Lebih bergaya




me 01.1 Lebih bergaya

Nokia C6



KOMITED dalam memperluaskan rangkaian produk telekomunikasinya, Nokia tidak pernah jemu untuk tampil dengan pelbagai perkhidmatan teknologi yang dekat dengan hati pengguna.

Kehadiran gajet-gajet termaju yang diintegrasi bersama aplikasi moden itu pasti akan melengkapkan misi Nokia untuk menghubungkan manusia secara lebih komprehensif.

Memegang erat matlamat itu, syarikat berkenaan memperkenalkan tiga lagi model telefon bimbitnya iaitu Nokia C3, Nokia C6 dan Nokia E5.

Kesemua model tersebut didatangkan dengan fungsi papan kekunci QWERTY rangkaian penuh bagi memudahkan capaian aplikasi seperti mesej, rangkaian sosial, emel dan sembang secara dalam talian.

Menurut Ketua Pemasaran Nokia, Anssi Vanjoki, kemudahan itu bakal memberi peluang pengguna mengakses pelbagai platform komunikasi mobiliti yang semakin mendapat permintaan tinggi sekarang.

”Pengguna hari ini mahu menikmati pengalaman komunikasi mobiliti terbaik menggunakan peranti yang mudah dan ringkas.

”Justeru melalui model-model telefon bimbit ini, pengguna akan dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut dengan lebih lancar,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, kesemua model itu turut disempurnakan bersama perkhidmatan inovasi Ovi bagi kemudahan capaian seperti muzik, peta, emel dan aplikasi-aplikasi terkini.

-utusanmalaysia

-promo Nokia c6

-promo nokia E5

-promo Nokia C3

58 total views, no views today