GENTING HIGHLANDS, 3 APRIL 2011: Dengan undian sebanyak 126,168, pembaca akhbar Berita Harian telah memilih pelakon, Shaheizy Sam sebagai Bintang Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang bersiaran malam semalam.
Dalam majlis yang telah berlangsung dengan gilang gemilang dari Arena of Stars, Genting Highlands ini, Shaheizy Sam, 29, telah menewaskan nama-nama besar lain yang turut mendapat undian tinggi seperti Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.
Dengan gelaran ini, Shaheizy turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 serta hadiah iringan dan trofi.