Tag Archives: hiasan kolam deepavali
Selamat Menyambut Deepavali – Jom tengok FILEM ESTET
Nampaknya hari ini adalah cuti umum sempena DEEPAVALI
yang disambut oleh masyarakat yang beragama hindu.Kita
di MALAYSIA sememangnya beruntung kerana setiap bangsa
diberikan peluang untuk meraikan perayaan dengan tenang
dan aman….
Antara yang menarik perhatian saya semasa DEEPAVALI
ialah ‘kolam’ – hiasan dari beras yang berwarna – warni
Dan kebetulan tahun ini satu filem arahan pengarah terkenal
MAMAT KHALID – filem ESTET telah mula ditayangkan di pawagam
seluruh negara
Info mengenai filem ESTET :
sumber :http://bilaakumenulisblog.blogspot.com
Dibintangi Oleh:
Farid Kamil, Shoffi Jikan, Jasmin, Geetha, Gandii Natheen, Kamarul, Mislina Mustaffa, Jayasree, Rosyam Noor, K.S Maniuam, Shashi Taran
Lakon Layar Oleh:
Mamat Khalid
Diarah Oleh:
Mamat Khalid
Diterbitkan Oleh:
Naga VXS Sdn. Bhd
Anugerah:
Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010)
-Anugerah Khas Juri 3
-Pelakon Harapan Lelaki
Garis Kasar Plot:
Sebuah filem yang mengabungkan kisah penuh aksi, lucu
dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di tanah air!
Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan
berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan
bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan.
Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja estet yang berkenalan
sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja estet
yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap
hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah. Tidak hairanlah seorang
gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran
hati Farid dan Shashi itu.
Setiap penghuni estet ingin mewakili estet untuk menjuarai pertandingan
itu. Sessi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan oleh Subramaniam
bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih. Pelbagai kerenah dan lebihan
gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu.
Ayah kepada Shashi, Apaa, rupa-rupanya dahulu adalah pemain bola negeri
yang sangat mahir tetapi telah berlaku insiden semasa perlawanan bolasepak
estet itu dahulu dimana kaki beliau telah di patah tiga oleh Sofi Jikan iaitu
samseng estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas
upahan Pooniah 20 tahun yang lalu! Hidupnya kini penuh kekecewaan
perlawanan bola kali ini disambut dingin oleh beliau.
Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan
Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya
melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika mereka menang di dalam
perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai
tetapi jika sebaliknya mereka gagal,Geetha akan menjadi milik Pooniah!
Masalah itu membuat Subramaniam putus asa lalu ingin membunuh diri.
Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya
itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat
bukan putus asa.
Permasalahan itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan
di antara pekerja estet mereka dan mereka berjanji akan gigih berlatih
supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu Pooniah
dan koncu-koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang
pasukan Subramaniam dari menang.
Apakah kesudahannya? Untuk mengetahui samada pasukan Estet Cinta
Manis dapat menjuari perlawanan bolasepak serta menyelamatkan
Geetha daripada Ponniah, sama-samalah kita TONTON filem “Estet”
di layar perak nanti….




