Tag Archives: fotografi

Peluang berjumpa dengan NIGEL BARKER di Kuala Lumpur

19168 a4798 Peluang berjumpa dengan NIGEL BARKER di Kuala Lumpur

Astro dengan kerjasama STARWORLD ingin menawarkan kepada semua

pelanggan Astro untuk sessi beramah mesra dengan jurugambar selebriti yang

terkenal dan juri terbitan TYRA BANKS – ‘ America’s Next Top Model ‘ , NIGEL

BARKER.

Bekas model yang beralih ke bidang jurugambar fesyen profesional akan

mengadakan bengkel fotografi sempena lawatan beliau ke MALAYSIA.Dan

pelanggan Astro yang terpilih akan berpeluang untuk bersemuka dengan

NIGEL BARKER  face to face…..

Kepada yang terpilih aktiviti untuk mereka ialah :

 

23Julai 2011 – Sessi autograf buku beliau “Beauty Equation ” di Kinokuya

KLCC dan mendapat salinan buku tersebut di samping dapat peluang

eksklusif untuk bertemu dengan beliau

 

24Julai 2011 – Bengkel fotografi NIGEL BARKER di Ritz-Carlton Hotel

KUALA LUMPUR…..

 

So kepada pelanggan Astro yang berminat boleh layari link ini

>> MEET N GREET WITH NIGEL BARKER <<<

Gaya Awek DSLR Sukan Asia Guangzhou 2010




Dalam apa sahaja kejohanan sukan yang dianjurkan antara orang penting

untuk  melaporkan berita terkini ialah pemberita dan pengulas sukan

……Tapi tumpuan tidak pula pernah diberikan kepada jurugambar foto

( sukan ) yang merakamkan detik-detik aksi kejohanan tersebut.

Ianya berbeza di Sukan Asia Guangzhou 2010 kali ini…. di mana salah seorang

jurufoto wanita telah berjaya mencuri tumpuan wartawan dan peminat sukan

di sini…..

Awek DSLR1 Gaya Awek DSLR Sukan Asia Guangzhou 2010

Awek DSLR2 Gaya Awek DSLR Sukan Asia Guangzhou 2010

Awek DSLR3 Gaya Awek DSLR Sukan Asia Guangzhou 2010

Awek DSLR4 Gaya Awek DSLR Sukan Asia Guangzhou 2010

Awek DSLR5 Gaya Awek DSLR Sukan Asia Guangzhou 2010

Awek DSLR6 Gaya Awek DSLR Sukan Asia Guangzhou 2010

Awek DSLR7 Gaya Awek DSLR Sukan Asia Guangzhou 2010

Awek DSLR8 Gaya Awek DSLR Sukan Asia Guangzhou 2010

Awek DSLR9 Gaya Awek DSLR Sukan Asia Guangzhou 2010

Awek DSLR10 Gaya Awek DSLR Sukan Asia Guangzhou 2010

Hurmmmm…… memang cool la gaya dia kan….. sempoi jeee…..Ini kalau bro

Shahroll atau JMR tengok nie sure gadoh nak tackle amoi nie….. ekekeke….

gurau2 je bro….Tapi kalau saya confirm la nak adjustkan untuk sambar satu

je dari kamera yang dia ada…. Kalau tak silap kamera yang dia ada tue harganya

lebih dari sebuah KANCILBIRU….

p/s : Skang timbul minat nak blaja fotografi…. dalam perancangan nak amik satu

DSLR….. Any brand suggestion for newbie macam saya ???

Hayati keindahan gambar




me 01.1 Hayati keindahan gambar

Berbaloi memiliki model yang mempunyai banyak kelebihan.


Dilengkapi dengan teknologi pemproses terbaru dari AMD Athlon™ II Dual-Core dan kad grafik ATI Mobility Radeon™ HD 5430, komputer riba taruhan Fujitsu bakal menawarkan prestasi serta kualiti gambar terbaik buat pengguna.

Saksikan kualiti kandungan video menjadi lebih menarik, gambar menjadi lebih terang dan jelas serta nikmati sistem muzik yang luar biasa daripada komputer riba terbaru dari Fujitsu.

Fujitsu LifeBook LH520 hadir bersama pakej teknologi pada dimensi terbaru serta gaya hidup moden terkini.

Dijana oleh pemproses AMD Athlon™ II Dual-Core yang juga merupakan teknologi penjimatan tenaga terbaik, komputer ini menawarkan pemproses bersesuaian tugasan yang pelbagai.

Selain itu, kehadiran grafik kad dari ATI Mobility Radeon™ HD 5430 pada komputer tersebut memberikan kualiti HD kepuasan menonton seumpama suasana di skrin wayang gambar.

Menurut Pengarah Pemasaran Produk Fujitsu Asia Pasifik, Lim Teck Sin, Fujitsu LifeBook LH520 merupakan komputer yang amat sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu yang menepati kehendak peribadi di samping tidak terlalu mahal.

“Komputer riba ini juga direka untuk memberi dua ciri utama iaitu kepercayaan dan prestasi kepada pemiliknya,” ujarnya.

Anda juga pasti teruja dengan kualiti gambar yang dipaparkan oleh komputer riba ini tatkala melihat gambar-gambar anda sama sebelum mahu pun selepas ia di edit.

Ditambah pula dengan keasyikan alunan muzik yang dimainkan oleh komputer riba ini.

Namun, antara kelebihan yang terbesar adalah kecerahan serta ketajaman wayang gambar HD pasti memuaskan hati pemiliknya.

Di tambah dengan kamera 1.3 mega piksel serta mikrofon stereo berkembar binaan dalam memudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan mahu pun ahli keluarga di seluruh dunia melalui perisian seperti Skype dan Messenger.

Bersama dengan segala kelebihan teknologi terkini tersebut, Fujitsu sedar ia akan menjadi pilihan ramai justeru komputer riba ini perlu tahan dengan kelasakan penggunanya.

Ia juga bakal dibawa ke mana-mana sahaja oleh pengguna oleh demikian pembikinan Fujitsu LifeBook LH520 turut mengambil kira situasi tersebut.

Sebagai contoh teknologi kalis tumpahan pada papan kekunci yang mana boleh mengelakkan kerosakan yang teruk apabila berlakunya tumpahan seperti air kopi mahu pun lain-lain jenis minuman ke atas papan kekunci tersebut.

Ia di tambah pula dengan kelebihan slot kekunci BIOS, kekunci cakera keras, dan kekunci antipencuri menjadikan komputer riba ini amat berbaloi untuk dimiliki.

///utusanmalaysia///

Serlah kreativiti fotografi

in 02.1 Serlah kreativiti fotografi

MOD iAuto membantu pengguna menyunting subjek dalam kamera.


DAYA imaginasi dan kreativiti memainkan peranan penting dalam penghasilan sesuatu imej pegun yang dapat memberi seribu makna kepada penggemar fotografi.

Bahkan, rakaman imej pegun yang tidak memerlukan suntingan perisian komputer menyerlahkan lagi kreativiti selain menjimatkan masa seseorang jurufoto.

Bagaimanapun, tidak semua kamera digital didatangkan dengan ciri-ciri kreatif untuk memberi kebebasan kepada penggemar fotografi melakukan suntingan ketika menggunakan peranti berkenaan. Ia sekali gus mengehadkan kreativiti mereka semasa merakam imej.

Ini semua bakal berubah apabila menggunakan kamera sistem generasi baru salah sebuah syarikat peneraju industri kamera digital dunia, Olympus iaitu PEN E-PL1.

Peranti revolusi baru, model PEN E-PL1 ini dilengkapi dengan mod iAuto yang mampu memberi kebebasan kepada pengguna untuk merakam imej pegun dengan mudah dan pantas mengikut gaya kreativiti mereka.

Menariknya tentang mod iAuto ini apabila ia menawarkan lima pilihan Live Guide yang dapat membantu pengguna menyunting subjek yang dikehendaki.

Lima pilihan Live Guide yang terdapat pada kamera digital tersebut ialah penepuan warna (colour saturation), warna imej (colour image), kecerahan (brightness), latar belakang kabur (blur background) dan pergerakan pantas (express motion).

Kesemua pilihan Live Guide tersebut dapat membantu pengguna menghasilkan imej pegun yang lebih kreatif tanpa menggunakan sebarang perisian komputer dengan hanya melaraskan punat menambah atau menolak hasil pilihan berkenaan.

Ciri-ciri itu mampu memberi peluang kepada pengguna melakukan eksperimentasi terhadap imej pegun yang dirakam, sekali gus menajamkan daya imaginasi penggemar fotografi.

Selain itu, keunikan kamera digital yang mempunyai resolusi 12.3 megapiksel tersebut adalah ia didatangkan dengan lima panduan merakam imej gaya profesional.

Empat panduan tersebut adalah rakaman kanak-kanak, haiwan peliharaan, bunga-bungaan, makanan dan cara membingkai imej.

Pengguna PEN E-PL1 juga boleh melakukan ekperimentasi imej dengan menggunakan Art Filter yang disediakan dalam kamera digital itu iaitu gentle sepia, pop art, pin hole, diorama dan grainy film.

Model kamera digital PEN E-PL1 boleh dimiliki pada harga RM2,499 dan keterangan lanjut mengenai peranti itu boleh melayari laman web www.olympusimage.com.my.

-olympus PEN-E-PL1

// kosmo //

Kompak dan boleh laras




me 02.1 Kompak dan boleh laras

Masaki Matsumae (dua dari kiri) memperkenalkan model kamera DSLR terbaru daripada Sony, NEX-3 dan NEX-5 pada pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

NIPIS, ringan, bersaiz ultra kompak serta dilengkapi kelebihan lensa boleh laras. Itu yang ditawarkan oleh kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) terbaru daripada syarikat peneraju produk elektronik terkenal, Sony Malaysia (Sony).

Tidak kira anda jurukamera amatur mahu pun profesional, aplikasi model NEX-3 dan NEX-5 ini pasti akan memberi kepuasan kepada aktiviti pengimejan.

Menurut Timbalan Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran Pengguna Sony Malaysia, Masaki Matsumae, pengenalan dua model tersebut adalah untuk memenuhi kehendak pengguna yang mahu merakam gambar berkualiti di mana sahaja mereka berada.

“Dengan segala kelebihan ini, ia bakal menawarkan aktiviti rakaman foto yang lebih fleksibel, tepat dan menarik,” katanya pada pelancaran model tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

NEX-3 dan NEX-5 yang dilengkapi sensor Exmor APS HD CMOS menawarkan rakaman imej 15 kali lebih jelas daripada kamera kompak biasa dengan kurang bunyi bising.

Menerusi kelebihan resolusi 14.2 megapiksel, kedua-dua kamera ini berupaya merakam imej dalam keadaan cahaya rendah tanpa sokongan flash atau tripod.

Bagi operasi pelarasan lensa, pengguna ditawarkan dengan beberapa pilihan lensa seperti lensa sudut luas, lensa pemfokusan standard, lensa pemfokusan tinggi, lensa keluasan ultra dan lensa fisheye.

Dari segi paparan pula, ia dilengkapi skrin LCD Xtra Fine bersaiz tiga inci dengan nisbah keluasan 16:9 serta diintegrasikan bersama teknologi TruBlack.

Untuk fungsi rakaman video, NEX-3 boleh merakam visual definisi tinggi (HD) dalam format MP4 sementara NEX-5 mampu merakam video HD penuh berformat AVCHD.

Keunikan lainnya ditampilkan pada fungsi 3D Sweep Panorama di mana pengguna boleh menjalankan rakaman berkualiti tinggi secara tiga dimensi (3D).

Dengan berat hanya 229 gram (g) dan ketebalan lebih kurang 24.2 milimeter (mm), ia mudah untuk dibawa dan digunakan di mana-mana sahaja.

NEX-3 yang ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan silver serta NEX-5 dengan warna hitam, perak, kelabu dan merah kini boleh diperoleh di pasaran dengan harga bermula daripada RM1,999.

-utusanmalaysia