Pada hari JUMAAT yang lepas….
Saya ulang balik makan kat MMA SANTAI CORNER NILAI untuk mencari burger
KAMBING tapi waktu tu dah pukul 10.45 malam… patty daging kambing dah habis
la pulak…. So kenalah tukar order….

Amik BEEF BURGER ORIGINAL + BEEF BURGER SUPREMO dan kedua-duanya amik
special ( tambahan ham -turkey dan salami )

Limpahan MAYONIS memang mencukupi… terlebih skit kot….

Yang ini BURGER pertama……

Sangat suka apabila tengok SOS CILI yang melimpah ruah tue….

Giliran burger KEDUA la pulak kan….

Cheese saya tak amik banyak…. satu jee.. kalau saper peminat keju boleh mintak ekstra
tapi bayar ekstra gak laaa

KERATAN RENTAS untuk ketebalah daging… yang berat lebih kurang 175gram ( patty je )
kalau tak silap saya….

Pemegang REKOD terkini BURGER BAKAR ABANG BURN - JAJAHAN NILAI…. Kalau
nak OVERWRITE rekod kena makan BURN TOWER 6 KE ATAS…. Menarik tapi
sepatutnya BOLEH KASI PERCUMA jeee dengan arrangement masa tertentu….Cuma
diorang just offer DISKAUN 10% TANPA HAD MASA…. Maybe tak nak berlakunya
pembaziran kepada yang tak dapat habiskan BURN TOWER nie….
Ikut info kat FB ABANG BURN nie…. harga untuk BURN TOWER 5 nie dalam rm29.50 so
kalau 10% diskaun tu baru ( rm2.95 ) …. betul tak ?
Lastly…..
Satu perkara yang rasanya nak HIGHLIGHT untuk BURGER BAKAR JAJAHAN NILAI nie
iaitu… mintak diorang sediakan CASHIER MACHINE untuk staf yang terlibat di bahagian
pembayaran merangkap TUKANG AMIK ORDER tue….Agar nampak lebih tersusun
ketika urusan pemulangan baki wang…. dan bukannya macam urusniaga pasar malam
Lagipun BURGER BAKAR ABANG BURN adalah suatu JENAMA yang kian meningkat
naik dan ada potensi untuk lebih maju….
p/s : Sentiasa beri sokongan pada pengusaha makanan BUMIPUTERA !!!!
