


Pertamanya….
Saya nak mintak maaf kepada rakan blogger AZWAN ANUAR yang datang jauh
dari PUTRAJAYA semata-mata nak cuba rasa ASAM PEDAS WARUNG MAMA
pada hari sabtu…. Sebab kedai tu ditutup selama 2 hari ( ada kenduri kawin )
Lain kali saya belanja makan-makan kat MMA SANTAI CORNER NILAI……

Oleh kerana sudah tahu sehari awal WARUNG MAMA nie nak tutup pada hari sabtu dan
ahad yang lalu….maka saya sempat la singgah makan pada hari jumaat yang lepas…setelah
pulang dari pejabat….

Tekak ni teringin pulak nak makan nasi paprik…. dan menariknya diorang siap kasi keropok
goreng secara PERCUMA ( tak semua kedai buat camni kan… ) bersama sup kosong…

Memang rezeki saya laaa….
Setiap kali datang makan sini mesti lauk masakan yang dipesan mesti ada mengandungi
udang + ayam dan sotong…..sedap pulak tue….

Dan setelah sekian lama….
Akhirnya saya makan TELUR BUNGKUS EXTRAVAGANZA bersama nasi paprik tue….Kenapa
saya kata sebegitu…?Ia adalah disebabkan JUMLAH ISI AYAM yang ada dalam telur bungkus
tu…. agak banyak untuk seorang makan……Dan saya tahu andai inilah yang menjadi menu
makan malam….sudah pasti saya akan tidur sebelum pukul 10 malam ( kekenyangan … )

Untuk mengelakkan rasa mengantuk selepas makan…. saya minum EPAL ASAM BOI…..rasa
manis + masam-masam sikit kan….Best woo…..
p/s : Stop kejap warung mama nie…. minggu nie nak terjah gerai lain di MMA SANTAI
CORNER NILAI pulakkk….

Rasanya….
Ramai yang dah tahu kan saya menang cabutan bertuah Pakej Percutian Kembara Islam
KEMBOJA / VIETNAM …..selama 6 hari 5 malam…..Dan Team Denai Hati ada menyatakan
untuk pergi ke KEMBOJA pada 2 Februari nanti… akan tetapi ianya terlalu cepat bagi kami
para pemenang….
Kebetulan saya teringat bahawa hari ini adalah hari terakhir untuk CASH OUT untuk
bulan JANUARI…. Dan tanpa membuang masa terus je la saya klik button CASH OUT
tersebut…. Serta memikirkan ianya cukuplah buat saya belanja masa pergi bercuti nanti
sebab lain-lain perbelanjaan akan ditanggung oleh DADDY ILHAM ….. yehaaaa !!!!
P/S : Masih lagi mencari nama seorang lagi pemenang untuk bincang tarikh holiday nie

Terasa sungguh bertuah apabila blogger seperti saya ini berpeluang untuk membuat
liputan untuk Majlis Derma / Lelongan Amal SLE MALAYSIA tempohari . Semakin hari
semakin ramai pihak yang telah menerima akan kewujudan blogger sebagai MEDIA yang
releven pada masa kini…
Sekadar nak berkongsi menu apa yang saya makan semasa MAJLIS MINUM PETANG
di Restoran Rebung CHEF ISMAIL…..








Memang banyak kuih muih yang dihidangkan…. sehinggakan BIRTHDAY BOY dan TOKEY
RUMAH FLAT pun tambah DUA TIGA PINGGAN tau….Memang sedap dan mengenyangkan
Cuba kat ofis kita ada makanan macam nie PERCUMA untuk staf dan kakitangan confirm lagi
semangat nak buat kerja kan…. hahahahaha

So sesiapa yang nak buat majlis atau event kat RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL boleh
la refer alamat dan nombor telefon di atas yea….
Pasal makan BUFET DI RESORT WORLD GENTING….
Ada sedikit lagi sambungan cerita apa yang saya makan tempohari …. sebab
semalam apa yang paparkan adalah boleh dikatakan menu hidangan utama
dan kategori makanan berat….
Jom cuci mata dengan KEK dan MANISAN….



MACAROON yang sedap dan siap ada tiga jenis warna



Pelbagai jenis manis dengan macam -macam jenis perisa

Tak pasti nama sebenar – tapi saya panggil KEK COKLAT KACANG WALNUT …

Pertama kali tengok RAINBOW CAKE depan mata…. leka kejap….hehehehe

Gabungan warna yang sangat menarik perhatian mata untuk kita MAKAN……

Bila close UP gambar RAINBOW CAKE nei rasa syok je walaupun hanya dengan
pandangan mata….. so colorful kan….dan sedap la jugak…
p/s : SWEETS n DESSERTS boleh berikan mood happy kan…..