Assalamualikum dan salam sejahtera KENGKAWAN,
Hampir setahun saya berkahwin namun masih lagi belum dikurniakan zuriat. Kakak-kakak saya pula semuanya bunting pelamin.
Ketika itu jiwa saya tidak tenteram sekali. Saya merasakan diri saya ini serba tidak kena. Saya juga sentiasa memujuk suami saya untuk melakukan ujian kesuburan. Namun suami saya menolak.
Gembira melihat jiran-jiran sebelah membawa anak-anak mereka keluar bersiaran, saya juga ingin sepertinya.
Kemudian saya nekad untuk mencari penyelesaian kepada masalah saya ini. Saya percaya ’rezeki’ itu akan tiba jua apabila sampai waktunya.
Siang malam saya ke perpustakaan mencari dan membaca buku-buku berkaitan kehamilan dan juga kesuburan.
Akhirnya saya temui jawapan disitu. Syukur ke hadrat Ilahi atas hidayat yang diberikan. Saya tahu mana silap saya sebelum ini.
Ya Hazman, banyak perkara disekeliling kita yang mempengaruhi kesuburan kita. Bahan-bahan kimia dan juga asap rokok serta asap kenderaan mampu menganggu proses semulajadi hormon kita. Maka kesannya adalah keatas diri kita jua.
Asap rokok yang mengandungi pelbagai bahan kimia yang berbahaya dan toksik sebenarnya boleh menurunkan peratusan kehamilan. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada kaum wanita dan malah ia juga boleh menganggu penghasilan sperma dan menghasilkan sperma yang tidak berkualiti.
Jika suami anda seorang perokok, faktor ini boleh diambil kira sebagai penyebab kenapa anda sukar untuk hamil.
Sejak saya mengetahui perkara ini, saya cuba sedaya upaya elakkan diri dari orang yang merokok. Pernah sekali di gerai makan ketika itu ada 2, 3 orang lelaki menghisap rokok disebelah meja kami. Tanpa segan silu mereka menghembuskan asap rokok sesuka hati. Saya dan suami kemudian terus keluar dari gerai makan tersebut.
Oh ya Hazman, dalam ebook senang hamil saya ada dedahkan pelbagai faktor yang menganggu kesuburan lelaki dan juga wanita selain dari asap rokok. Saya percaya Hazman pasti terkejut jika mengetahui faktor-faktor berkenaan kerana sebelum ini kita tidak pernah didedahkan dengan perkara tersebut.







