KAPTEN Malaysia, Safiq Rahim (kanan) bersama rakan sepasukan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas berjaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sebentar tadi. Malaysia menang dengan agregat 4-2
PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama selepas menang dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.
Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Gelora Bung Karno Jakarta, malam tadi. Turut kelihatan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (belakang, kiri) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (lima dari kiri)
Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini, Rabu. Foto THE STAR Oleh: Glenn Guan
Video gol MALAYSIA vs INDONESIA -Piala Suzuki 2nd leg 2o1o
Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak MALAYSIA kerana telah berjaya
memenangi PIALA SUZUKI 2010 setelah 14 tahun penantian untuk menjadi
juara….Semoga momentum KEMENANGAN ini dapat diteruskan……
p/s : Permulaan yang BAGUS untuk skuad K RAJAGOPAL……
KESIBUKAN membuat persiapan terakhir menjelang perlawanan akhir Piala Suzuki AFF menentang Indonesia tidak menghalang pemain negara, Norshahrul Idlan Talaha melangsungkan perkahwinannya dengan Siti Aisya Adam di Kota Bharu, Kelantan, 25 Dis.
PENYERANG kebangsaam, Norshahrul Idlan Talaha (kanan) cuba melepasi pemain pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur ketika beraksi pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 26 Dis. – Utusan/SHAHRIL AZMAN ZAIN
PEMAIN-pemain skuad kebangsaan melaungkan slogan Malaysia Boleh! selepas menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Skuad negara akan menentang Indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 hari ini sebelum bertandang ke Jakarta untuk pertemuan akhir kedua pada Rabu depan.
SEBAHAGIAN daripada ribuan penyokong Malaysia membentuk “lautan kuning” dan Jalur Gemilang ketika hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia, di Kuala Lumpur, 26 Dis. – Utusan/SHAHRIL AZMAN ZAIN
PENJAGA gol Indonesia, Markus (dua dari kiri) terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan gawangnya daripada terus diancam penyerang Malaysia pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 3-0.
PENYERANG negara, Mohd Safee Mohd Sali, menanduk masuk gol ketiga dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia. Foto Osman Adnan
Video GOL MALAYSIA vs INDONESIA 2010 -Final Piala Suzuki 2010