Lenovo IdeaCentre 3000 C300 menawarkan ciri-ciri berbentuk hiburan termasuk skrin berukuran 51 sentimeter yang sesuai untuk keluarga dan pelajar.

TIGA komputer peribadi Lenovo yang terbaru direka untuk memberi kepuasan kepada pelanggan agar mereka berasa lebih tenang dan seronok menggunakannya.
Lenovo IdeaCentre 3000 C300 menawarkan ciri-ciri berbentuk hiburan termasuk skrin berukuran 51 sentimeter yang sesuai untuk keluarga dan pelajar.
Sementara itu, Netbook IdeaPad S10-2 terbaru pula memberi kelebihan kepada pengguna dengan bercirikan netbook yang lebih hebat. Modelnya yang bersambungan dengan 3Gp dan bunyi lunak daripada teknologi fon telinga Dolby amat sesuai dengan sistem muzik serta tontonan filem.
Dengan bateri yang tahan lama, netbook terbaru itu lebih nipis dan amat ringan berbanding dengan Netbook IdeaPad S10 yang sebelumnya.
Selain itu, IdeaPad U330 menawarkan dua teras kuasa pemprosesan dalam bentuk bergaya manakala pakej ultra-mobil mampu dibeli pula bersesuaian dengan ciri-ciri yang telah dipraktikkan.
“Pengguna pasti ingin mempunyai komputer peribadi yang lebih nipis dan ringan dengan peningkatan penyambungan serta jangka hayat bateri yang lebih lama bagi kegunaan seharian untuk mereka yang lebih banyak berurusan di luar pejabat,” kata Pengurus Perniagaan Pengguna, Lenovo Malaysia, Eric Zhao.
Selain itu, maklumat daripada pengguna menunjukkan mereka mahu menggabungkan semua kapasiti daripada sumber-sumber hiburan elektronik.
Ini kerana mereka biasanya mengambil gambar digital dan muzik dari Internet serta semua rangkaian-rangkaian sosial dengan menggunakan hanya satu alatan mudah alih.
“Kami telah menggabungkan maklum balas ini kepada netbook IdeaPad S10-2 kami yang baru,” beritahunya.
IdeaPad S10-2 lebih nipis
Dengan berat lebih satu kilogram sahaja dan berukuran kurang daripada satu inci tebal, Netbook IdeaPad S10-2 yang baru ini menyediakan bar lebih tinggi dalam kemudahan seharian.
Lenovo juga memperbaharui netbook IdeaPad S10-2 dengan rekaan lebih moden dengan mempunyai lakaran berbentuk cincin yang terdapat pada bahagian penutup atas.
Rekaan tersebut memberi satu pandangan berbeza kepada penggunanya dan didatangkan dalam warna putih, kelabu, merah dan hitam.
Pada bahagian luar netbook Lenovo pula, terdapat pelbagai kegunaan yang lebih canggih seperti papan kekunci 90 peratus lebih besar daripada saiz biasa.
Malah papan sentuh netbook lebih besar sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna. S10-2 juga didatangkan dengan tiga Universal Serial Bus (USB) termasuk empat dalam satu pembaca kad serba guna untuk pelbagai kegunaan peralatan multimedia.
Jangka hayat bateri adalah sehingga enam jam demi memastikan ia selaras dengan gaya hidup pengguna yang banyak bergerak.
“Perisian penjimatan bateri Netbook IdeaPad S10-2 membantu bateri tahan lama sehingga 30 peratus lebih hayat daripada sebelumnya,” jelas Eric.
Dalam pada itu, dengan adanya pilihan hos sambungan tanpa wayar untuk melayari Internet, e-mel, ruang sembang di rumah atau sedang bergerak, pengguna boleh melayari talian on demand dengan menggunakan netbook mereka di mana-mana sahaja.

Pelbagai guna
Bagi anda yang ingin menggunakan pelbagai fungsi Internet, netbook ini membenarkan mereka untuk memilih pelbagai aplikasi kegemaran masing-masing dengan menggunakan Lenovo QuickStart.
Dengan aplikasi tersebut, pengguna boleh mendengar muzik, melihat gambar, menghantar kiriman pesanan atau membuat panggilan kemudahan Skype tanpa perlu menunggu terlalu lama.
Bukan itu sahaja, sebaik sahaja anda klik http://lenovosocial.com/, laman tersebut akan memaparkan kemudahan pertolongan untuk mempercepatkan lagi proses rangkaian sosial.
Pengguna juga dapat menggunakan teknologi yang dipanggil VeriFace iaitu kemudahan berkualiti tinggi apabila komputer tersebut terus beroperasi sebaik sahaja mengesan wajah penggunanya.
“Ini bermaksud anda tidak perlu lagi menggunakan kata laluan yang panjang untuk menghidupkan komputer anda,” ujarnya.
Seterusnya Lenovo’s OneKey(tm) Rescue merupakan sistem yang akan menyelamatkan data anda daripada rosak menerusi beberapa langkah ringkas sahaja. Aplikasi itu juga akan mengesan virus sebelum anda melayari sistem operasi lain.
IdeaCentre 3000 C300
Lenovo IdeaCentre 3000 C300 didatangkan dengan idea baru iaitu satu kelainan untuk memenuhi kehendak mereka yang lebih kompak.
Lebih menarik, ia juga menyediakan enam USB dan enam dalam satu kad pelbagai guna. Berdasarkan Intel Atom, pengguna juga boleh menggunakan video yang didatangkan dalam bentuk kamera.
Terdapat tiga warna iaitu merah, hitam dan putih dengan kemudahan WiFi sudah tersedia ada. Imej yang dipaparkan turut mempunyai kelebaran sehingga 20 inci.
IdeaPad U330
IdeaPad U330 mempunyai ciri notebook yang nipis dan ringan.
Didatangkan dengan Intel Centrino 2 processor, ia mempunyai ketebalan 23 milimeter (mm) dan berat 1.95 kilogram. Pilihan IdeaPad U330 tepat bagi mereka yang menggemari kemudahan multimedia sekiranya sering berada di luar pejabat.
Selain itu, ia mempunyai latar belakang yang mempunyai lampu berkualiti tinggi, teknologi grafik, memori Double Data Rate 3 (DDR3), penyambungan High Definition Multimedia Interface (HDMI) dan sistem teater rumah Dolby.
Gajet serba boleh itu merupakan kemudahan yang bercirikan fungsi pintar yang memudahkan kerja seharian termasuk memiliki sistem OneKey Rescue dan Automatic Protection System and VeriFace.
-kosmo
