Kalau nak ikutkan syif bekerja….
Sepatutnya minggu nie saya turn keje petang…. tapi DUA HARI nie ade member opis
mintak tukar …saya masuk keje pagi… maka sebab itu dapatlah saya singgah
ke PASAR MALAM untuk beli makanan bagi slot HAZMAN vs FOOD….

Kali ini saya memilih ABANG kepada burger iaitu OBLONG… Burger yang mengingatkan
saya akan rupa PROSPERITY BURGER mcD jee bila first saya tengok once upon a
time dulu….Beli dengan sorang brother jual burger kat taman rumah saya… di mana
dia dah tahu apabila saya cakap “BIASA BANG” – maknanya BURGER AYAM SPECIAL
laa maksudnya….
Tapi bila saya pesan BURGER OBLONG sampai TIGA memang terkejut mukanya…
Selamba je saya mintak dia buat kan burger OBLONG AYAM + DAGING + KAMBING
dan total harganya just rm7 je…MURAH kann !!!


Memulakan kunyahan pertama… saya amik OBLONG AYAM dulu….isinya lembut dan
mudah untuk saya habiskannya tak sampai LIMA MINIT..dan apa yang saya suka dengan
brother burger saya nie ialah semua daging burger @ oblong yang kita beli dari beliau
akan BELAH DUA dan diletakkan serbuk lada + sos blackpepper di dalamnya….
berbanding orang yang jual burger lain yang just masak daging ATAS + BAWAH sahaja
( faham kot apa yang saya maksudkan ) ye…..


Kalau ada perasan di gambar bungkusan OBLONG yang pertama di atas tue….brother
tu dah siap-siap TANDAKAN oblong mengikut jenisnya…..K = KAMBING dan A untuk
AYAM manakala yang TIDAK BERTANDA tu adalah DAGING….
Anda semua boleh tengok kan kepingan DAGING OBLONG yang telah dibelah dua tu
kan….boleh nampak blackpepper sosnya bukan….Dan jangkamasa saya makan
OBLONG AYAM + DAGING nie lebih kurang LIMA ENAM minit laa…dah settle…


Dan ini pula OBLONG KAMBING…. isi dagingnya lebih skit je dari AYAM ataupun DAGING
brother tu pulak baik hati letak MAYONIS EXTRA la pulak kan…. yang terus membuka
selera saya untuk makan OBLONG KAMBING nie….
Disebabkan tekstur daging tak selembut AYAM…. so saya amik masa skit untuk kunyah
dan menikmatinya….Dan semua daging yang dijual adalah keluaran RAMLY BURGER
yang memang terkenal dikalangan rakyat MALAYSIA….
Untuk perancangan akan datang saya akan cuba makan BURGER KUKUS pulak…tapi
kat mana yea ada jual kat area LEMBAH KELANG nie ???
p/s : Semalam SUAMI KESUNYIAN dah offer nak belanja saya makan BURGER
KAW KAW….