Haagen-Dazs cair di mulut




va 01.1 Haagen Dazs cair di mulut

SET 12 Days of Christmas lengkap dengan empat perisa aiskrim.


DALAM kegembiraan bertukar-tukar hadiah yang dilengkapi dekorasi berkilauan,  tahun ini pasti tambah meriah dengan hidangan lazat yang menjadi pemanis mulut.

Haagen-Dazs, satu jenama aiskrim terkenal sejak 1961 sekali lagi bersama-sama mengajak orang ramai berkongsi kegembiraan pada musim perayaan tahun ini dengan buah tangan terbarunya.

Anda berpeluang untuk memilih setiap set yang disediakan seperti, Classic Tresure Gift Hamper. Set untuk dijadikan hadiah yang berharga RM75 itu dilengkapi dengan baucar bernilai RM25.

Set Royal Celebration Gift Hamper pula berharga RM128 termasuk baucar bernilai RM25 dan perhiasan

manakala set All I Want for Christmas bernilai RM128.

va 01.2 Haagen Dazs cair di mulut

SET hadiah menarik untuk Krismas All I Want For Christmas.


Sementara itu, bagi yang ingin menikmatinya sendiri pula terdapat set Silent Night yang berharga RM32, set Winter Wonderland dengan limpahan coklat Belgium atau coklat putih berharga RM34 dan set Joyous Noel yang berharga RM36 sesuai dijadikan kejutan buat tersayang.

Bagi set 12 Days of Christmas pula terdapat empat perisa aiskrim yang boleh dipilih mengikut kegemaran masing-masing pada harga RM78.

//kosmo ///

238 total views, 4 views today