Tag Archives: jenama LG

Gajet untuk generasi muda




me 02.1 Gajet untuk generasi muda

LG Cookie Mini (T300) bakal menawarkan pengguna pengalaman pelayaran Internet mudah alih terbaik.


BERMATLAMAT memenuhi gaya hidup mobiliti generasi muda hari ini, pengeluar produk elektronik, LG memperkenalkan tiga model baru telefon bimbit dalam rangkaian Generasi Z.

Model tersebut adalah LG Cookie Mini (T300), LG Cookie Style (T310i) dan LG Town (C305).

Kesemua koleksi tersebut didatangkan bersama warna bertenaga dan bergaya serta menawarkan pengalaman fungsi komunikasi terbaik kepada pengguna.

Bukan setakat itu, ketiga-tiganya juga dilengkapi spesifikasi antara muka mesra pengguna, fungsi menaip versatil, aplikasi permainan muzik termaju, capaian laman rangkaian sosial, e-mel dan mesej ringkas.

Melengkapkan fungsi multimedianya pula, model-model itu juga didatangkan bersama set kepala 3.5 inci, penalaan radio dan slot kad memori microSD.

Bagi memudahkan pengguna, kesemuanya tersedia bersama aplikasi rangkaian sosial Facebook, Twitter, Windows Live Messenger dan sebagainya.

Maklumat lanjut mengenai model-model telefon bimbit terbaru ini, sila layari laman web www.lg.com.

Definisi SL90 LG




LG Electronic turut memperkenalkan tujuh lagi televisyen LCD LED pada tahun ini.

in 04.1 Definisi SL90 LG

KEHADIRANNYA dalam kediaman menjadikan segalanya kelihatan bergaya.

PENGALAMAN baru dunia televisyen berskrin cecair kristal yang menggunakan teknologi diod pemancar cahaya (TV LCD LED) boleh dirasai pada paparan TV LCD LED Digital SL90.

Model SL90 keluaran LG Electronic menampilkan reka bentuk moden dengan menggunakan teknik Injection Compression Molding (ICM) merupakan salah satu televisyen ternipis di dunia.

Teknik ICM itu menghasilkan permukaan berupa kaca, hampir-hampir menyingkirkan ruang antara skrin dan permukaan tepi sekali gus amat sesuai dengan gaya hidup moden rakyat Malaysia.

Televisyen moden nipis ini juga dilengkapi dengan lampu sorot LED untuk menghasilkan nisbah kontras dinamik tinggi sebanyak 3,000,000:1 bagi kualiti gambar yang sempurna dan meningkatkan piksel warna halus.

Ia adalah untuk memastikan pengguna yang menonton televisyen tersebut seolah-olah mengalami pengalaman sebenar ketika menyaksikan rancangan serta filem kegemaran mereka.

in 04.2 Definisi SL90 LG

PANDANGAN sisi yang mempesonakan.


Selain itu, skrin antisilau 1080 berdefinisi tinggi penuh yang terdapat pada televisyen ini mampu mengurangkan bayangan kerana ia diterap dengan teknologi TruMotion 100Hz untuk menawarkan kejelasan mengagumkan.

Bagi penggemar muzik dan ingin melihat gambar dari telefon bimbit melalui skrin lebih besar kemudahan canggih Bluetooth juga disediakan untuk mereka. Sistem audio SL90 membantu keterujaan tontonan kerana dilengkapi speaker ‘halimunan’ khas berkualiti tinggi.

Tidak perlu lagi bimbang tentang aspek tenaga. Model ini lebih mesra alam dengan menggunakan teknologi penjimatan tambahan tenaga pintar (Smart Energy Saving) yang mampu menjimatkan sehingga 70 peratus penggunaan tenaga.

Pengurus Besar Jualan LG Electronic, Chee Khay Huat berkata, beliau yakin dengan prospek pasaran TV LCD LED di Malaysia pada 2010 lantaran trend itu sejajar dengan peningkatan gaya hidup moden di kalangan rakyat negara ini.

in 04.3 Definisi SL90 LG

BIARPUN nipis, SL90 dilengkapi pembesar suara tersembunyi dengan kualiti audio memuaskan.


“Kita juga mengambil kira peningkatan permintaan bagi kediaman apartmen dan kondominium, sudah tentu pemilik kediaman ini mahukan transformasi bagi hiburan rumah. LG Electronic kini menguasai 22 peratus TV LCD dan menyumbang 10 peratus kepada jualan hiburan di rumah,” katanya.

Beliau juga menambah, LG Electronic akan memperkenalkan tujuh lagi TV LCD LED pada tahun ini bagi memastikan setiap isi rumah di Malaysia berpeluang menggunakannya. Katanya, dua lagi TV terbaru itu akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini termasuk TV bersaiz 72 inci.

“Kepelbagaian siri bagi TV LCD LED ini adalah strategi pemasaran LG Electronic untuk memastikan produk kami mampu dibeli oleh semua golongan termasuk pelanggan yang berpendapatan rendah,” ujar beliau.

Pengenalan produk itu dijangka membantu LG Electronic mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak RM800 juta pada tahun ini berbanding RM600 juta pada 2009.

Selain itu, tambah Chee, ia juga bakal memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama utama hiburan di rumah di kalangan pengguna Malaysia. Ia sekali gus membolehkan LG Electronic melonjakkan kedudukannya di tempat kedua utama dalam menguasai pasaran tersebut.

Model TV LCD LED Digital SL90 ditawarkan pada dua saiz iaitu 42 dan 47 inci, masing-masing pada harga RM7,499 dan RM10,999.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk terbaru ini pengguna boleh melayari laman sesawang http://www.lge.com.my, http://www.lgblog.com.my atau www.lgborderless.com -

-kosmo

Pintar dan bergaya




me 01.1 Pintar dan bergaya


LG Electronics, perintis teknologi telefon skrin sentuh dan pemimpin dalam reka bentuk telefon bimbit bergaya, memperkenalkan telefon bimbit inovatif LG-GM730 Smartphone.

Sebagai sebahagian daripada rangkaian telefon skrin sentuh keluaran LG, model baru ini dijangka mampu memuaskan setiap pengguna.

Disebut-sebut sebagai salah satu telefon pintar paling mesra pengguna di pasaran dan yang pertama menawarkan versi baru Windows Mobile 6.1, LG-GM730 Smartphone direka untuk operasi yang pantas lagi mudah.

Ini bagi membolehkan pengguna dapat menikmati ciri-ciri telefon pintar terbaru dengan usaha yang minimum.

Telefon pintar yang langsing dan nipis ini turut dilengkapi dengan ciri sistem penentu kedudukan global (GPS).

LG-GM730 Smartphone boleh didapati di semua pengedar sah LG. Telefon pintar ini dijual pada harga runcit RM 1,799.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.lge.com.

-kosmo

Bagaikan menonton teater

Telefon bimbit LG BL40 Chocolate dengan ciri-ciri skrin sentuh dicipta untuk memberikan anda pengalaman menonton filem yang menyeronokkan.

in 02.1 Bagaikan menonton teater

SKRIN lebar membolehkan anda melayari dua laman web dalam satu masa.


SIRI telefon bimbit istimewa LG Chocolate meneruskan legasinya dengan menghasilkan Baca selanjutnya…

Telefon LUT SINAR pertama dunia

Menampilkan Crystal Touchpad gelongsor ke bawah yang lut sinar. Ia bersinar lembut apabila diaktifkan.

in 02.1 Telefon LUT SINAR pertama dunia


in 02.2 Telefon LUT SINAR pertama dunia


in 02.3 Telefon LUT SINAR pertama dunia


Terkenal dengan rekaan penuh inovatif dan bergaya, LG Electronics sekali lagi merintis jalan dalam penghasilan telefon bimbit yang lari daripada kebiasaan. Ternyata aspek itulah yang sering membezakan LG daripada para pesaingnya.

Tampil dengan telefon bimbit skrin sentuh terbaru, LG-GD900 Crystal, ia cukup unik kerana disifatkan sebagai telefon bimbit lut sinar pertama di dunia. Merupakan telefon bimbit berbukaan gelongsor, LG-GD900 Crystal memiliki skrin lebar tiga inci.

Telefon LG-GD900 Crystal diperbuat daripada kaca yang amat kukuh. Walaupun ia kelihatan mudah pecah seperti kristal yang mahal, ia dibingkaikan dan diperkukuhkan oleh pita Liquidmetal yang amat kuat dan mampu menyerap hentakan dan getaran.

Menampilkan Crystal Touchpad gelongsor ke bawah yang lut sinar, ia bersinar lembut apabila diaktifkan. Crystal Touch Pad berfungsi sebagai pad kekunci abjad angka dan trackpad yang mampu mengecam tulisan tangan dan memberi respons kepada arahan sentuh. Itulah sistem yang dinamakan Gesture Command yang merupakan satu lagi ciri unik yang ada pada telefon bimbit itu. Ini kerana, ia didakwa sebagai telefon pertama menampilkan teknologi Gesture Command, teknologi sentuh generasi depan.

Ciri pengemudi mudah itu membolehkan capaian mudah kepada aplikasi dan pelbagai kerja. Contohnya, pengguna boleh mengaktifkan pemain MP3 ketika menaip e-mel dengan menulis simbol yang ditugasi terlebih dahulu secara mudah bagi memainkan MP3 di atas Crystal Touch Pad.

Digandingkan dengan Antara Muka Pengguna (UI) 3D S-Class inovatif dan dinamik dari LG, telefon ini turut direka bagi mempermudahkan penggunaan telefon.

Bersaiz sederhana, ia mempunyai dimensi 105mm × 52.8mm × 13.5mm dan mempunyai berat 120 gram.

Telefon LG-GD900 Crystal juga lengkap dengan ciri-ciri multimedia termaju lain. Ia dilengkapi kamera lapan megapiksel, WiFi dan HSDPA untuk akses web lebih pantas.

Kapasiti memorinya boleh diperluaskan sehingga 32 Gigabait. Ia dijual pada harga runcit RM1,999.

Telefon bimbit itu dilancarkan bersama rangkaian telefon bimbit skrin sentuh pintar dan bergaya dari LG yang lain iaitu LG-GM730 Smartphone dan LG-GC900 Viewty Smart.

Apa yang pasti, rangkaian terbaru telefon bimbit skrin sentuh dari LG itu memberi bayangan akan trend masa depan di pasaran komunikasi mudah alih, di mana telefon bimbit kian berlandaskan teknologi.