Tag Archives: jenama APPLE

Apple atasi Google

LONDON – Apple berjaya mengatasi Google sebagai jenama paling bernilai di dunia, sekali gus menamatkan penguasaan selama empat tahun enjin carian Internet itu, menurut tinjauan terbaru oleh agensi jenama global, Millward Brown.

Jenama pengeluar iPhone dan iPad itu kini bernilai AS$153 bilion (RM457 bilion), hampir separuh daripada pasaran modal Apple, lapor BrandZ yang membuat tinjauan tahunan ke atas 100 jenama utama dunia.

macbookairpink Apple atasi Google

credit

Tahun lalu Apple dinobatkan sebagai syarikat teknologi paling bernilai mengatasi Microsoft selepas menghasilkan barangan yang paling diinginkan pengguna.

Pengarah Millward Brown, Peter Walshe berkata, usaha Apple yang sangat mementingkan perincian dan elemen mesra alam dalam gajet membuatkan produk mereka lebih unik berbanding produk elektronik yang ada di pasaran.

“Apple telah melakukan apa yang dibuat oleh jenama mewah di mana penetapan harga tinggi pada model keluarannya menjadikan pengguna lebih ghairah dan berkeinginan untuk memilikinya.

“Untuk menggunakan pendekatan ini, sesebuah syarikat itu mestilah mempunyai produk yang hebat serta pengalaman yang luas dan Apple telah pun menguasainya,” katanya ketika dihubungi Reuters.

Daripada 10 senarai jenama teratas, enam daripadanya ialah syarikat teknologi dan telekomunikasi dengan Google berada di tangga kedua, IBM di kedudukan ketiga, Microsoft kelima, AT&T ketujuh dan China Mobile kesembilan.

McDonalds pula naik ke tangga keempat selepas industri makanan segera menjadi kategori paling pantas berkembang dengan Coca-Cola berada di kedudukan keenam, Marlboro kelapan dan General Electric ke-10.

Facebook turut berada dalam senarai 100 jenama bernilai di dunia dengan menduduki tangga ke-35, sementara enjin carian China, Baidu meningkat ke tempat ke-29.

Toyota pula merampas semula kedudukannya sebagai jenama kereta paling bernilai selepas pulih daripada krisis penarikan semula kenderaan yang dijual pada 2010. – REUTERS

// utusan//

Komputer riba Apple paling nipis

du 01.1 Komputer riba Apple paling nipis

GAMBAR menunjukkan satu model komputer MacBook Air.


CUPERTINO, California – Syarikat komputer Apple Inc. memperkenalkan dua komputer riba MacBook Air yang nipis kelmarin.

Salah satu komputer riba itu mempunyai skrin seluas 33.8 sentimeter (sm) manakala yang kedua mempunyai skrin 29.4sm.

Komputer MacBook yang lebih besar itu senipis 1.73 sentimeter dan seberat 1.3 kilogram (kg) manakala baterinya tahan selama tujuh jam.

Satu lagi model komputer riba itu seberat 2.2kg dan baterinya tahan selama lima jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs berkata semasa melancarkan: “Kami bertanya kepada diri sendiri, apa akan berlaku jika MacBook dan iPad digabungkan? Maka inilah hasilnya.”

iPad ialah komputer tablet keluaran Apple.

du 01.2 Komputer riba Apple paling nipis

GAMBAR menunjukkan dua model komputer MacBook Air yang nipis di Cupertino, California kelmarin.


Komputer MacBook Air tidak boleh membaca cakera padat (CD) atau cakera padat digital (DVD).

Ia hanya menggunakan memori flash seperti iPhone.

Komputer Macbook Air dijual pada harga bermula AS$999 (RM3,103) dengan storan memori 64 gigabit.

Pada harga AS$1,199 (RM3,725) ia dilengkapi dengan memori 128 gigabit.

Komputer Macbook yang lebih besar ditawarkan pada harga AS$1,299 (RM4,035) dengan kapasiti 128 gigabit atau $1,599 (RM4,968) bersama storan 256 gigabit. – Agensi

/// kosmo ///

-iklan Macbook Air

Droid saingan iPhone

Dengan Droid, Motorola telah berjaya menghasilkan telefon yang menarik dan memiliki teknologi terkini dalam memastikan survival mereka dalam dunia telekomunikasi.

in 02.1 Droid saingan iPhone

TELEFON bimbit Droid (kanan) mempunyai ciri-ciri yang mampu menyaingi iPhone (kiri).


APABILA bercakap tentang telefon bimbit, iPhone pastinya menduduki tempat teratas antara pengeluar telefon bimbit di dunia. Teknologi yang digunakan dengan reka bentuk unik membuatkan nama telefon keluaran Apple ini sering meniti di bibir para penggemar gajet digital.

Sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu, pengeluar telefon bimbit lain berlumba-lumba menghasilkan produk yang sering dilapor sebagai pesaing iPhone, tetapi setelah diuji hampir kesemuanya indah khabar dari rupa.

iPhone bukan sekadar menawarkan telefon yang mempunyai skrin sesentuh, tetapi keupayaan sistem operasi dan aplikasi yang ditawarkan turut menjadi sebab utama mengapa ramai yang terpaksa akur dengan keistimewaannya. Namun, dengan kemunculan Droid keluaran Motorola, adakah pandangan pengguna akan berubah?

Sama ada anda sedang mencari-cari telefon baru dengan ciri yang sofistikated, yang bukan sekadar untuk membuat panggilan telefon atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja, atau anda sememangnya seorang yang kerap menukar telefon, anda mungkin mahu ‘berkenalan’ dengan Droid.

Agak sukar untuk mengagak pengeluar Droid jika hanya melihat luarannya. Sekali imbas, ia seakan telefon bimbit PDA seperti HTC. Setelah bertahun agak ketinggalan di dalam industri ini, syarikat yang suatu ketika dahulu popular dengan telefon RAZR itu mengambil beberapa langkah bijak, salah satunya dengan menggunakan Android sebagai platform.

Dengan Droid, Motorola telah berjaya menghasilkan telefon yang menarik dan memiliki teknologi yang terkini dalam memastikan survival mereka dalam dunia telekomunikasi. Motorola juga telah berjaya membentuk persepakatan dengan Verizon, penyedia khidmat selular yang terkenal di Amerika Syarikat.

in 02.2 Droid saingan iPhone

MEMILIKI ciri-ciri gelongsor pada skrin dan papan kekunci QWERTY.


Droid mempunyai beberapa ciri yang terdapat pada iPhone seperti memori 16GB, WiFi, capaian 3G dan fungsi GPS binaan dalam. Dari sudut kamera, Droid memiliki kamera lima megapiksel berbanding iPhone 3GS yang didatangkan dengan kamera tiga megapiksel. Namun begitu, dari sudut aplikasi, iPhone mempunyai sokongan yang kuat dengan lebih 100,000 aplikasi berbanding Droid yang baru memiliki sekitar 10,000 aplikasi.

Dihasilkan menggunakan kombinasi material plastik dan keluli, secara zahirnya Droid mempunyai binaan yang kelihatan lebih utuh. Struktur asas telefon ini terdiri daripada dua bahagian utama iaitu skrin paparan berukuran 3.7 inci di bahagian hadapan dan papan kekunci QWERTY yang boleh ditolak keluar apabila hendak digunakan dan ditolak masuk untuk menyembunyikannya apabila tidak digunakan.

Motorola Droid mempunyai perbezaan ketebalan yang begitu sedikit, 13.77mm berbanding ketebalan iPhone 3GS iaitu 12.33mm. Namun begitu, Droid mempunyai kelebaran yang kurang berbanding iPhone. Sungguhpun kenipisan sesebuah telefon sering dijadikan aspek perbandingan, Droid boleh diberikan pengecualian kerana ia dilengkapi dengan skrin beresolusi lebih tinggi dan papan kekunci.

Seperti iPhone, ia juga memiliki ciri gelongsor pada skrin untuk akses pantas ke skrin utama yang menempatkan pintasan ke aplikasi kegemaran anda. Selain itu, terdapat empat butang yang memberikan capaian pantas ke fungsi-fungsi yang sering digunakan seperti menu dan skrin utama.

Ciri carian menerusi arahan suara juga terdapat pada Droid. Anda cuma perlu menekan butang carian dan sebutkan perkataan yang ingin dicari dan carian akan dibuat oleh Google tanpa memerlukan anda menaip di pelayar web seperti yang lazim dilakukan.

Sekiranya anda tercari-cari telefon yang pantas, Droid wajar diberikan perhatian kerana kemampuannya untuk melakukan pelbagai tugas. Namun peminat gajet di Malaysia mungkin harus bersabar sedikit kerana buat masa ini, telefon itu baru dipasarkan di Amerika Syarikat. Ia sama seperti gajet-gajet lain yang sering dipasarkan di negara Barat sebelum menemui peminat mereka di Asia khususnya di negara kita.

-kosmo




Belajar secara maya guna iPhone

me 02.1 Belajar secara maya guna iPhone

Aiman Ahmad Marzio (kanan) dan Ellya Sam pada Pelancaran Pendidikan Bersama iPhone 3GS oleh Maxis, Kuala Lumpur baru-baru ini.



SERAMAI 200 orang pelajar Sekolah Cempaka, Kuala Lumpur akan berpeluang belajar menggunakan iPhone 3GS daripada Maxis Communication Berhad (Maxis).

Majlis yang dilancarkan oleh Naib Presiden Maxis Communications Berhad, Fitri Abdullah dan Naib Presiden Sekolah Cempaka, Dr. Iskandar Rizal Hamzah akan mengedarkan 100 unit iPhone 3GS sebagai sebahagian daripada program Virtual Learning Environment (VLE).

Sekolah Cempaka telah mewujudkan program VLE sebagai landasan yang sesuai bagi Internet menggunakan iPhone dan sebagai tambahan sekolah akan memperkenalkan siri aplikasi iPhone yang akan digunakan dalam kurikulum setiap hari.

Fitri berkata, sejak revolusi iPhone 3GS dilancarkan pada 31 Julai lalu di negara ini, pihaknya mendapat pelbagai reaksi positif memandangkan fenomena iPhone 3GS adalah di peringkat global.

“Kami amat berbangga mengumumkan kerjasama dengan Sekolah Cempaka bagi membolehkan pelajar belajar menggunakan iPhone 3GS daripada Maxis memandangkan ia sesuai bagi bermain, belajar dan bekerja.

“Malah telefon bimbit ini lebih menarik apabila digunakan dalam pembelajaran di luar bilik darjah dengan adanya promosi bagi pelajar, guru serta kakitangan yang berminat untuk mendapatkan iPhone 3GS dari Maxis,” katanya.

Sementara itu, Dr. Iskandar Rizal menambah, Sekolah Cempaka telah menggunakan teknologi dalam kelas sejak lama dulu.

“Kami telah memperkenalkan MacBook bagi setiap pelajar sekolah menengah pada tahun 2007 dan kami melihat iPhone akan menjadi salah satu bahan pembelajaran.

“Kini dengan komputer riba, pelajar boleh mendapatkan maklumat secara dalam talian, berkomunikasi, mengakses dan menghantar kerja sekolah serta membikin filem serta projek,” katanya.

iPhone akan membuka aplikasi baru dan akan memberikan kemudahan kepada pelajar untuk mudah berhubung antara satu sama lain dan mempunyai akses sedia ada di luar bilik darjah.

Justeru, apabila pelajar menjalankan tugas luar, mereka boleh menggunakan iPhone untuk merekod, merakam gambar, temu bual dan merakam video.

Kolej Wanita Antarabangsa Cempaka (CILC) yang akan mengambil pelajar baru tahun ini akan membekalkan iPhone kepada pelajar sebagai sebahagian daripada persekitaran pembelajaran.

“Kami telah mempunyai semua sumber bagi penggunaan iPhone dan sentiasa membangunkan aplikasi sendiri,” katanya.

Kolej yang pertama seumpamanya akan dilengkapi dengan WiFi bagi memudahkan pelajarnya mendapatkan akses Internet.

Maxis mengadakan pameran bergerak di Sekolah Cempaka Damansara Heights bermula 13 September bagi membawa pengalaman iPhone 3GS lebih dekat dengan pelajar dan guru.

Dr. Iskandar Rizal berkata, pihaknya mungkin akan menjalinkan kerjasama dengan sekolah lain mengenai pengguna iPhone.

“Ini mungkin akan mengambil masa yang lama selepas kami membangunkan aplikasi sendiri,” katanya.

Sebahagian daripada pameran bergerak adalah untuk memberikan kemudahan kepada ibu bapa dan pelajar menggunakan rangkaian Maxis dengan pelan Value Plus Family.

Hanya dengan komitmen bulanan RM30, pelan Value Plus Family menawarkan 20 jam panggilan suara atau video percuma dan 2,000 SMS percuma bagi talian utama bagi talian tambahan.

Terdapat juga 15 jam panggilan suara atau video percuma dan 1,500 SMS bagi talian tambahan untuk memanggil talian utama dan talian tambahan.

Selain itu bagi Sekolah Cempaka, pelajar, ibu bapa dan kakitangan akan menikmati 38 jam panggilan percuma intra-komuniti dan 500 SMS sebulan sebagai sebahagian promosi Maxis bagi Sekolah Cempaka.

-utusanmalaysia




IPhone 3G S gajet terbaru

me 01.1 IPhone 3G S gajet terbaru

MENURUT Apple, terdapat lebih 100 aplikasi baru dalam iPhone 3G S.


BAGI mereka yang bercadang memiliki telefon iPhone 3G keluaran Apple Inc., mungkin anda perlu menangguhkan sedikit masa lagi kerana syarikat itu telah mengumumkan model terbaru telefonnya dikenali sebagai iPhone 3G S.

Menurut Apple, model terbaru itu yang menggunakan singkatan ‘S’ di hujung nama modelnya merupakan singkatan ‘speed’ yang akan memberikan tempoh dua kali ganda lebih pantas untuk pengguna melancarkan aplikasi, membuka laman web atau membuka lampiran e-mel.

Ia juga akan memberikan peluang kepada anda mengambil gambar dengan resolusi 3 megapiksel, merakam video dengan mudah, jangka hayat bateri lebih lama dan kawalan menggunakan arahan suara.

iPhone 3G S yang menggunakan sistem operasi iPhone OS 3.0 menawarkan lebih 100 ciri-ciri baru seperti fungsi Cut, Copy and Paste, MMS, Spotlight Search, papan kekunci melintang dan sebagainya.

Di Amerika Syarikat, model terbaru ini ditawarkan dengan harga yang sama bagi model iPhone 3G sebelum ini iaitu AS$199 (RM712) untuk model 16 Gigabait (GB) dan AS$299 (RM1,064) bagi model baru 32GB.

Sempena pelancaran model baru itu, Apple juga mengumumkan harga iPhone 3G sedia ada diturunkan kepada AS$99 (RM356) sahaja.

“iPhone 3G S merupakan telefon yang paling berkuasa untuk Apple dan ciri-ciri barunya akan menarik pengguna,” kata Naib presiden kanan, Pemasaran Produk Dunia, Apple, Philip Schiller.

Telefon ini menggunakan sistem grafik OpenGL ES 2.0 standard untuk menawarkan grafik 3D terbaik dan menjadikan permainan di dalam telefon lebih menarik dan pantas.

Selain ciri-ciri tambahan itu, model ini tidak mengabaikan fungsi utamanya iaitu sebuah telefon bimbit dengan menyokong sistem 7.2 Mbps HSDPA untuk rangkaian 3G yang lebih laju.

Bagi kameranya, ciri autofokus memudahkan pengguna untuk fokus, mendapatkan pendedahan cahaya dan kontras terbaik, termasuk ketika mengambil gambar dekat atau mikro.

Anda juga boleh merakamkan klip video berkualiti tinggi dengan terus mengeditnya pada iPhone 3G dengan mudah.

Fungsi baru kawalan suara yang terdapat dalam model ini membolehkan anda hanya perlu menyebut nama atau nombor telefon kepada mikrofon telefon untuk mendail rakan.

Ia juga membolehkan anda mengarahkan telefon itu memainkan muzik, menghentikannya, memainkan lagu lain dan sebagainya.

Bagi yang kerap mengembara, memiliki kompas adalah satu keperluan terutama bagi yang beragama Islam kerana mereka ingin mengetahui arah kiblat apabila berada di tempat baru.

iPhone 3G S mempunyai kompas digital terbina di dalamnya dan kompas itu boleh menunjukkan ke mana arah anda menuju dan dengan GPS terbina dalam, anda boleh mengetahui kedudukan anda.

-utusanmalaysia