Selamat berpuasa untuk anda semua….
Hari ini adalah hari pertama kita menunaikan ibadah puasa di bulan RAMADHAN
yang mulia ini….Dan pastinya ramai di antara anda yang mencari tempat
berbuka puasa yang menarik bukan….
Kepada anda…
Saya cadangkan Restoran ENAK KL – Restoran FINE DINING yang menampilkan
masakan melayu yang sedap tanpa menggunakan MSG dalam hidangannya….

Seperti yang tertera di gambar di atas… harga bagi bufet ramadhan restoran ENAK KL
ialah rm65.90 untuk dewasa dan rm39.50 untuk kanak-kanak . Ianya merangkumi set
STARTER , MAIN COURSE dan DESSERT yang dihidangkan secara bufet dan untuk
minuman pula diberikan secara free flow
Menariknya menu hidangan bufet di Restoran ENAK KL ini adalah berbeza setiap hari
dari ISNIN hingga AHAD . Pakej untuk keluarga dan korporat juga turut disediakan dengan
menghubungi talian 03-21418973 untuk maklumat lanjut atau emailkan pertanyaan anda
di info@enakkl.com

Pada hari rabu lepas saya bersama CIK LILY PUTIH dan ABANG JEJAI telah
berpeluang untuk buat food review bagi bufet ramadhan RESTORAN ENAK KL . Dan
pembaca setia blog hazmanfadzil.com pastinya pernah terbaca yang saya telah beberapa
kali buat review mengenai restoran ini
- BUFET RAMADHAN bersama SAMSUNG 2011
- FOOD TESTING RESTORAN ENAK KL
- REVIEW PROMOSI LUNCH FOR TWO ENAK KL
Okey jom kita lihat apakah makanan yang dihidangkan untuk review kali ini….

Air watermelon juice ( mocktails ) untuk saya….


Daging Goreng Dendeng


Pucuk paku goreng bawang putih


Ayam percik

Udang lemak nenas


Udang sambal petai

Asam pedas BUTTER FISH – HIGHLY RECOMMENDED yea…. WAJIB CUBA !!!!

Pisang Caremel

Sagu Gula Melaka
Memang nampak menarik bukan… Dan saya jamin anda pasti akan puas hati apabila
makan di sini untuk berbuka puasa… Harga yang ditawarkan adalah amat berbaloi untuk
merasai kenikmatan masakan melayu yang ENAK – seperti nama restoran ini…

Anda juga berpeluang untuk memenangi voucher rm50 Restoran ENAK KL
hanya dengan cara di atas…. Mula-mula LIKE FANPAGE ENAK KL selepas
itu lakukan TIGA LANGKAH di atas untuk VOTE RESTORAN ENAK KL sebagai
BEST MALAY RESTAURANT anjuran TIMEOUTKL.COM . Good Luck yea !!!
Bagi pihak saya….
mengucapkan terima kasih kepada En Hamidon ENAK KL – kerana telah berikan peluang
untuk saya dan rakan bloggers membuat review bagi bufet ramadhan tahun ini….
>>> MAHUKAN FINE DINING MASAKAN MELAYU – INGAT ENAK KL <<<
p/s : Ahad nie ( 22 Julai 2012 )saya akan terjah lagi untuk BUFET RAMADHAN
di RESTORAN ENAK KL….










