Tag Archives: high definition

Pertembungan dua gergasi Eropah




clash090710 L1 Pertembungan dua gergasi Eropah

Perbandingan Pasukan

Sepanyol
Apa yang boleh diperhatikan daripada perlawanan-perlawanan sebelum ini, pasukan Sepanyol gemar menguasai permainan. Mengawal bola dengan baik dan secara perlahan-lahan menghantar bola ke barisan hadapan untuk menguji pertahanan lawan.

Walaupun mereka mempunyai banyak pilihan penjaring gol seperti Andres Iniesta, Xabi Alonso dan Cesc Fabregas (jika dia diturunkan dalam final), pengurus Sepanyol, Vicente del Bosque masih menerapkan disiplin yang tinggi di dalam pasukannya. Ini  bagi memastikan pemain kekal di posisi masing-masing untuk membantu gandingan penyerang, David Villa atau Fernando Torres menjalankan tugas mereka untuk menyumbat gol manakala barisan pertahanan terus mengukuhkan kedudukan mereka.

Belanda
Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk mungkin mendakwa istilah “Total Football” tidak mempunyai ruang di dalam corak permainan anak buahnya sekarang namun hakikatnya sukar buat pasukan Belanda untuk meninggalkan tradisi mereka itu begitu sahaja. Ini boleh dibuktikan menerusi gol-gol yang dijaringkan oleh Giovanni van Bronckhorst dan Wesley Sneijder ketika perlawanan menentang Uruguay.

Belanda memang amat dikenali dengan kelancaran pergerakan dan penghantaran bola mereka. Para pemain digalakkan mencari ruang untuk mencipta peluang untuk memastikan bola dihantar ke ruang yang kosong sebelum melarikan bola ataupun melakukan cubaan jarak jauh. Bagi pasukan yang mengamalkan sistem pertahanan secara “man-marking”, agak sukar untuk mengawal pemain-pemain Belanda kerana mereka sering kali menukar posisi untuk mengelirukan pihak lawan.

Ancaman

La roja
Ancaman utama Sepanyol ialah David Villa. Penyerang berbisa itu tidak boleh disangkal lagi telah menjadi antara bintang utama Piala Dunia kali ini. Berusia 28 tahun, Villa bukan sahaja mampu menjaringkan gol, tetapi juga mengkucar-kacirkan pertahanan sambil mencipta peluang untuk pemain lain menjaringkan gol. Peminat Villa juga mungkin perasan pemain tersebut suka menjaringkan gol yang terlebih dahulu terkena tiang sebelum melintasi garisan gol.
Di bahagian tengah pula, Belanda perlu memberikan perhatian kepada Xabi Alonso. Pemain serba boleh itu sangat dikenali dengan hantaran tepat dan sentiasa cuba menjaringkan gol daripada luar kotak penalti. Juga seorang pembentes keras, Alonso turut bertindak sebagai perancang utama pasukan Sepanyol.

Oranje
Sesiapa pun tidak mahu menjadi lawan kepada Arjen Robben, pemain sayap Belanda yang sangat dikenali dengan kebolehannya bermain di mana-mana posisi bahagian tengah, kiri, kanan, mahupun di tengah-tengah. Robben pastinya akan dikawal ketat oleh pertahanan Sepanyol tapi lihatlah nanti bagaimana pemain tersebut akan bijak mencari ruang untuk menimbulkan ancaman buat Sepanyol.
Wesley Sneijder pula ialah nadi penggerak utama pasukan Belanda. Hantaran kemas lagi tepat, sepakan percuma yang hebat malah turut bijak menjaringkan gol, Sneijder kini mendahului senarai penjaring gol di Afrika Selatan dengan lima gol, sama dengan David Villa. Arkitek pasukan Belanda, tanpa Sneijder, Belanda pasti pincang.

-stadiumastro

Abadikan momen indah




in 02.1 Abadikan momen indah

PILIHAN warna yang pelbagai memberikan rasa yang lebih segar.


MALAYSIA mempunyai banyak perayaan dan hari cuti yang wajar dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik.

Sudah pasti setiap percutian itu wajar dirakamkan agar ia mampu menjadi kenangan indah.

Kehadiran rangkaian lapan model kamkoder baru oleh Panasonic bertepatan dengan masanya kerana dengan reka bentuk kompak, bergaya serta mempunyai ciri-ciri rakaman mudah, sesiapa sahaja mampu menggunakannya tanpa sebarang kesulitan.

Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn. Bhd., Tony Endoh berkata, rangkaian kamkoder berdefinisi tinggi (HD) memaparkan tiga model kompak dan bergaya iaitu model HDC-HS60, HDC-TM60 dan HDC-SD60. Ia sesuai untuk penggunaan yang mudah tanpa menjejaskan kualiti HD.

in 02.2 Abadikan momen indah

MODEL HDC-SD60 salah sebuah kamkoder berdefinisi tinggi.


Selain itu katanya, lima kamkoder berdefinisi standard (SD) iaitu SDR-H95, SDR-H85, SDR-S50, SDR-T55 dan SDR-T50 direka mudah alih dengan ketahanan tinggi dan mempunyai ciri-ciri yang mengagumkan untuk membantu merakam video kualiti dengan mudah seperti mod aktif untuk fungsi penstabil imej optikal.

“Barisan model kamkoder dengan SD untuk tahun 2010 sesuai untuk kesemua pengguna kerana ia menawarkan reka bentuk yang kompak, bergaya dan serba boleh termasuk keupayaan zoom, rakaman mudah, muat naik dan ulang tayang mudah.

“Ciri-ciri kesemua model ini memberi pengalaman rakaman video yang mudah dan menyeronokkan,” tambahnya. Buat masa ini Panasonic masih belum menetapkan harga sebenar kamkoder tersebut.

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Panasonic Malaysia, Siaw Yee Yen berkata, model kamkoder dengan SD tersebut direka untuk kemudahan dibawa ke mana-mana, tahan lasak dan berprestasi tinggi.

“Kamkoder ini mungkin bersaiz kecil tetapi mempunyai ciri-ciri yang menakjubkan, antaranya 33mm sudut lebar dan 78x zoom ultra berkuasa yang memberikan kebebasan merakam video pada jarak jauh atau dekat.

“Model-model ini juga mempunyai ciri-ciri untuk membantu kualiti rakaman lebih mudah, termasuk mod aktif untuk penstabil imej optikal lanjutan yang boleh membantu mengurangkan efek kabur walaupun zoom dipanjangkan atau apabila pengguna sedang bergerak,” katanya.

in 02.3 Abadikan momen indah

MOD penstabil imej optikal lanjutan membantu mengelakkan imej kabur ketika zoom dipanjangkan.



Selain itu, model SDR-H85, merakam pada cakera padat 80 GB atau pada kad memori SDXC, SDHC atau SD.

“Model SDR-T50 (4 GB) atau T55 (8 GB) menyimpan imej dalam memori sedia ada atau pada kad memori SDXC, SDHC, atau SD. Model SDR-S50 pula menggunakan media rakaman kad memori SDXC, SDHC atau SD,” katanya.

Sementara itu katanya, tiga kamkoder definisi tinggi 1080p pula bersesuaian dengan format kad memori SDXC baru kerana ia memberi kapasiti lebih besar dan kelajuan lebih pantas berbanding kad lain yang berada di pasaran.

“Tiga model kamkoder HD penuh mempunyai reka bentuk yang kompak dan bergaya dengan 35x zoom dan lensa sudut lebar iaitu HDC-HS60, HDC-TM60 dan HDC-SD60 dengan resolusi 1920 x 1080.

“Ia merupakan resolusi standard yang paling tinggi dalam pasaran kamkoder HD, sekaligus memberi keseronokkan rakaman video,” katanya.

Kad memori

SDXC merupakan kad memori SD generasi baru, dengan tahap lebih tinggi untuk menyimpan data dari 32 GB sehingga dua terabait.

Menurut Yee Yen, kad memori SDXC 64 GB Panasonic mempunyai kapasiti 64 GB yang sangat ideal untuk rakaman video berdefinisi tinggi, video biasa atau gambar biasa.

“Kad memori SDXC 64 GB boleh merakam video dalam mod HA (kualiti video tertinggi) sehingga 8 jam 30 minit apabila digunakan dengan kamkoder terbaru HDC-TM55,” katanya.

-kosmo