
MInggu lepas….
Agak kerap jugak hujan di petang hari….kebiasaannya sejam atau dua jam sebelum waktu
saya pulang dari pejabat…Dan bila ini berlaku ia mempercepatkan lagi rasa lapar untuk
saya mencari menu makan malam….

Maka saya singgah di kedai makan FULL LA MAK CAFE – berhampiran dengan taman area
rumah saya…budak yang ambil order cakap ada menu special iaitu NASI PUTIH + AYAM
LAGA GORENG BEREMPAH…. apabila mendengar nama yang menarik itu terus saya pesan
tanpa rasa ragu-ragu…..

Tak lama lepas tu…
Set nasi putih AYAM LAGA BEREMPAH pun sampai…..bila ditanya adakah ianya betul ayam
laga pada budak yang hantar makanan nie…. Dia hanya tersenyum sinis menandakan
bahwa ianya adalah AYAM BIASA je…. hahahahaha

Tapi saya suka…. sebab portion daging ayamnya besar dan lembut… hidangan yang
diberikan bersama kuah kari memang membuka selera saya …. ditambah pula ada bawang
besar tu telah memberikan rasa sedapnya AYAM LAGA GORENG BEREMPAH nie….
Dari sini kita boleh lihat….
Dengan memberikan sedikit nilai tambah atau nafas baru terhadap sesuatu produk yang
sedia ada….boleh membantu untuk meningkatkan potensi jualan atau penjenamaan…..




















