Tag Archives: iphone 4

iPhone bukan telefon pintar paling laris




du 03.1 iPhone bukan telefon pintar paling laris

DUA buah telefon pintar iPhone.


LONDON – Satu kajian terbaru mendapati telefon pintar keluaran Apple Inc, iPhone bukan lagi antara gajet paling laris di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Telefon pintar iPhone kini berada di tempat keenam senarai telefon pintar terlaris di negara itu dengan orang ramai cenderung memilih gajet serupa yang jauh lebih murah.

Kajian tersebut dibuat oleh laman web uSwitch.com Mobile, yang menyenaraikan telefon pintar yang paling popular pada masa kini di Britain berdasarkan nilai jualan dan pencarian di Internet.

Ia mendapati telefon pintar Desire keluaran syarikat Taiwan, HTC menduduki tempat pertama senarai itu dengan diikuti HTC Desire HD dan HTC Wildfire.

“Selain boleh mengakses beribu-ribu aplikasi seperti iPhone, HTC Desire memiliki kelebihan lain yang memikat pengguna,” kata komen di uSwitch.

Telefon HTC dan beberapa gajet lain meniru aplikasi skrin sentuh iPhone yang menjadi popular.

Semua telefon pintar kini menawarkan akses Internet kelajuan tinggi bersama-sama video, muzik dan pelbagai jenis permainan. – Agensi

///kosmo ///

iPhone 4 lebih mudah retak – SquareTrade




lu 08.1 iPhone 4 lebih mudah retak   SquareTrade


SAN FRANCISCO 14 Okt. – Sebuah firma yang menjual waranti gajet-gajet mendakwa keluaran telefon pintar terbaru Apple hampir dua kali lebih mudah retak berbanding keluarannya sebelum ini.

SquareTrade yang menganalisis insiden-insiden melibatkan lebih 20,000 model iPhone 4 mendapati skrin telefon pintar itu 82 peratus lebih kerap pecah berbanding iPhone 3G.

“Daripada data untuk tempoh empat bulan sahaja jelas menunjukkan iPhone 4 lebih mudah mengalami kerosakan fizikal berbanding keluaran telefon pintar Apple sebelum ini.

“Walaupun masalah ini semakin meningkat, secara keseluruhan, iPhone masih merupakan pencipta alatan terbaik dengan kadar masalah aplikasi lebih rendah berbanding pengeluar barangan elektronik lain,” kata SquareTrade.

Menurut firma itu lagi, skrin pecah atau retak merupakan kerosakan yang paling banyak dialami oleh iPhone 4.

Telefon pintar terbaru ini mempunyai kaca di bahagian hadapan dan belakang, menyebabkannya dua kali lebih banyak mengalami ‘calar di permukaan’.

Laporan kadar insiden untuk iPhone 4 ialah 68 peratus, lebih tinggi daripada model iPhone 3G.

TradeSquare turut menganggarkan kira-kira 15.5 peratus pemilik iPhone 4 akan mengalami insiden dengan gajet ini sebelum berusia setahun. – AFP

//kosmo///

DiGi iPhone 4 Play




Semenjak kebelakangan ni ramai individu mahupun blogger yang

memperkatakan tentang ciri-ciri terbaru yang ada pada Iphone 4 …..

Setiap dari mereka pastinya mempunyai sebab tersendiri mengapa

mereka tertarik untuk memilikinya…..

Iphone word logo DiGi iPhone 4 Play

Bagi saya ada DUA ciri yang membuatkan saya tertarik dengan Iphone 4 nie….

FACETIME

facetime hero left 20100923 DiGi iPhone 4 Play facetime hero right 20100923 DiGi iPhone 4 Play

Semenjak berkembangnya teknologi telefon menjadi suatu idaman setiap

pengguna untuk membuat panggilan video.Ciri tersebut dijelmakan dalam

Iphone 4 ini.

Dengan satu sentuhan kita boleh berkongsi kisah suka duka dengan

insan yang terS.A.Y.A.N.G.Pastinya senyuman akan terukir tatkala

terpandang wajah yang dirindui secara langsung.

-iklan promo FACETIME Iphone 4-

MULTITASKING

multitasking hero 20100607 DiGi iPhone 4 Play

Ciri terbaru ini membolehkan kita pengguna Iphone 4 menggunakan TIGA

aplikasi secara serentak.Apa yang BAGUS mengenai ciri ini… kita boleh tukar

mana-mana aplikasi yang digunakan ON THE SPOT tanpa sebarang masalah.

Ia juga tidak membuatkan kapasiti bateri Iphone anda berkurangan….

HEBAT …bukan…..

-iklan promo ciri MULTITASKING Iphone 4-

p/s : Suatu kepuasan apabila dapat buat panggilan video ketika berbual

iPod kembali mengancam




me 01.1 iPod kembali mengancam


SETIAP kali menjelang hujung tahun, pelbagai syarikat berlumba-lumba memperkenalkan gajet terbaru memandangkan permintaannya tinggi apabila tiba di musim perayaan.

Terbaru, Apple Inc. memperkenalkan tiga gajet, iPod touch dan iPod shuffle yang mempunyai ciri-ciri terkini, serta iPod nano yang dipertingkatkan daripada versi asal.

iPod sememangnya membawa resolusi dalam dunia pemain muzik dan video digital.

Kini, iPod kembali lagi! Gajetnya yang ciri-ciri lebih canggih, bersaiz kecil dengan harganya yang menarik sekali.

iPod touch

Produk ini merupakan pemain media bergerak, peranti pembantu peribadi (PDA) dan alat bergerak Wi-Fi yang dilancarkan pada 2007 dan kini diperkenalkan kembali dengan ciri-ciri lebih canggih.

Antaranya ialah paparan Retina (skrin terang dengan resolusi tinggi), panggilan video FaceTime, rakaman video definasi tinggi (HD) dan Game Center – semuanya digabungkan dalam iPod paling ringan dan nipis ini.

“Kami meletakkan teknologi terkini dalam iPod touch baru ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs.

“Sama ada anda mendengar muzik, bermain, membuat panggilan video FaceTime, melayari Internet, merakam video HD atau menonton filem.

“Dengan teknologi paparan Retina, cip A4 dan 3-axis gyro, ia akan memberikan keseronokan yang tidak pernah anda rasai,” katanya.

Teknologi paparan Retina mempunyai 960 x 640 piksel, empat kali ganda lebih banyak piksel daripada sebelum ini.

Pembinaan kamera dan mikrofon di hadapan skrin membolehkan pengguna membuat panggilan video melalui Internet menggunakan aplikasi FaceTime.

Dengan menggunakan sambungan WiFi ke Internet, pengguna boleh membuat panggilan video kepada mana-mana pengguna iPhone 4 atau iPod touch.

Bagaimanapun, iPod touch bukan telefon biasa seperti iPhone yang boleh membuat panggilan menggunakan rangkaian 3G.

Bagi tujuan untuk rakaman video HD pula, anda boleh menggunakan kamera yang terletak di belakang gajet ini.

Dengan cip A4 yang berkuasa dan menjimatkan penggunaan bateri, anda boleh menggunakan iPod touch sebagai alat mainan komputer bergerak yang menyeronokkan dan juga kini boleh bermain dengan rakan-rakan.

iPod nano

Satu lagi pemain media bergerak terkenal dari Apple ialah iPod nano yang diperkenalkan dengan ciri-ciri antara muka skrin boleh sentuh dan tidak lagi menggunakan roda klik seperti sebelum ini.

Seperti juga skrin di iPhone dan iPod touch, iPod nano mempunyai skrin multi sentuhan yang membolehkan pengguna menekan lembut dan hanya menyentuh skrin untuk memilih lagu dan mengoperasikan gajet itu.

Produk ini masih mengekalkan beberapa ciri dalam iPod nano sebelum ini seperti shake to shuffle songs, siaran radio FM dan pedometer terbina dalam. Bagaimanapun ia tidak lagi mempunyai ciri bermain video dan fungsi kamera.

iPod shuffle

Satu lagi gajet yang diperkenalkan ke pasaran baru-baru ini ialah pemain muzik digital, iPod shuffle yang mempunyai beberapa ciri baru seperti teknologi VoiceOver yang mana pengguna boleh memilih muzik dan senarai pilihan (playlist) tanpa perlu melihat alat itu.

Terdapat butang VoiceOver pada iPod shuffle yang membolehkan pengguna untuk mendengar nama lagu yang dimainkan dan kemudiannya menukarkannya antara lagu, senarai pilihan atau Genius Mixes.

VoiceOver boleh ‘bertutur’ dalam 25 bahasa dan juga akan mengingatkan pengguna apabila bateri perlu dicaj semula.

Gajet ini mempunyai ketahanan 50 peratus bateri berbanding model sebelum ini.

/// utusanmalaysia ///