Teknik Mengatasi Gangguan FOKUS di tempat kerja




 

Tip bagaimana untuk fokus….

1) Cuba wujudkan keselesaan dan elakkan gangguan dari persekitaran anda.
Susun atur semula ruang kerja anda agar anda dapat menghapuskan
seberapa banyak gangguan yang muncul.

ergonomic office furniture 3 Teknik Mengatasi Gangguan FOKUS di tempat kerja

sumber

2) Ubah orientasi meja kerja anda agar tidak mengganggu orang yang
lalu lalang. Gunakan pokok bunga atau pun tirai untuk meredam bunyi.
Atur perabot ruang kerja anda agar lebih selesa. Atur dan bersihkan ruang kerja anda.

Juga, pastikan anda selesa dengan suhu dan pencahayaan ruang kerja anda.

3) Menguruskan stress anda. Kenalpasti punca stress anda dan dari
mana datangnya tekanan tersebut. Cuba untuk kurangkan atau hapuskan
stress tersebut.

Salah satu punca stress yang biasanya berlaku ialah disebabkan
terlalu banyak tugasan yang perlu dilakukan.

4) Berfikiran positif. Adalah sangat sukar untuk menumpukan perhatian
jika anda mempunyai fikiran negatif berlegar-legar di minda anda.

Positive thinking+ +101+Blog Teknik Mengatasi Gangguan FOKUS di tempat kerja

sumber

Fikiran yang negatif menyebabkan kita hilang keyakinan diri,
tidak dapat memberikan hasil kerja yang baik dan seterusnya menyebabkan
keadaan menjadi bertambah sukar.

Jadi, langkah terakhir yang perlu anda lakukan ialah dengan berhenti
dari berfikiran negatif dan mula untuk berfikir secara positif.

 

318 total views, no views today

Courier jurnal digital



in 05.1 Courier jurnal digital

GAYA dwi-skrin yang boleh dilipat ini membawakan ciri penampilan eksklusif.

PERSAINGAN di antara gergasi teknologi maklumat, Microsoft dan Apple sejak lebih dua dekad lalu nampaknya masih belum berakhir. Kedua-dua syarikat ini tidak putus dalam menghasilkan produk terkini bagi memastikan kelangsungan mereka dalam industri. Jika dahulu mereka berlumba-lumba dalam membangunkan sistem operasi (Windows & Macintosh), sejak akhir-akhir ini pula mereka mula mengalihkan tumpuan kepada gajet digital. Tidak lama selepas Apple memperkenalkan tablet mereka – iPad, Microsoft tidak hanya berdiam diri malah telah bersiap sedia untuk memperkenalkan prototaip tablet versi mereka yang diberi nama Courier. Berbeza dengan iPad yang berbentuk seperti sekeping papan putih kecil, gajet ini mempunyai dwi-skrin yang boleh dilipat. Mendampingi pengguna sebagai jurnal digital, ia senang dibawa lantaran beratnya kurang dari 500 gram, berketebalan kurang dari seinci dan berukuran lebih kurang sebuah bingkai foto bersaiz sederhana. Gajet mutakhir Microsoft ini dilaporkan bakal menggunakan pemproses web bergerak terkini keluaran Nvidia – Tegra 2, yang direka khusus untuk gajet bergerak seperti tablet dan e-book. Pemproses grafik ini menjanjikan pengalaman melayari web yang maksimum termasuk keupayaan memainkan video beresolusi tinggi 1080p, sokongan skrin sesentuh 3D dan jangka hayat bateri yang lebih panjang. Ia juga dikhabarkan bakal menggunakan sistem operasi yang sama digunakan pada Zune HD dan juga Pink. in 05.2 Courier jurnal digital

KEBANGGAAN Apple iaitu iPad kini sudah ada pencabarnya.

Skrin Microsoft Courier ini berkelebaran 7-inci dan menyokong peranti input berasaskan pen dan mempunyai aplikasi yang mampu mengenali tulisan tangan. Kelebihan ini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menggunakan jurnal digital ini sama seperti buku nota. Selain itu, Courier juga bakal dilengkapkan dengan kamera binaan dalam dan fon kepala bagi membolehkan pengguna menikmati video atau lagu kegemaran mereka tanpa mengganggu privasi orang di sekitarnya. Seperti hampir kebanyakan gajet bergerak hari ini, Courier disertai keupayaan WiFi bagi membolehkan Internet diakses dari lingkungan yang mempunyai capaian ini. Tambah menarik, Courier juga boleh digunakan sebagai buku elektronik atau lebih popular dengan panggilan e-book. Berbeza dengan fungsi utama iPad sebagai gajet hiburan, kegunaan Courier lebih kepada buku catatan harian atau organizer digital. Ia membolehkan anda menjejaki dan mengemaskini temu janji, tugasan yang perlu dibuat, nombor hubungan dan juga catatan ringkas, lalu menjadikan golongan profesional dan ahli perniagaan sebagai sasaran utama pengguna gajet ini kelak. Gajet ini juga dikatakan begitu fleksibel, membolehkan anda menghasilkan lukisan dan lakaran menggunakan aplikasi seperti Microsoft Paint. Selain berupaya membuat catatan dan mengambil gambar, Courier turut membolehkan pengguna melayari Internet dan membuat cekupan gambar dan teks terus dari laman web. Sungguhpun belum ada pengesahan tentang spesifikasi sebenar gajet keluaran Microsoft ini, Courier tentunya bakal mempunyai ciri asas sebuah jurnal digital dan mampu memberikan tamparan kepada pesaingnya. Dan tidak mustahil ia akan muncul dengan beberapa ‘kejutan’ lain apabila dilancarkan pada pertengahan tahun ini seperti yang dirancang. -kosmo

102 total views, no views today

POCKET READER – Simpan 350 buah buku




Beresolusi kejelasan 800 x 600 piksel sudah cukup membuatkan imej yang dipaparkan terang. Paparan skrinnya mudah dibaca meskipun di bawah terik sinaran mentari.

in 03.1 POCKET READER   Simpan 350 buah buku

BUKU elektronik Sony Reader Pocket Edition ini dilengkapi skrin LCD berukuran 5 inci.


DALAM pemilihan sesebuah gajet untuk dibeli, saiz yang kecil turut menjadi faktor tarikan. Tetapi, saiz yang kecil tidaklah bermakna gajet tersebut kurang dari segi kemampuannya. Bak kata orang kecil-kecil cili padi.

Misalnya, buku elektronik, Sony Reader Pocket Edition (PRS-300) ini. Walaupun hanya berdimensi 15.9 x 10.8 x 1.01 sentimeter (sm) dengan berat 220 gram ia mampu memuatkan sehingga 350 naskhah buku. Bayangkan anda boleh membawa buku sebanyak itu ke mana-mana!

Sesuai dengan nama edisinya iaitu Pocket Edition, ia boleh diletakkan di dalam saku seluar, baju atau beg tangan. Ia nyata memudahkan mobiliti anda.

in 03.2 POCKET READER   Simpan 350 buah buku


Selain saiz, rekaannya yang kemas bergaya berasaskan konsep produk Sony pasti menarik perhatian para pengguna.

Dengan paparan skrin berukuran 5 inci mungkin anda berpendapat yang ia terlalu kecil dan sukar untuk membaca. Namun, ukuran skrin itu sebenarnya tidak mendatangkan masalah besar kerana anda boleh skrol paparan skrin tersebut sedikit demi sedikit.

Dengan resolusi kejelasan 800 x 600 piksel sudah cukup membuatkan imej yang dipaparkan terang. Paparan skrinnya pula mudah dibaca meskipun ketika anda berada di bawah terik sinaran mentari.

Butang di sebelah tepi skrinnya pula memuatkan pilihan menu yang ingin dilayari. Di bawah bahagian skrin pula terdapat butang berfungsi antaranya ke muka seterusnya, kembali ke halaman sebelumnya dan melaras saiz perkataan.

in 03.3 POCKET READER   Simpan 350 buah buku


Perkara lain yang anda dapati apabila menggunakan Pocket Edition ialah ia mempunyai ruangan memori bersaiz 512MB.

Kelebihan itu sudah cukup memadai bagi anda yang memerlukan penyimpanan pelbagai bahan kerja di dalam gajet masing-masing.

Dari segi ketahanan bateri pula, Pocket Edition mampu bertahan sehingga seminggu sekali gus membolehkan anda melayari sehingga 7,500 halaman.

Menggunakan bateri diperbuat daripada ion litium, anda hanya perlu mengecas baterinya menerusi USB sahaja.

Untuk memuat turun Library Software (v 3.0.01), pengguna perlu melayari laman web Sony dengan hanya menyambungkan kabel USB.

Sejurus itu, pengguna ikuti sahaja arahan ringkas yang diminta dan ia hanya satu proses yang singkat.

-ebook

98 total views, no views today