Tag Archives: food blogger review

HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop DOUBLE ) Pasar Malam Style

Rasanya….

Kali terakhir saya makan CHICKEN CHOP ialah DUA BULAN yang lalu… itupun

sebab temankan housemate pegi beli barang kat DOWNTOWN….

539461 459723210705324 1747786792 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop DOUBLE ) Pasar Malam Style

Gambar visual amat kurang memuaskan sebab amik dengan SAMSUNG CORBY II je pun

kalau guna SAMSUNG GALAXY S III confirm hasil kualiti gambar lebih baik kan….Tapi

harganya amat berbaloi sebab dengan rm10 set chicken chop nie siap ada telur mata tu…

527950 459723044038674 1399265304 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop DOUBLE ) Pasar Malam Style

So petang semalam…

Saya pusing la kat pasar malam TAMAN SEROJA dekat area rumah saya … terjumpa la

peniaga yang jual set CHICKEN CHOP nie…. ada dua jenis… yang gambar di atas adalah

SET CHICKEN CHOP MINI dengan harga rm5 sahaja

399259 459723077372004 804500048 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop DOUBLE ) Pasar Malam Style

Dan ini pula….

Adalah SET CHICKEN CHOP FULL – daging ayam sekeping dengan wedges dalam lima

ketul kalau tak silap…. Cuma saya sedikit tak puas hati sebab salad yang diletakkan tu

teramat sikit sangat….

582213 459723114038667 1100354229 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop DOUBLE ) Pasar Malam Style

Kalau macam set CHICKEN CHOP yang full tu harganya adalah rm7 dan didatangkan

dengan homemade potato whipped nie… sedap jugak lah rasanya…. ( set chicken chop

mini ) ada jugak potato whipped nie….cuma takde la roti bun macam KFC tu kan….

563512 459723137371998 407244425 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop DOUBLE ) Pasar Malam Style

554152 459723174038661 257514920 n HAZMAN vs FOOD ( Chicken Chop DOUBLE ) Pasar Malam Style

Sebagai penambah perisa…

Saya amik dua kuah untuk set CHICKEN CHOP nie…. satu sos blackpepper dan satu lagi

sos mushroom… Akan tetapi ianya akan jadi lebih sedap bila ada SOS CILI… hahahahha

 

p/s : CHICKEN CHOP vs LAMB CHOP mana satu pilihan anda ?

 

KFC X-MEAL ZINGER BURGER

Pada malam sabtu lepas….

Rasanya buat pertama kalinya saya terjah ke restoran makanan segera KFC kat NILAI

waktu malam…. Itupun sebab join housemate saya makan sebab dia kata KFC branch

NILAI buka 24jam ( padahal lewat malam je ) – pukul 2 pagi….

314892 457343167609995 1697042899 n KFC X MEAL ZINGER BURGER

Disebabkan saya dah sudah makan dan rasa KFC FLAMMING CRUNCH tempohari

maka saya pesan set X MEAL ZINGER BURGER…. Dan oleh kerana minggu tema

RANGUP BERTEMU PEDAS maka ayam tu perisa FLAMMING CRUNCH la kan….

182099 457343220943323 500910626 n KFC X MEAL ZINGER BURGER

French fries pun saya amik yang saiz kecik je pun sebab malas nak membazir …lagipun

nie time lewat malam so tak boleh la amik saiz besar kan….hahahahha

548806 457343207609991 1396583781 n KFC X MEAL ZINGER BURGER

Untuk restoran KFC cawangan NILAI nie saya tengok ayamnya masak sekata jugaklah….

berbanding dengan yang sama makan di cawangan BANDAR BARU SALAK TINGGI…just

nice…..

246526 457343250943320 768496022 n KFC X MEAL ZINGER BURGER

Inilah burger ZINGER yang agak lama jugaklah saya tak makan….satu-satunya menu versi

burger KFC yang saya suka sebab ada kepingan daging ayam yang besar dan tebal….

dan kena letak dua tiga tiub sos cili baru la dapat merasai nikmatnya….. buurrppppp….

 

p/s : Makan SET X MEAL lebih best dari DINNER PLATE KFC…

HAZMAN vs FOOD( Roti Naan Cheese + Garlic + Ayam Tandoori )

Petang semalam….

Saya singgah pasar malam dekat pekan salak…. tapi masa tu awal sangat dalam pukul

5.30 petang… masih ramai lagi peniaga yang memulakan perniagaan mereka…. so saya

terjah la ke satu restoran mamak di AS SALAM NILAI untuk makan ROTI NAAN….

*** GAMBAR AMIK GUNA SAMSUNG CORBY ( 2 MEGAPIKSEL ) ***

196152 451141591563486 550732841 n HAZMAN vs FOOD( Roti Naan Cheese + Garlic + Ayam Tandoori )

Dah lama sangat la saya tak makan roti naan nie…. so mula-mula saya order Roti Naan

Cheese …. anda semua boleh tengok kan betapa tebal cheese yang diletakkan dalam roti

naan tersebut….

575338 451141624896816 1172735068 n HAZMAN vs FOOD( Roti Naan Cheese + Garlic + Ayam Tandoori )

Dah settle tu …

Cuba pulak yang housemate saya punya roti naan GARLIC…. saiz tebal roti adalah sama

tapi saya rasa sikit je la kan…. sekadar untuk menjamah sahaja….

542428 451141664896812 1750586707 n HAZMAN vs FOOD( Roti Naan Cheese + Garlic + Ayam Tandoori )

Dan pastinya …

Roti Naan saya tu dimakan dengan AYAM TANDOORI bersama perahan limau …dan

banyak pulak bawang mamak ni letak dalam pinggan nie… haisshh…

179500 451141681563477 800404469 n HAZMAN vs FOOD( Roti Naan Cheese + Garlic + Ayam Tandoori )

Akan tetapi…

On the way balik… singgah lagi satu kedai mamak dengan area KOSMOPLEKS SEPANG

untuk rasa roti naan lagi…. bukan aper member saya kata kat situ rotinya lebih lembut dan

sedap

527849 451141701563475 241926226 n HAZMAN vs FOOD( Roti Naan Cheese + Garlic + Ayam Tandoori )

Saya order roti naan cheese jugak… dan saya dapati rotinya lebih nipis tapi memang

lembut sangat sampaikan saya boleh kunyah begitu sahaja….tapi macam biasa laa… roti

naan nie sedap dimakan time panas-panas laaa

285673 451141734896805 1693068975 n HAZMAN vs FOOD( Roti Naan Cheese + Garlic + Ayam Tandoori )

556599 451141764896802 29898106 n HAZMAN vs FOOD( Roti Naan Cheese + Garlic + Ayam Tandoori )

Ayam tandoori dia pulak portion yang lebih kecil…. tapi dia punya rasa rempah tu memang

la menyerap seluruh isi ayam tue….amat lembut bila dimakan bersama roti naan tadi…

kalu betul-betul lapar setakat EMPAT LIMA KEPING ROTI NAAN yang kedai nie saya boleh

habiskan…. hahahaha

527784 451141561563489 1506379408 n HAZMAN vs FOOD( Roti Naan Cheese + Garlic + Ayam Tandoori )

Then …

Dan siap makan kesemua roti tue…. TEH O AIS LIMAU menjadi penghilang dahaga saya…

 

p/s : Anda biasa tak makan roti naan nie ??? Kat mana yea yang sedap yang anda tahu ??

HAZMAN vs FOOD ( 2 BAKSO + 2 SOTO ) PASAR MALAM PEKAN SALAK

Hurmm….

Sudah beberapa hari kan saya tak update pasal slot HAZMAN vs FOOD nie… Bukan apa

masih lagi tercari-cari lagi apakah makanan kat pasar malam ( harga ekonomi ) untuk

makan dalam hidangan yang besar….

DSC 0712 HAZMAN vs FOOD ( 2 BAKSO + 2 SOTO ) PASAR MALAM PEKAN SALAK

Okey…

Kali nie saya memilih untuk makan BAKSO dan SOTO….  tapi disebabkan ianya adalah

untuk slot HAZMAN vs FOOD so saya beli DUA BUNGKUS setiap satu….

DSC 0721 HAZMAN vs FOOD ( 2 BAKSO + 2 SOTO ) PASAR MALAM PEKAN SALAK

Untuk SOTO pasar malam pekan salak nie… ia berharga cuma rm2.50 sejak sepuluh

tahun dahulu la rasanya….dan inilah rupanya setelah saya letakkan DUA BUNGKUS

sekali dalam satu mangkuk …

DSC 0714 HAZMAN vs FOOD ( 2 BAKSO + 2 SOTO ) PASAR MALAM PEKAN SALAK

Ini pulak BAKSO yang berharga hanya rm3 setiap satu bungkus…. just nice jer meatball

dia nie… tapi bila DUA BUNGKUS combine sekali memang penuh la separuh permukaan

bekas nie….dan ianya adalah HOMEMADE yea…

DSC 0724 HAZMAN vs FOOD ( 2 BAKSO + 2 SOTO ) PASAR MALAM PEKAN SALAK

DSC 0725 HAZMAN vs FOOD ( 2 BAKSO + 2 SOTO ) PASAR MALAM PEKAN SALAK

Dan untuk menambahkan lagi selera makan saya nie…. saya beli bergedel kentang

dengan harga 3 -rm1 sahaja untuk setiap hidangan… Pergghh.. memang sedap la bila

makan sekali dengan sambal special dia….Suatu menu simple yang mengenyangkan

Anda biasa tak makan BAKSO nie… ?

 

p/s : Kalau pandai kira-kira berapakah yang perlu saya bayar untuk semua BAKSO

dan SOTO + BERGEDEL nie.. ?

Laksa SARAWAK di Laksa Shack SUNWAY PYRAMID




Setelah sekian lama saya tak makan menu masakan dari bumi kenyalang

SARAWAK….semalam sebelum tengok pra tonton filem SENARION OPS

POCOT sempat jugak la saya singgah di LAKSA SHACK SUNWAY

PYRAMID….

DSC 11452 Laksa SARAWAK di Laksa Shack SUNWAY PYRAMID

Sebelum nie apa yang saya tahu pasal LAKSA SHACK nie ialah diorang just jual

pelbagai jenis laksa dalam saiz bowl yang besar…..

DSC 11472 Laksa SARAWAK di Laksa Shack SUNWAY PYRAMID

Tapi bila tengok menu sebenarnya ada pelbagai jenis menu yang dijual…dan

ianya termasuklah set nasi beriani.Tapi selera saya adalah untuk makan MEE

KOLOK namun tidak dijual….so saya order LAKSA SARAWAK jeee…

DSC 1151 Laksa SARAWAK di Laksa Shack SUNWAY PYRAMID
*Quote :- PICTURES SHOWN ARE FOR ILLUSTRATION PURPOSES ONLY….

DSC 11521 Laksa SARAWAK di Laksa Shack SUNWAY PYRAMID

Hiasan dalaman restoran LAKSA SHACK SUNWAY PYRAMID

DSC 11531 Laksa SARAWAK di Laksa Shack SUNWAY PYRAMID

Konsep OPEN KITCHEN…. tapi mostly pekerjanya adalah warga BANGLADESH

DSC 1162 Laksa SARAWAK di Laksa Shack SUNWAY PYRAMID
Air sirap bandung cincau yang datang sekali ngan SET LAKSA….

DSC 1165 Laksa SARAWAK di Laksa Shack SUNWAY PYRAMID

SET LAKSA yang didatangkan bersama DUA OTAK-OTAK…..

DSC 11721 Laksa SARAWAK di Laksa Shack SUNWAY PYRAMID

OTAK-OTAK….. tapi rasanya biasa je kot…..

DSC 1171 Laksa SARAWAK di Laksa Shack SUNWAY PYRAMID

Laksa SARAWAK nie diorang letak UDANG dan hirisan daging AYAM….

DSC 11941 Laksa SARAWAK di Laksa Shack SUNWAY PYRAMID

Dan harga untuk set laksa SARAWAK ini seperti di atas….

 

p/s : Nak tunggu bro JEJAI belanja makan MEE KOLOK……