Cashout EARNING NUFFNANG untuk KEMBARA ISLAM KEMBOJA / VIETNAM

SAM 0711 Cashout EARNING NUFFNANG untuk KEMBARA ISLAM KEMBOJA / VIETNAM

Rasanya….

Ramai yang dah tahu kan saya menang cabutan bertuah Pakej Percutian Kembara Islam

KEMBOJA / VIETNAM …..selama 6 hari 5 malam…..Dan Team Denai Hati ada menyatakan

untuk pergi ke KEMBOJA pada 2 Februari nanti… akan tetapi ianya terlalu cepat bagi kami

para pemenang….

CASH OUT JAN 2013 Cashout EARNING NUFFNANG untuk KEMBARA ISLAM KEMBOJA / VIETNAM Kebetulan saya teringat bahawa hari ini adalah hari terakhir untuk CASH OUT untuk

bulan JANUARI…. Dan tanpa membuang masa terus je la saya klik button CASH OUT

tersebut…. Serta memikirkan ianya cukuplah buat saya belanja masa pergi bercuti nanti

sebab lain-lain perbelanjaan akan ditanggung oleh DADDY ILHAM ….. yehaaaa !!!!

 

P/S : Masih lagi mencari nama seorang lagi pemenang untuk bincang tarikh holiday nie

 

361 total views, 1 views today

Rezeki yang TAK disangka-sangka – SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2013

Alhamdulillah….

Bangun pagi masih lagi dengan senyuman walaupun agak terkejut jugak dengan

REZEKI yang saya dapat semalam….Mungkin ramai jugak yang sudah tahu sebab

ianya telah diupdate di wall FACEBOOK OFFICIAL BLOGGER GAZA

Photo0441 Rezeki yang TAK disangka sangka   SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2013Sesuatu yang tidak saya jangkakan disebalik keriangan rakan blogger yang dapat cabutan

bertuah iPad MINI dan menang iPhone 5 kan… Tengah seronok pose bergambar tiba-tiba

nama saya ( blog saya ) dipanggil untuk mengambil hadiah…. SENYUM DALAM HATI….

Syukurlah kan….

Photo0439 Rezeki yang TAK disangka sangka   SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2013Kebetulan…

Hari ni adalah offday dan parent pulak ada hal di PERAK…  so arinie FREE N EASY je laa

maybe nak terjah BANGI untuk SLOT JJCM …. yosh !!!

 

p/s : Nak pegi beli peta VIETNAM dan KEMBOJA jap…. hehehehe

 

 

 

532 total views, 2 views today

Jom jalan bersama Nestle




va 01.1 Jom jalan bersama Nestle

LARIAN 3,000 Langkah akan diadakan di Pulau Pinang pada 21 November ini.


BERJALAN kaki merupakan kegiatan riadah yang paling mudah dan mampu memberi manfaat jangka panjang kepada kesihatan seseorang.

Bagi menyokong program kesihatan bersama masyarakat, Nestle Malaysia (Nestle) bersama-sama dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) menganjurkan program Larian 3,000 Langkah sempena Sambutan Hari Berjalan Kaki Sedunia 2010.

Bertemakan Jom Jalan Bersama, aktiviti riadah berkonsepkan kekeluargaan itu bakal berlangsung pada 21 November ini di Padang Polo, Jalan Sepoy Line di George Town bermula dari pukul 6.30 pagi hingga 11.30 tengah hari.

Trek laluan sejauh 2.2 kilometer itu bermula dan tamat di Padang Polo, melalui Jalan MaCalister, Jalan Residensi dan Hospital Pulau Pinang.

Menariknya, tiada bayaran penyertaan dikenakan dan 2,000 peserta yang awal mendaftar akan diberi sehelai kemeja-T, sarapan pagi percuma, persembahan pentas dan hadiah cabutan bertuah tajaan Nestle.

Menurut Pengurus Korporat (Wellness) Nestle, Chia Wee Leng, acara tersebut merupakan inspirasi Nestle untuk menjadikan cara hidup sihat sebagai satu amalan berterusan masyarakat.

“Nestle tidak mahu dikenali sebagai pengeluar jenama makanan yang dikaitkan dengan kesihatan sahaja, tetapi kami mahu bersama-sama komuniti mempopularkan kesihatan sebagai gaya hidup.

“Justeru, kami mulakan kempen ini di Pulau Pinang buat pertama kali dan yakin ia bakal mendapat sambutan serta mungkin dijadikan acara tahunan,” ujarnya pada sidang media yang diadakan di Hotel G, George Town baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah MSNPP, Mohamed Akbar Mustapha berkata, penyertaan terbuka kepada organisasi, kumpulan atau individu sebelum 19 November ini di pejabat MSN negeri, Batu Uban.

“Pendaftaran penyertaan juga boleh dibuat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri, pejabat Nestle Pulau Pinang dan di Majlis Perbandaran Pulau Pinang,” ujarnya

88 total views, no views today