang boleh diperoleh seseorang blogger bagi iklan yang disiarkan dalam blog mereka?

Ia bergantung kepada tahap atau peringkat mana seseorang blogger itu. Lazimnya, blogger yang dikenali ramai serta mempunyai hit yang tinggi, bayaran untuk iklan yang diterima mereka juga tinggi.

Ada antara blogger menerima RM4,000 hingga RM5,000 untuk sebuah iklan.

Adakah iklan sekadar disiarkan di laman blog atau blogger diberi peluang mencuba produk terlebih dulu?

Ada berbagai pendekatan. Kadangkala, mereka hanya menyiarkan saja iklan di laman blog. Ada juga ketikanya, mereka meminta blogger mencuba dulu produk yang hendak diiklankan serta membuat ulasan.

Produk yang sering diiklankan melalui blog lazimnya produk barangan atau perkhidmatan yang diperlukan orang ramai.

Bagaimana agaknya tahap perkembangan pengiklanan blog tempatan jika dibandingkan dengan negara lain?

Bagi negara di rantau ini, Australia boleh dikatakan mendahului negara lain dari segi kecenderungan pengiklanan melalui blog. Ini diikuti Malaysia di mana syarikat pengeluar produk makin terbuka untuk mengiklankan produk mereka dalam talian.

Namun, ini tidak bermakna pengiklanan blog akan ‘mengambil tempat’ media lain sebagai medium pengiklanan utama. Saya percaya, media seperti akhbar dan televisyen masih mempunyai kuasa pengiklanan kerana ramai yang masih menganggapnya sumber hiburan utama.

Blog cuma menambah lagi pilihan medium pengiklanan masa kini.

Apa tip bagi blogger menjana pendapatan melalui laman blog mereka?

Saya sentiasa percaya, apabila kita menulis blog – tidak kira apapun tujuannya dan jika orang menyukainya, peluang untuk menjana pendapatan itu datang dengan sendiri.

Tidak perlu bertungkus-lumus atau mencuba sedaya-upaya menjadikan blog anda popular atau dipilih pengiklan. Jadilah diri anda sendiri. Memanglah blog yang boleh menjana wang memerlukan kadar trafik tinggi, namun sebagai seorang blogger mereka mesti berusaha menulis dengan baik.

-bharian




Contest : Ucapan Harijadi Paling Kreatif

Seperti yang kita sedia maklum ….

Sekarang nie sememangnya ramai antara kita dari budak sekolah hingga ke suri rumah mulai mempunyai akaun FACEBOOK (FB ).Malah dengan kehadiran facebook ini menjadikan ianya antara laman web sosial yang terkenal dan terhangat di pasaran.

Ia menjadi salah satu medium untuk menambahkan kenalan baru dan dan mungkin untuk mencari jodoh pasangan hidup.Dan telah terbukti banyak kes JEJAK KASIH melalui FACEBOOK ini.

Begitulah juga dengan diri saya…Maka dengan ini bersempena  hari kePUTERAAN saya yang akan tiba pada 15 OGOS nanti…. saya melancarkan contest UCAPAN HARI KELAHIRAN PALING KREATIF.

Okeyla…..Serba sedikit syarat2xnya :-

- Tinggalkan ucapan KREATIF anda di bahagian komen

- Anda boleh hantar seberapa banyak penyertaan

- Pastikan anda sebarkan info mengenai contest dengan menyertakan LINK blog ini >>> http://hazmanfadzil.com .

- Contoh : ‘ Jom join contest di blog hazman ( www.hazmanfadzil.com ) atau DAPAT WANG dengan UCAPAN.

- Hanya peserta yang membuat post atau entri khas mengenai contest ini akan dikira sah penyertaannya.Anda boleh update di :

BLOG,FACEBOOK,MYSPACE,FRIENDSTER,YM dan yang sewaktu dengannya

- Pernyertaan bermula hari ini 10/8/2009 hingga pukul 11 malam 13/8/1980

- Yang penting segala keputusan contest ini adalah MUKTAMAD , sebarang aduan dan complain tidak akan diLAYAN

Hmmm…. cukup la rasa dengan syarat-syaratnya…..kini hadiah yang saya tawarkan :

HADIAH PERTAMA : RM50

HADIAH KEDUA : RM30

HADIAH KETIGA : RM10

2X HADIAH SAGUHATI : RM5

So aper tunggu lagi….

Mulakan hantar penyertaan anda SEKARANG !!!

Seminar + Bengkel buat duit dengan BLOG

PENGUMUMAN :

Untuk pengetahuan member sumer….bro rohaizad – seorang problogger sepenuh masa yang sering membuat personal coaching dengan berbesar hati untuk mengadakan SEMINAR + BENGKEL buat duit BLOG.Maklumatnya adalah seperti berikut… :

====================================================

Setelah dibelek dan diteliti jadual yang ada di dalam organizer ini, maka rasanya akan ada masa yang agak FREE pada bulan hadapan. Yup, bulan Julai adalah bulan yang sesuai untuk menganjurkan Bengkel + Seminar Buat Duit Melalui Blog di Melaka kerana pada bulan Ogos, mungkin aku akan berada di Perak (dijemput sebagai speaker seminar oleh team Green Element). September, kita sudahpun berpuasa… yaayyyy!

Buat pengetahuan semua, coaching kali ini akan di adakan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh Melaka. Beberapa kemudahan telah di kenalpasti termasuklah WI-FI dan juga lokasi.

Hotel Seri Malaysia yang berdekatan dengan tol Ayer Keroh pasti akan memudahkan lagi urusan pergi dan balik untuk semua para peserta termasuklah mereka yang datang dari Pahang, Negeri Sembilan dan juga KL.

Sebenarnya coaching kali ini sama sahaja dengan yang coaching yang sebelumnya. Hanya namanya sahaja yang berbeza. Kalau dulu coaching di lakukan di cyber cafe atau di rumah peserta itu sendiri, tapi kali ini hotel pula menjadi pilihan.

Lagipun berdasarkan pada kemungkinan penyertaan yang lebih ramai (dijangkakan) tidak sesuailah pulak kalau diletakkan perkataan “personal” seperti mana yang pernah digunakan sebelum ini. So apa yang logik untuk diterima akal ialah nama “Seminar + Bengkel”.

Bengkel di sini bermaksud peserta bukan sahaja mendengar apa yang akan di terangkan, tapi peserta akan dapat melihat bagaimana proses “membuat duit melalui blog” secara terus menerus oleh aku sendiri. Aku tahu dan aku notis yang kalau setakat screenshot sahaja yang dipaparkan, pasti para peserta nanti tidak akan berasa puas. Betul kan? kan? kan? kan?

Bukan itu sahaja, ada sesuatu yang rasanya perlu diberitahu sebelum peserta membuat keputusan menyertai seminar + bengkel ini. Seperti yang semua telah sedia maklum, harga promosi coaching smart blogging (buat duit dari blog) ini (RM380) telahpun tamat. Bermakna harga asal coaching yang dahulunya iaitu RM450 akan bermula seperti biasa.

Sungguhpun begitu, untuk seminar + bengkel buat duit dari blog ini di Melaka ini… aku AKAN memberikan promosi yang lebih MENARIK!!!

Apakah promosi menarik tersebut?

1. Untuk 10 penyertaan terawal (early birds), mereka hanya perlu membayar RM300 sahaja !!!!!!! Giler lahh!
2. Untuk 10 penyertaan ke-2, potongan harga masih lagi diberikan. Para peserta hanya perlu membayar RM350 sahaja !!!!
3. Untuk 10 penyertaan ke-3, harga yang boleh di miliki adalah pada harga promosi iaitu RM380 (bukan RM450).

** Penyertaan seminar+bengkel buat duit dari blog di Melaka ini hanya TERHAD kepada 50 orang sahaja. Insya Allah akan dianjurkan pada hari Ahad 12hb Julai 2009.

Opss….breakfast, lunch dan minum petang seperti biasa. Orang dapur akan sediakan…. icon smile Seminar + Bengkel buat duit  dengan BLOG

Jadi bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan, bolehlah berbuat demikian di ruangan yang telah disediakan. Tempahan akan dilakukan berdasarkan kepada first come, first serve. Tiada kroni ataupun “main cable” … hahahahaha

Kalau ada yang bertanya “confirm ke buat di Melaka?” maka inilah jawapan bagi soalan tersebut.
—-> Seminar + bengkel ini akan di anjurkan jika tempahan minimum sebanyak 25 peserta. Insya Allah.

Rasanya itu sahaja buat masa ini. Kalau ada yang perlu di update catatan ini, maka akan di update seperti biasa. Salam blogging semua dan berjumpa kita di Melaka!

=====================================================

p/s: petikan dari post entri bro ROHAIZAD mengenai seminar beliau.So sape yang berMINAT…..boleh hubungi beliau di ruangan contact blog beliau….