Pakai TOPENG pergi bazar

KUALA LUMPUR: Peniaga dan pengunjung bazar Ramadan dinasihatkan mengambil langkah pencegahan seperti memakai penutup hidung dan mulut ketika berada di bazar Ramadan bagi membendung penularan wabak Influenza A (H1N1).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail, berkata mereka mesti mengambil inisiatif untuk mengurangkan risiko penularan H1N1 kerana ramai pengunjung akan berinteraksi di bazar Ramadan.

Di sebalik kebimbangan terhadap penularan wabak itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merekodkan peningkatan pengeluaran lesen bagi peniaga di bazar Ramadan sebanyak 890 kepada 7,600 berbanding tahun lalu.

-hmetro

Dan untuk hari jumaat nie saya terasa nak layan nasyid nie…. RINDU…

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan


101 total views, no views today