Lite Dinner bersama DR EZANI MasterChef Malaysia

309237 523831037627874 1516236416 n Lite Dinner bersama DR EZANI MasterChef Malaysia

Sebelum terlupa saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada BLOGGER

MASTERCHEF MALAYSIA kerana jemput saya untuk turut hadir sebagai MEDIA semasa

GRAND FINALE MASTERCHEF MALAYSIA 2 tempohari….

973 523831260961185 982351391 n Lite Dinner bersama DR EZANI MasterChef Malaysia

Dapatlah saya berjumpa dengan CHEF RIZAL – Chef jemputan kesukaan ramai dan telah

muncul dalam semua siri MASTERCHEF MALAYSIA / SELEBRITI

481881 523831594294485 946336016 n Lite Dinner bersama DR EZANI MasterChef Malaysia

Melihat AH HONG MASTERCHEF MALAYSIA 2 yang rendah diri orangnya….

484374 523831627627815 206848199 n Lite Dinner bersama DR EZANI MasterChef Malaysia

Chef Joe ( Papa Joe ) yang baik hati sudi terima name card saya…

487138 523831567627821 1722124890 n Lite Dinner bersama DR EZANI MasterChef Malaysia

Dan akhirnya dapat bertemu face to face dengan DR EZANI Juara MASTERCHEF 

MALAYSIA MUSIM PERTAMA….

484216 523831064294538 1051608902 n Lite Dinner bersama DR EZANI MasterChef Malaysia

556701 523831074294537 1638884308 n Lite Dinner bersama DR EZANI MasterChef Malaysia

Dan untuk pengetahuan anda inilah menu makanan yang dihidangkan semasa saya

dan rakan media yang lain menyaksikan secara langsung MASTERCHEF MALAYSIA 2

( Setelah makan set nasi beriani sebelum masuk studio ) yang turut disediakan oleh pihak

penerbitan ASTRO …

Cuma saya dan DR EZANI tu takde la duduk sekali di meja yang sama la kan… hehehe….

Dan ADIK LELAKI SAYA je jadi terkenal sekejap setelah muka beliau terpampang semasa

LIVE MASTERCHEF tempohari….

 

p/s : Teringin nak makan malam bersama CHE LAH….

586 total views, no views today

Haagen-Dazs cair di mulut




va 01.1 Haagen Dazs cair di mulut

SET 12 Days of Christmas lengkap dengan empat perisa aiskrim.


DALAM kegembiraan bertukar-tukar hadiah yang dilengkapi dekorasi berkilauan,  tahun ini pasti tambah meriah dengan hidangan lazat yang menjadi pemanis mulut.

Haagen-Dazs, satu jenama aiskrim terkenal sejak 1961 sekali lagi bersama-sama mengajak orang ramai berkongsi kegembiraan pada musim perayaan tahun ini dengan buah tangan terbarunya.

Anda berpeluang untuk memilih setiap set yang disediakan seperti, Classic Tresure Gift Hamper. Set untuk dijadikan hadiah yang berharga RM75 itu dilengkapi dengan baucar bernilai RM25.

Set Royal Celebration Gift Hamper pula berharga RM128 termasuk baucar bernilai RM25 dan perhiasan

manakala set All I Want for Christmas bernilai RM128.

va 01.2 Haagen Dazs cair di mulut

SET hadiah menarik untuk Krismas All I Want For Christmas.


Sementara itu, bagi yang ingin menikmatinya sendiri pula terdapat set Silent Night yang berharga RM32, set Winter Wonderland dengan limpahan coklat Belgium atau coklat putih berharga RM34 dan set Joyous Noel yang berharga RM36 sesuai dijadikan kejutan buat tersayang.

Bagi set 12 Days of Christmas pula terdapat empat perisa aiskrim yang boleh dipilih mengikut kegemaran masing-masing pada harga RM78.

//kosmo ///

258 total views, no views today

Tapai pulut tiga perisa




va 01.1 Tapai pulut tiga perisa

TAPAI pulut Sarimah mendapat permintaan yang tinggi khususnya untuk majlis-majlis keraian.


PADA zaman dahulu banyak pantang larang yang perlu dipatuhi dalam proses pembuatan pencuci mulut, tapai. Antaranya si pembuat tidak boleh makan sirih atau mendekatkan diri dengan benda-benda yang berwarna merah.

Mengikut kepercayaan, jika pantang larang itu diingkari, tapai yang berwarna putih itu akan berubah warnanya menjadi merah dan rasanya kurang enak.

Kepercayaan itu juga termasuklah si pembuat tapai tidak boleh makan makanan yang masam ketika membungkus kerana ia akan menyebabkan rasa tapai berubah menjadi masam.

Hari ini, tapai yang dianggap sebagai makanan tradisional bukan hanya dihidangkan pada majlis-majlis keraian di kampung-kampung bahkan ia juga dihidangkan di kebanyakan hotel bertaraf lima bintang.

Perniagaan tapai pulut Sarimah misalnya, turut mematuhi beberapa banyak pantang larang ketika proses pembuatan tapai.

Tampil dengan slogan iaitu ‘Anda Akan Menjadi Penggemar Sejati’, tapai pulut Sarimah menawarkan tiga perisa tapai yang berbeza. Tapai yang terbahagi kepada tiga jenis perisa itu terdiri daripada perisa pandan dengan pembalutnya berwarna hijau, perisa ros berwarna merah dan warna semula jadi untuk perisa asli.

“Idea untuk menghasilkan tapai tiga perisa ini adalah hasil perbincangan bersama isteri, Sarimah Rashid, 38, yang mahukan kelainan berbanding tapai-tapai yang sedia ada di pasaran,” kata pemilik perusahaan dan pengawetan tapai pulut Sarimah, Abdul Aziz Jais, 52, ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Abdul Aziz, pembuatan tapai menuntut ketelitian yang tinggi bagi mengekalkan rasa manisnya. Cara membuat tapai pulut ialah pulut perlu dicuci bersih dan direndam semalaman.

Alas plastik

va 01.2 Tapai pulut tiga perisa

PEKERJA tapai pulut Sarimah menimbang dan membungkus tapai pulut yang ditempah.


Selepas itu pulut tersebut dikukus selama satu jam. Semasa dikukus, pulut perlu direnjis dengan air supaya ia cepat masak.

Selepas hampir satu jam, pulut tersebut diletakkan di atas troli beralaskan plastik pada suhu 35 darjah Celsius.

Pada suhu yang disifatkan sebagai suam-suam itu, taburkan ragi di atas pulut. Pulut tersebut kemudiannya sedia dibungkus dengan kertas dan ditimbang untuk dimasukkan ke dalam kotak.

“Kami lebih selesa menggunakan plastik sebagai alas dan dibalut dengan kertas warna mengikut perisa. Bungkusan-bungkusan pulut itu dimasukkan ke dalam kotak dan sedia untuk dijual,” katanya.

Ujar Abdul Aziz, walaupun tiada pantang larang tertentu dalam pembuatan tapai pulutnya, tidak bermakna dia tidak mengamalkan pantang larang orang dulu-dulu.

“Apa yang paling penting dalam proses pembuatan tapai pulut ialah kebersihan dan cara kerja yang teliti kerana tapai pulut ini boleh dikatakan sebagai makanan yang sangat sensitif kepada si pembuatnya,” katanya.

Selepas empat tahun mencuba, membuat dan menjalankan perniagaan menjual tapai perisa asli dan pandan, Abdul Aziz dan isteri merasakan mereka perlu mencuba sesuatu yang baru bagi menarik perhatian orang ramai.

Tambahnya, sebelum ini tapai aiskrim dan tapai ubi selalu menjadi sebutan. Orang ramai hanya dapat merasa dua perisa tersebut selain daripada perisa asli dan pandan.

Bagi memberi kelainan kepada penggemar tapai, Abdul Aziz, isteri dan pekerjanya bersetuju untuk mencipta perisa baru iaitu tapai pulut ros.

Apakah keistimewaan tapai pulut Sarimah berperisa ros?

Selain rasa yang manis, tapai pulut itu juga berbeza daripada tapai-tapai yang lain. Bahkan, tapai perisa tersebut juga mendapat permintaan yang tinggi khususnya untuk majlis-majlis keraian.

Kepada mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi talian 06-3853 041 /   06-3853 041       atau terus ke Lot 2635, Kampung Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

/// kosmo ///

230 total views, 1 views today