Tag Archives: Jalan jalan cari makan

5 Blogger untuk calon HOST JALAN JALAN CARI MAKAN

JJCM pix 5 Blogger untuk calon HOST JALAN JALAN CARI MAKAN

sumber

Minggu lepas saya terbaca satu post entry yang menarik dari seorang blogger

terkenal yang lebih dikenali TOPO a.k.a NAZRIEN. Dia bercerita mengenai

selebriti yang sesuai untuk jadi pengacara JJCM

Akan tetapi sebelum itu saya pernah berpendapat bahawa FOODBLOGGER

adalah lebih layak jadi HOST JJCM pada >>> ENTRY DI SINI <<< . Jom

kita tengok LIMA BLOGGER PILIHAN saya….

 5 Blogger untuk calon HOST JALAN JALAN CARI MAKAN

Papa ALISYA dan AZIM atau lebih dikenali sebagai EYRIQAZZ dalam dunia

blogging…. Tak perlu saya nak perkenalkan sangat dia nie memang terkenal dengan

pendapat jujur dan tegas mengenai kedai makanan / restoran yang beliau terjahi….

Jom baca entry  >>> KETUK KETUK RAMADHAN BELIAU <<< 

552538 470104529667192 1967767163 n 5 Blogger untuk calon HOST JALAN JALAN CARI MAKAN

Babah NAJUMA atau lebih dikenali sebagai Abang Jejai dikalangan rakan alam maya ….

Bak kata the singing blogger dia nie mempunyai kemahiran mengambil gambar makanan

dengan kualiti DSLR dengan smartphone sahaja tau…. Nasi lemak JURAGAN adalah

kegemaran beliau – LONTONG KLANG pulak boleh habis 3-4 pinggan tau…

DSC08550 5 Blogger untuk calon HOST JALAN JALAN CARI MAKAN

CLP adalah ringkasan dari CIK LILY PUTIH yang begitu sinonim dengan majlis

pelancaran produk atau kebanyakan event di LEMBAH KLANG nie…. Sentiasa juga

mendapat jemputan untuk food review di restoran mahupun hotel terkemuka…

2012 01 09 06.15.58 5 Blogger untuk calon HOST JALAN JALAN CARI MAKAN

Daddy ILHAM atau lebih dikenali sebagai SHAKIDDO di kalangan peminat

blog beliau suka tips blogging…. Seorang yang pakar masak spagetti dan

murtabak maggi.Dan pernah jadi guru masakan di suatu masa dahulu….

DSC 35831 5 Blogger untuk calon HOST JALAN JALAN CARI MAKAN

Yezza….

Inilah calon terakhir ( gila kuasa calon diri sendiri ) – Seorang blogger yang masih bujang

lagi TERUNA still available di dalam dunia internet…. Tak pandai dalam bidang

masakan … Cuma mempunyai selera makan yang semakin menjadi-jadi sejak

kebelakangan ini…. hahahahahaha .

 

p/s : So mana satu pilihan anda untuk jadi HOST RANCANGAN JJCM …. ???

 

 

Mee Celop @ Restoran Prima TAMAN SEROJA

Photo0244 Mee Celop @ Restoran Prima TAMAN SEROJA

Pada hari sabtu yang lepas saya terbaca mengenai MEE CELOP di blog ABANG 

SILVER BAR  di restoran tomyam yang berhampiran area tempat tinggal beliau….Dan

saya baru sedar MEE CELOP nie adalah menu  di kedai makan tomyam yang masih

belum saya cuba…

Photo0247 Mee Celop @ Restoran Prima TAMAN SEROJA

Maka oleh sebab itu….

Lepas habis kerja terus saya singgah RESTORAN PRIMA TAMAN SEROJA untuk order

MEE CELOP untuk food tasting la kononnya…. Then sekali imbas apabila dihidangkan

nampak macam MEE SUP je….dah memang panas sebab boleh nampak asap terhasil

bila cuba nak hirup kuahnya….

Photo0250 Mee Celop @ Restoran Prima TAMAN SEROJA

Bila saya rasa kuahnya tak berapa pedas …. so saya tambahkan serbuk cili nie… sambil

amik gambar MEE CELOP nie dengan hanya gunakan handphone yang ada DUA

MEGAPIKSEL kualiti gambarnya…. Perasan juga ada dua tiga customer lain dok jeling

kat saya melihatkan gelagat saya dok amik gambar MEE CELOP nie…

Photo0245 Mee Celop @ Restoran Prima TAMAN SEROJA

Kalau dilihat MEE CELOP yang ABANG JEJAI makan tu ada POTONGAN AYAM

seketul…. Tapi yang saya makan nie ada hirisan daging dan FISHBALL….

Photo0246 Mee Celop @ Restoran Prima TAMAN SEROJA

Manakala hirisan daging ayam pula macam yang kita order lauk AYAM MASAK MERAH

jee…cuma apabila saya dah tambah serbuk cili tadi digaul dengan kuah MEE CELOP

nie…ianya memberikan rasa yang lebih sedap untuk saya hirup kesemuanya….BEST !!!

 

p/s : Minta rakan2x untuk VOTE SAYA untuk MALAYSIA TOURISM FOOD BLOGGER

okey…. >>>> UNDILAH SAYA <<<

Hazman vs Food ( Kepak + Dada + Drumstik + Rangka Ayam )

Sekarang nie….

Rasa excited la pulak apabila tibanya ada pasar malam…. bukan aper sebab dalam

kepala otak saya nie pasti akan terfikir apa lagi MAKANAN PASAR MALAM yang saya

nak masukkan dalam slot HAZMAN vs FOOD….

Dan kali ini saya pilih….

DSC 00912 Hazman vs Food ( Kepak + Dada + Drumstik + Rangka Ayam )

Sepinggan ketul-ketul ayam PASAR MALAM…..

DSC 0082 Hazman vs Food ( Kepak + Dada + Drumstik + Rangka Ayam )

Seperti yang anda biasa lihat di PASAR MALAM…. saya amik semua bahagian yang

dijual…. KEPAK – ISI DADA dan peha a.k.a DRUMSTIK kan….Kalau TIGA KETUL nie…

tak sampai LIMA MINIT saya dah habis makan…. hehehehehe

DSC 0087 Hazman vs Food ( Kepak + Dada + Drumstik + Rangka Ayam )

Dan inilah RANGKA AYAM GORENG – bahagian yang dah lama sangat saya tak makan

nie sejak zaman sekolah dahulu….lagipun anda semua tahu kan…. RANGKA AYAM

GORENG nie tidak dijual di kedai makan mahupun restoran sebagai hidangan kan… dan

hanya di PASAR MALAM sahaja …. betul tak ?

DSC 0085 Hazman vs Food ( Kepak + Dada + Drumstik + Rangka Ayam )

Dan tanpa perlu diminta … ‘KERAK AYAM GORENG‘ nie diberikan secara PERCUMA

kepada setiap pembelian yang anda lakukan….tapi cili sos diorang kasi TIGA PAKET je,

tak cukup la bagi saya….terus sebotol CILI SOS jenama ‘LIFE’ saya bawa pulang

bersama-sama ayam nie…

Kalau tadi TIGA KETUL ayam tu saya makan tak sampai LIMA MINIT…. RANGKA AYAM

GORENG nie saya amik masa dalam SEPULUH MINIT.… walaupun isinya takde la

sangat…. tapi nak mengunyah tulang tu kena hati-hati jugak laa kan….

 

p/s : Minggu depan saya bercadang nak makan MEE atau BIHUN yang BERKUAH…

any suggestion my friend ???

Cabaran saya dalam usaha menjadi FOOD BLOGGER

Untuk menjadi blogger …

Adalah suatu kelebihan sekiranya jika kita ada MAJOR NICHE atau fokus topik mengenai

penulisan di blog kita…Kalau suatu masa dahulu saya cuba dengan topik teknologi dan

gadget namun ianya kurang berjaya….

Maka dalam pertengahan tahun lepas…saya terfikir untuk menjadikan blog

HAZMANFADZIL.COM ini lebih kepada MAKANAN dengan harapan dapat membentuk saya

sebagai FOOD BLOGGER MELAYU yang aktif dan dikenali ramai…Sehinggakan saya

saya tukar HEADER BLOG saya yang berunsurkan FOOD REVIEW dengan hasil karya

DUTA SAMSUNG GALAXY NOTE

design1 Cabaran saya dalam usaha menjadi FOOD BLOGGER

design2 Cabaran saya dalam usaha menjadi FOOD BLOGGER

design3  Cabaran saya dalam usaha menjadi FOOD BLOGGER

Namun semenjak penghujung DISEMBER yang lepas..saya dapati ada beberapa KESAN

dan CABARAN yang perlu saya tempuh dan selesaikan….

 

- MASALAH BERAT BADAN

Oleh kerana sasaran untuk ‘menyajikan’ LIMA MENU yang berbeza setiap hari bekerja…

saya telah mencuba dan makanan pelbagai jenis menu dan lauk pauk….Hasilnya berat

badan meningkat agak mendadak….KESILAPAN saya ialah tidak melakukan senaman

ringan secara berterusan

 

- KEKANGAN MASA

Sebagai seorang yang bekerja di bahagian KHIDMAT PELANGGAN ( CUSTOMER

SERVICE ) jadual kerja saya mengikut waktu syif mingguan…Dan ada kalanya saya

dikehendaki KERJA LEBIH MASA sekiranya ada staf yang cuti atau dihantar untuk

berkursus….So masa agak terhad di mana pada hari offday pula saya lebih

banyak luangkan masa dengan MASAKAN MAK saya di rumah beliau di kajang….

 

-  LIPUTAN KAWASAN 

Oleh kerana saya bertugas di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

( KLIA ) … Maka kawasan dan tempat yang lebih mudah untuk saya terjah hanya sekitar

BANDAR BARU SALAK TINGGI dan NILAI sahaja….Di mana kebanyakan kedai dan

restoran makanan adalah lebih kepada Makanan TOMYAM dan ASAM PEDAS sahaja…

 

- PENGUSAHA MAKANAN

Kebanyakan pengusaha makanan di kawasan saya kebanyakannya MELAYU dan

perniagaan mereka dalam skala kecil dan sederhana….Dan pastinya mereka tidaklah

memikirkan untuk melakukan teknik promosi secara aktif apatah lagi hendak

panggil blogger untuk buat promosi….

 

- KOS PERBELANJAAN

Disebabkan minat dan diri saya sendiri yang memang suka makan segala kos makan

minum untuk food review di blog nie boleh dikatakan 98% adalah tanggungan diri sendiri

So untuk pergi ke tempat makan yang lebih baik dan eksklusif pastinya kena keluarkan

belanja lebih besar ( BUDGET KEWANGAN BULANAN ) memang diambil kira…hihihi

 

Itulah di antara CABARAN DIRI SAYA untuk mencapai matlamat menjadi FOOD 

BLOGGER MELAYU yang kenali ramai…. Semoga saya dipermudahkan untuk mencapai

hasrat tersebut….

 

p/s : Kalau anda biasa baca slot MAKANAN SEDAP di blog saya ….anda pasti tahu saya

dah makan SEMUA JENIS NASI GORENG !!!

Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI




Alhamdulillah ….

Setelah beberapa kali mencari masa pada hari AHAD lepas saya berpeluang

untuk menikmati makanan di Restoran Ayam Kampung di GIANT NILAI…

Sebenarnya kat area situ ade EMPAT LIMA restoran makanan yang menarik

untuk saya buat food review….

ayam1 Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

Orang tak ramai masa saya pergi restoran nie….

ayam3 Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

Mula-mula tanggapan saya restoran nie hanya jual AYAM KAMPUNG je…tapi

tidak sama sekali.Bila dilihat pada menu kebanyakan hidangan yang ditawarkan

tidak ubah seperti menu di kedai tomyam.Cuma kalau ayam diorang akan guna

AYAM KAMPUNG laaa…

Sementara saya menunggu pesanan yang telah diorder….

deko1 Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

deko2 Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

Ada ruang untuk kanak-kanak….

deko3 Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

deko4 Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

Ruang makan yang selesa untuk pelanggan

deko5 Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

Bekas tisu yang menarik perhatian saya….

ayam8 Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

Set makanan yang saya pesan….. MERIAH KAN…… hehehehe

air laici Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

Air Rambutan Nenas – Bekas minuman yang cantik dan menarik

ayam4 Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

Nasi Goreng AYAM KAMPUNG

ayam5 Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

Sup kosong….. MESTI ada….

ayam6 Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

Telur bungkus….. My favourite…..

ayam7 Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

AYAM KAMPUNG masak Ungkep – Masakan berempah Melayu Jawa katanya….

ayam9 Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

Walaupun agak banyak jugak menu yang saya order….tapi berjaya juga saya

habiskan dalam masa 20 minit….Errkkkk….kenyang siot..Overall makanannya

sedap dan sesiapa yang nak rasa masakan ayam kampung memang boleh la

datang ke sini…

Landmarknya amat senang iaitu bangunan bersebelahan GIANT NILAI……

Dan total bil untuk order saya tue…. RM23…okey la dengan lauk yang saya

order tue….Orang kata makan ayam kampung nie bagus sebab takde kadar

lemak ….. icon wink Restoran AYAM KAMPUNG @ Giant NILAI

p/s : Saya terlupa nak makan telur ayam kampung+ madu…… ngeh3x….