HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonald’s )

Malam tadi….

Semasa makan TIGA BUNGKUS nasi lemak sambil layan BULETIN

UTAMA…. boleh pulak terperasan IKLAN burger SAMURAI McDonald’s kat

TV3….Terus timbul perasaan ingin mencuba….

303785 10152096206905023 315154199 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

On the spot saya double check kat fanpage dan website McD … CONFIRM  promosi

untuk BURGER SAMURAI nie sudah bermula…. then ajak housemate pergi ke

McD KOTA WARISAN…. bila sampai je tengok kaunter penuh… terfikir nak pergi

McD NILAI mesti lagi penuh dengan bebudak kolej….

Perjalanan diteruskan ke McD DRIVE THRU menghala pulang dari KLIA dan seperti

yang dijangka ianya lapang sebab branch nie selalunya tempat persinggahan driver teksi

sebab ianya terletak bersebelahan stesen minyak PETRONAS…

542160 493083197369325 1244592202 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

Sampai je kat kaunter terus order SAMURAI BURGER McDONALD’S dua set

bersama SAKURA McFIZZ dan upgrade ke LARGE SIZE….. hehehe…actually promosi

nie ada jugak untuk DOUBLE PATTY… dua keping daging burger….

375960 493083210702657 1269713597 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

156285 493083257369319 193769259 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

Apabila dah upgrade set ke LARGE so dapatlah McSHAKER …..SO… kena GONCANG

atas bawah kiri kanan la yea…

383486 493083680702610 320765838 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

Cuma… perisa yang diberikan…KATSU CURRY nie agak kurang sesuai kalau kita letak

semuanya untuk diGONCANG bersama FRENCH FRIES sebab rasanya lebih kurang

sama dengan serbuk perencah kari mee segera yang ada di pasaran…. Itu mengikut deria

rasa dan bau saya laa… tapi kalau anda suka dipersilakan….saya punya tak habis dalam

1/4 jumlah FRENCH FRIES yang saya beli tue…

293048 493083290702649 1332910121 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

Untuk daging burger SAMURAI MCDONALD’S nie…. ianya memang suatu ciptaan yang

berjaya … dagingnya lembut dan rasanya sedap bersama SOS TERIYAKI…. memang

next time saya akan amik SET DOUBLE PATTY sebab tak muak makan tau….

545618 493083227369322 123210129 n HAZMAN vs FOOD ( SAMURAI BEEF BURGER McDonalds )

SAKURA McFIZZ – fushion antara AIR RIBENA dan SPRITE yang menghasilkan minuman

yang sesuai dengan mana-mana set burger MCDONALDS sebab kurang rasa gas….Dan

overall saya makan dua set nie ( bersama housemate ) harganya dalam rm30 termasuk

dengan CUKAI KERAJAAN …. HEHEHEHE….

 

p/s : Team McDonalds Malaysia memang bijak create menu baru yang menarik……

 

 

453 total views, 2 views today