Tawaran REVIEW MAKANAN untuk blogger dari KONGSIRESEPI.COM

Dua hari yang lalu

Saya mendapat info dari seorang rakan blogger mengenai tawaran menarik untuk para

blogger yang KAKI MAKAN dan suka buat review….

logo kongsi resepi Tawaran REVIEW MAKANAN untuk blogger dari KONGSIRESEPI.COM

Info diambil dari FANPAGE KONGSIRESEPI.COM :-

Iklan: “KERJA MUDAH, GOYANG KAKI: Kami beri RM50, anda pilih restoran, ambil gambar, makan kenyang2 dan tulis review”

Satu blog yang berkonsepkan review tentang makanan halal dan restoran, warung, bistro di Malaysia akan di lancarkan. Maka, anda dijemput untuk melihat requirement dan memohon jika berminat.

Adakah anda seorang yang:
1. Suka sangat makan. Kalau boleh, pagi, petang, siang, malam nak makan je. : )
2. Kadang-kadang rajin masak
3. Tapi selalunya tidak rajin masak. : )
4. Suka makan kat luar
5. Yang paling penting, anda Islam dan hanya makan di restoran yang 100% halal sahaja

Bukan setakat itu, anda juga:
1. Minat blogging
2. Pandai amik gambar. Gambar makanan cantik
3. Pandai menulis review pasal makanan dan restoran
4. Bercita2 nak jadi food critic
5. Cerewet tentang pemakanan. Kalau tak sedap, langsung tak nak datang lagi.

Adakah anda berkelayakan seperti berikut?:
1. Berpengalaman dalam blogging
2. Mempunyai blog sendiri
3. Tahu mengendalikan platform blog seperti Blogspot dan WordPress (kelebihan bagi yang tahu menggunakan WordPress)
4. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi
5. Berkebolehan menulis review tentang makanan dan restoran, seperti yang dibaca dalam buku & majalah
6. Pernah bekerja dalam bidang komunikasi atau journalism
7. Mempunyai PR dan komunikasi yang bagus
8. Mempunyai hubungan yang baik sesama blogger di Malaysia (Hubungan dengan food blogger adalah lebih baik)

Kenapa kami mencari anda?:
1. Seperti yang tertera, tulisan anda akan dibaca oleh beribu-ribu orang pada satu hari, lebih dari 100,000 komuniti yang sedia ada.
2. Walaupun dalam perancangan untuk dilancarkan, anda akan mendapat exposure.
3. Tak perlukan kepakaran teknikal dalam programming atau HTML. Cukup sekadar pandai menulis review dan mengambil gambar yang bakal melelehkan air liur pembaca.
4. Anda boleh bekerja di mana-mana sahaja. Tak perlu duduk di pejabat. Ini bermakna, sambil dukung anak, sambil makan pun boleh submit tulisan anda.
5. Kami sudah menyiapkan lebih 50 restoran untuk di review tentang makanan dan keadaan restoran tersebut.
6. Siapa tahu, dengan menulis tentang makanan, anda akan menjadi lebih terkenal?
7. Ramadan sudah semakin hampir. Review mengenai Buffet Ramadan dan kedai2 yang menarik juga diperlukan.
8. Yang paling penting, anda kenyang tanpa mengeluarkan apa2 belanja. Apa salahnya menulis sedikit untuk kami? : )

Apa restoran yang nak kena review?
1. Kami ada senarai restoran yang diperlukan
2. Buat masa ini, hanya di Klang Valley sahaja dulu

Macam mana nak apply?
1. Mudah sahaja, hantar email ke hello@kongsiresepi.com
2. Ceritakan kenapa anda berminat
3. Sertakan pautan portfolio blog anda yang sedia ada
4. Sertakan gambar makanan yang pernah diambil
5. Sertakan portfolio penulisan anda tentang restoran dan pemakanan

Bila kena mula kerja?
1. Kena apply dulu
2. Kalau dah lepas proses screening, kami akan menghubungi anda
3. Selepas itu, baru kami akan bank-in kan amaun duit
4. Dan anda bebas untuk makan di restoran yang kami telah tentukan

Kalau berminat, hantar email ke hello@kongsiresepi.com. Hanya yang layak sahaja akan dihubungi kembali. Jadi, jangan terlalu berharap.

387 total views, no views today