Tag Archives: hari raya aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca HAZMANFADZIL.COM




Salam untuk semua….

Dikesempatan ini saya -Hazman bin Fadzil ingin mengucapkan …..

Slamat Hari Raya Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca HAZMANFADZIL.COM
Hahahaha…..

Cilok dari GSC punya kan….dan sebenarnya ia adalah hint kepada adik saya

di rumah tu …..InsyaAllah besok abang belanja tengok citer KARIPAP CINTA

dan HANTU BONCENG yea….

Tahun nie seperti kebanyakan tahun2x yang sebelum nie saya bertugas di opis

bersama-sama rakan sepejabat yang lain….Kepada adikku SHAKIDDO yang

beraya kat umah mentua…Enjoice….

Kepada kengkawan dan pembaca blog HAZMANFADZIL.COM nie jangan lupa

tuju/sampaikan lagu@ucapan hari raya kat saya yea….keh3x….Saya doakan

semoga kita semua bergembira di hari yang mulia ini….

Wassalam…..

p/s : Gelak sakan layan CINTA 120KM/H semalam…..

Koleksi SMS HARI RAYA AIDILFITRI




Owh nampaknya minggu nie masih lagi ada MOOD HARI RAYA…..

Saya masih lagi menerima jemputan open house tak kira hari bekerja mahupun weekend

Namun aper yang menarik bila time raya dua tiga menjak ialah tentang kewujudan

SMS HARI RAYA sebagai pengganti KAD RAYA

5032730860 c23cfcd518 Koleksi SMS HARI RAYA AIDILFITRI

sumber

Di sini saya kongsikan bersama koleksi SMS RAYA yang saya dapat :

ABANG LONG

-Hina besi kerana karat

Hina kayu kerana berkulat

Ampun & maaf dipohon erat

Moga hari raya bertambah berkat

NORA & CIKO

Salam buat sahabat dan kenalan

Dengan rendah hati diri ini menyusun 10 jari

meminta maaf  jika ada perbuatan atau percakapan

yang menyinggung perasaan

MR KUMAR

Wishing you and your family SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

KHAIRUL ANUAR ( A’AN)

Roti sebuku petai sepapan

Daun ketupat daun palas

Sms pengganti kad ucapan

Tanda ingatan tulus ikhlas

IJAM

Walau jauh bukan halangan

Sms dihantar tanda persahabatan

Kupohon maaf selamat berkawan

Salam Aidilfitri tanda ingatan

EUGENE YIN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Best wishes to you and your family

S.A.Y.A.N.G

Sebening air wuduk

Sesuci Al-quran

Semerdu alunan zikir

Seindah solat 5 waktu

Setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam

Jika tanganku tak sempat berjabat

Jika muka tak sempat bertatap

Bukalah pintu maaf untukku di bulan yang mulia

========================================================

Hmmmm….. baru la saya perasan rupa-rupanya SMS RAYA

adalah lebih kepada versi pantun empat kerat… Tak kisah la kan

Yang penting orang memberi itu sentiasa ingat kat diri kita nie…..

p/s : Bila dah ade koleksi nie boleh guna untuk time HARI RAYA AIDILADHA nanti kan….. hik3x

Gaya berbeza di pagi Syawal




fe 01.1 Gaya berbeza di pagi Syawal

Banyak pilihan warna mengikut cita rasa masing-masing.


MEMBAWA gelaran sebagai fabrik warisan bangsa, persalinan daripada kain tenun benang kapas mempunyai tempat cukup istimewa terutama pada hari-hari keraian seperti Hari Raya Aidilfitri.

Bukan sekadar memartabatkan fabrik warisan, lebih penting memastikan ia kekal di hati generasi muda.

Mendukung aspirasi sama, An Nuur Collections memilih untuk menghasilkan rekaan baju kurung daripada fabrik kain tenun benang kapas bagi mereka yang inginkan gaya yang berbeza juga keselesaan.

Pemiliknya, Juhara Ibrahim berkata, fabrik itu disenangi kerana sifatnya yang serap peluh dan sejuk di kulit. Ia membuatkan si pemakai berasa selesa dalam apa juga suasana.

Bercorak kekotak dan jalur, baju kurung pesak gantung kain tenun memang sukar diperoleh kerana tidak banyak butik yang menjualnya.

Kebanyakan butik atau kedai menjual baju kurung yang hampir sama dengan butik lain. Sememangnya setiap tahun potongan baju kurung tidak banyak berbeza.

Cuma kini corak dan warna dipelbagaikan bagi membolehkan pelanggan mempunyai banyak pilihan. Terdapat banyak corak baru yang kontemporari dan tiada pada jualan yang lalu.

”Corak sebegini tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Lihat sahaja kain tenun lama yang berusia beratus tahun namun masih diminati hingga ke hari ini.

”Lagipun kain tenun kapas ini dibuat daripada kapas berkualiti dan memang selesa dipakai ketika berada di rumah menyambut tetamu atau pergi berziarah,” ujar Juhara.

Menurut Juhara, bagi memberi peluang kepada semua wanita dapat memakainya, kini beliau membuat lebih banyak saiz daripada saiz SS, S, M, L dan XL.

Kepada wanita yang ingin menempah sendiri mengikut rekaan yang mereka suka, Juhara kini menjual kain tenun ela yang boleh dijadikan sepasang baju.

Katanya, selain boleh dijadikan pakaian wanita, kain ela itu juga boleh dijadikan baju kasual lelaki, baju Melayu dan baju kanak-kanak. Pelanggan juga boleh menempah tudung yang awningnya dibuat daripada kain yang sama.

/// utusanmalaysia ///