Tag Archives: facebook

Facebook Larang Penyiaran Kulit Album Nirvana




nirvana%20punya%20anu Facebook Larang Penyiaran Kulit Album Nirvana

LOS ANGELES: Gambar kulit album Nevermind, kumpulan rock popular, Nirvana pada tahun 1991 telah dilarang untuk dipaparkan di laman web sosial Facebook.

Seperti dipetik dari Femalefirst, gambar bogel seorang bayi yang berenang mendapatkan wang dikatakan melanggar nilai-nilai murni masyarakat.

Manakala seorang jurucakap yang juga pengendali laman Facebook memberitahu gambar tersebut melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh laman sosial tersebut.

Facebook tidak membenarkan gambar yang menyerang individu atau kelompok, atau gambar bogel, penggunaan dadah, berbentuk kekerasan atau pelanggaran ke atas beberapa syarat lain.

Bagaimanapun, Spencer Elden iaitu bayi pada gambar tersebut pada 20 tahun lalu tidak membantah gambar berkenaan disiarkan di laman sosial berkenaan malah dia mengakui selesa apabila lebih ramai yang melihatnya.

// mstar //

Facebook, Twitter atasi Myspace




CANNES, Perancis 25 Jan. – Facebook dan Twitter mengungguli Myspace sebagai lokasi ‘panas’ terbaru untuk peminat bertemu dengan artis dan pelakon yang mereka minat, kata sumber industri.

twitter follow achiever Facebook, Twitter atasi Myspace

Kedua-dua lawan web sosial itu juga menyediakan satu kemudahan besar baru untuk mempromosi konsert dan memujuk peminat muda untuk membeli muzik mereka.

facebook Facebook, Twitter atasi Myspace

”Ketika mereka yang berusia 16 hingga 24 tahun memilih untuk mencetak rompak lagu, mereka yang berusia 12 hingga 15 tahun pula merupakan pengguna tetap ruang digital hari ini dan pada masa depan,” kata Naib Presiden penyelidik berpengaruh pasaran Forrester, Mark Mulligan pada pertemuan tahunan industri muzik MIDEM di Cannes.

Beliau berkata, walaupun hanya 15 peratus kumpulan muda itu memuat turun muzik secara ‘rakan ke rakan’ dan 12 peratus lagi membeli lagu, 56 peratus daripada mereka mendengar muzik menggunakan telefon bimbit dan 53 peratus menonton video di Internet.

”Mereka yang berumur 12 hingga 15 tahun mewakili pelanggan masa hadapan dan membesar menggunakan Internet, mahu pengalaman muzik yang membolehkan mereka menonton, mendengar dan berkongsi,” kata Mulligan.

Beliau berkata, pemuzik juga semakin meningkat menerima perubahan itu dan mencuba pelbagai pendekatan kreatif untuk mendekati peminat dalam usaha meningkatkan populariti dan jualan muzik.

”Mengetahui cara menggunakan media sosial untuk mendekati peminat adalah kuncinya.

”Bagaimanapun, peminat mahukan lebih daripada sekadar infomasi mengenai konsert dan tarikh keluaran album atau lagu baru kumpulan yang mereka minati,” kata Pengarah Pembangunan Digital dan Perniagaan, PIAS Entertainment, Adrian Pope.

Penyanyi Britain, Imogen Heap yang menggunakan Twitter sejak beberapa tahun lalu, selalu melibatkan peminatnya dalam menulis lagu baru.

Peminatnya juga menghantar 1,000 video klip yang membantu Heap membuat satu filem pendek dan disiarkan di konsertnya di Albert Hall, London pada tahun lepas serta ditonton oleh 482,00 orang di talian.

Heap turut menyatakan bahawa konsertnya di Jakarta, baru-baru ini juga dihadiri oleh beribu peminat selepas didedahkan melalui blognya dan Twitter. – AFP

/// utusanmalaysia ///

Anda Mahukan Sesuatu? Lawati Mau.my

Semalam saya dapat email dari Bro Richie dari Akademiblog.com dan saya

rasa ianya bagus untuk dikongsi bersama…..

**********************************************************************

Hari ini saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah website alternatif

kepada Mudah.my.

Kenapa saya ingin memperkenalkan Mau.my kepada anda?

Mungkin sebelum ini anda pernah ingin menjual, membeli, menyewa ataupun

mendapatkan sesuatu servis di Mudah.my. Namun anda kekurangan info

di dalam Mudah.my.

164745 189687837711985 189684714378964 769199 2165386 n Anda Mahukan Sesuatu? Lawati Mau.my

Maklumat yang kurang meyakinkan di dalam Mudah.my menyebabkan

wujudnya Mau.my.

Fungsi Mau.my lebih kurang sama saja dengan Mudah.my tetapi anda

boleh dapat lebih dapat lebih banyak maklumat mengenai penjual

dan barang yang mereka jual.

Ada banyak lagi ciri-ciri menarik yang terdapat di dalam Mau.my.

Apa yang paling saya suka ialah, bagi sesiapa yang mempunyai akaun

Facebook, anda tidak perlu mendaftar dan isi maklumat di dalam

Mau.my.

Anda hanya perlu sekali klik saja, anda boleh menggunakan akaun Facebook

anda untuk login ke dalam Mau.my.

Cuba anda lawati www.Mau.my !

p/s : Jom belajar pasal dunia blogging di AKADDEMIBLOG.COM