Genggaman kamkoder selesa




in 03.1 Genggaman kamkoder selesa

KEMASAN ergonomik dan warna menarik menjadi ciri tarikan awal siri ini.


TIDAK dinafikan, pandangan pertama merupakan tarikan penting sebelum seseorang pelanggan mendekati sesebuah produk elektronik yang dipamerkan di kedai.

Sudah menjadi kebiasaan, selepas berpuas hati dengan reka bentuk, produk tersebut perlu memenuhi spesifikasi yang dikehendaki pula.

Dua elemen penting ini seakan-akan sudah termaktub dalam setiap idea pemilihan produk. Justeru, tidak hairan produk kamkoder terbaru Samsung, SMX-C200 dan HMX-U20 dicipta bagi memenuhi kedua-dua elemen berkenaan.

Samsung SMX-C200 merupakan kamkoder yang diserikan dengan warna-warna terang sama ada merah, biru atau ungu yang berkilat bagi memenuhi motif yang mencipta efek elegan dan semula jadi.

Reka bentuk dan warna yang ditawarkan ini membuatkan kamkoder tersebut tidak akan membosankan penggunanya. Saiznya yang ultra kompak, ringan dan kontur organik begitu selesa di tangan, sekali gus mewujudkan perasaan yakin untuk setiap sesi rakaman.

Kelebihan Samsung SMX-C200 ialah lensa sudut EZ yang membenarkan posisi tangan yang selesa dan kelihatan natural melalui penyesuaian skrin LCD sehingga 25 darjah yang sejajar dengan lensa. Skrin LCD yang disesuaikan memberikan anda penglihatan yang jelas kepada subjek yang dirakam.

Selepas rakaman dibuat, kongsikan rakaman berkenaan di laman sosial YouTube dengan hanya satu sentuhan butang. Pilih sahaja fail yang diingini di skrin dan tekan butang muat naik. Fail berkenaan akan dihantar secara langsung ke YouTube tanpa kawalan ke atas komputer.

Salah satu ciri penting yang membuatkan Samsung SMX-C200 ialah ia dilengkapi dengan perisian PC terbina dalam iaitu intelli-studio 2.0. Apabila ia disambungkan ke komputer, perisian ini akan berfungsi secara automatik dan membenarkan anda melihat, menyunting atau berkongsi fail.

Rakaman juga lebih panjang dengan H.264 Codec yang membolehkan Samsung SMX-C200 merakam lebih 12 jam dengan video berkualiti tinggi menggunakan kad SD 32 gigabit. Ia memberikan ruang yang anda perlukan untuk menikmati rakaman tanpa tekanan.

Kemampuan merakam dengan masa panjang itu juga dipacu oleh kebolehan bateri yang tahan lebih lama. Melalui tenaga bateri yang dipertingkatkan secara efisien menggunakan penyelesai cip generasi kelapan, ia memberi pengguna lebih banyak masa untuk memainkan video iaitu selama dua jam 40 minit.

-kosmo

100 total views, no views today

Selamat datang telefon 3D

me 01.1 Selamat datang telefon 3D

SAMSUNG menggunakan telefon SCH-W960 untuk memaparkan aplikasi 3D



JIKA kita lihat di panggung wayang, dewasa ini telah banyak filem-filem yang menggunakan teknologi tiga dimensi (3D) ditayangkan kepada umum bagi memberikan pilihan dan kelainan kepada penonton selepas kejayaan filem Avatar. Walaupun penggunaan teknologi 3D bukanlah perkara baru dalam industri perfileman kerana kita tentu pernah mendengar bapa kita menceritakan bagaimana mereka di zaman kanak-kanak dapat melihat kapak ‘terbang’ ketika menonton di era 1970-an. Bagaimanapun, teknologi 3D tidak banyak berkembang selepas itu kerana kos pembangunannya yang tinggi dan penonton juga seakan bosan kerana mereka mahukan sesuatu yang lebih nyata. Lupakan filem 3D itu kerana kita kini ingin memperkatakan mengenai telefon 3D pula kerana dengan telefon 3D, tentu anda boleh melakukan pelbagai perkara seperti menonton di skrin yang lebih besar atau menaip di papan kekunci maya ketika di dalam bas atau keretapi. Walaupun ia seakan suatu mimpi yang sukar dicapai tetapi usaha-usaha pembangunannya telah dimulakan dan salah satu projek yang diusahakan oleh para saintis ialah melalui Projek 3DPhone yang dimulakan pada Februari 2008. Projek itu bertujuan untuk membangunkan teknologi dan aplikasi utama yang akan membolehkan telefon bimbit memaparkan imej 3D dengan satu format yang disokong oleh semua peserta industri. Ia bermatlmat membangunkan kesemua fungsi utama dalam sebuah telefon iaitu paparan media, sistem antara muka pengguna (UI) dan aplikasi pengurusan maklumat peribadi (PIM) yang apabila digabungkan mampu memaparkan imej 3D. Projek itu dijangka mengambil masa tiga tahun dan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan disertai oleh enam negara iaitu Turki, Jerman, Hungary, Perancis, Sepanyol dan Finland. 3DPhone ditaja oleh program ICT Masyarakat Eropah yang mana apabila ia siap dilaksanakan, telefon-telefon bimbit akan boleh berkongsi aplikasi dan bahan media dengan produk-produk lain seperti televisyen dan sebagainya tanpa pengguna perlu memakai cermin mata 3D khas. Selain di Eropah, pembangunan teknologi telefon 3D juga sedang dilaksanakan di beberapa negara di Asia Timur seperti di Korea Selatan dan Jepun. Pengeluar Korea Samsung dari Korea Selatan misalnya telah memperkenalkan telefon pintarnya yang mampu menukarkan video atau filem biasa kepada 3D melalui telefon SCH-W960. Selain telefon bimbit, Samsung juga telah memperkenalkan siri televisyennya yang mampu menukarkan video 2D ke format 3D. Telefon SCH-W960 menggunakan skrin sesentuh AMOLED 3.2 inci dan kamera digital 3 megapiksel dengan flash Xenon. Dengan menggunakan teknologi perkakasan tersendiri, pengguna boleh melaraskan skrin paparan agar tidak perlu memakai cermin mata 3D untuk menonton aplikasi 3D di telefon ini. Produk ini telah dipasarkan di Korea Selatan. Kerana tidak mahu mengalah dengan rakan senegaranya, LG turut memperkenalkan produk terkininya telefon 3D yang dijangka akan memberi saingan hebat kepada pengeluar telefon pintar yang lain, termasuk iPhone. Telefon yang masih dalam proses reka bentuk itu, direka oleh Petr Kubik dari Yanko Design mempunyai reka bentuk yang sangat menarik. Jika menggunakan cermin mata 3D, anda boleh menonton wayang gambar dan melakukan kerja-kerja pejabat walaupun sedang berada di luar rumah atau pejabat. Skrin telefon boleh dibesarkan dengan hanya menyelak panel di pusat paparan dan anda juga boleh mengecaj telefon menggunakan panel solar yang terdapat di belakang telefon. Menarik bukan? Telefon 3D rekaan Kubik ini mempunyai kesemua elemen yang diperlukan termasuk cermin mata 3D, pen stylus dan skrin yang boleh diperbesarkan. Apliklasi 3D juga akan menyokong kamera dan filem 3D yang ditayangkan, termasuk anda boleh membuat berbual dengan rakan dan keluarga seperti mereka betul-betul berada di hadapan anda! Sebagai syarikat pengeluar telefon terbesar dunia, Nokia tentu tidak mahu ketinggalan dalam membangunkan telefon bimbit 3D dengan paparan stereoskopik. Nokia telah memperkenalkan prototaip telefon 3D ini tahun lepas di Jerman dan versi demonstrasi itu menggunakan Nokia N810 Internet Tablet. N810 itu menggunakan skrin khas yang ditempah dan menggunakan perisian khas untuk membolehkan paparan 3D dinikmati tanpa perlu memakai cermin mata khas. Menurut Nokia, syarikatnya masih belum menetapkan tarikh pelancaran produk itu kerana permintaannya masih rendah di samping kurangnya kandungan dan aplikasi yang berasaskan 3D. Motorola juga telah memperkenalkan telefon lipat 3D yang dikenali sebagai MT810. Walaupun produk itu masih dalam penyelidikan tetapi sumber menyatakan ia akan menggunakan teknologi 720p video untuk paparan 3Dnya. Kamera definasi tinggi (HD) yang terdapat di dalamnya boleh mengambil gambar 5 megapiksel dan mempunyai flash dengan lampu LED untuk kualiti gambar yang lebih baik. Penutup boleh lipat itu akan memaparkan imej 3D dan juga mempunyai lapisan skrin sesentuh yang menyokong pen stylus. Sememangnya, teknologi 3D untuk telefon bimbit ini masih belum benar-benar matang untuk kita gunakan sekarang tetapi sekurang-kurangnya dengan perkembangan terkini, kita mengetahui bahawa ia sudah tidak jauh berada di hadapan kita. -utusanmalaysia

91 total views, no views today

Notebook untuk si gadis




me 01.1 Notebook untuk si gadis

KOMPUTER terbaru dari Samsung ini tentu dicari-cari oleh pengumpul koleksi Barbie.



REMAJA Jepun dan Korea sememangnya sangat gilakan gajet. Tengok sahaja telefon bimbit mereka, pelbagai bentuk dan warna dihasilkan untuk memenuhi keperluan golongan ini, terutamanya bagi anak-anak gadis.

Gajet yang menggunakan karakter terkenal seperti Hello Kitty, Power Puff Girls, Hanna Montana dan sebagainya sememangnya banyak dihasilkan sama ada untuk anak gadis kecil atau yang meningkat remaja.

Selain telefon bimbit dan pemain MP3, ramai juga golongan remaja kini mula berjinak-jinak dengan dunia pengkomputeran kerana ingin sentiasa dihubungkan ke laman sosial seperti facebook, MySpace, Twitter dan sebagainya.

Yang menariknya, bukan golongan ini sahaja yang sangat teruja dengan laman-laman sosial tersebut, bahkan ibu mereka juga kadang kala terlebih taksub dengan dunia facebook mereka.

Memandangkan pasaran gajet dan komputer untuk golongan wanita semakin meningkat, maka pengeluar barangan elektronik mula menghasilkan produk-produk dengan reka bentuk khusus untuk mereka.

Samsung misalnya antara pengeluar produk elektronik yang sentiasa peka dengan keperluan ‘Girls Power’ dan baru-baru ini membangunkan notebook atau komputer buku khas untuk peminat-peminat patung Barbie.

Notebook Barbie yang akan melengkapkan koleksi anak-anak gadis itu mempunyai dua warna iaitu hitam dan merah jambu.

Komputer ini menggunakan skrin bersaiz 11.6 inci dengan resolusi maksima 1366 x 768, RAM 4 Gigabait (GB), pemproses 1.3Ghz Intel Core 2 Duo, cakera keras (HDD) 500 GB dan kad grafik GMA4500MHD.

Bagi hubungan wayarles pula, anda boleh menggunakan kemudahan WiFi dan Bluetooth yang disediakan dalam komputer ini.

Komputer ini menggunakan bateri sembilan sel yang mampu memberikan kuasa sehingga sembilan jam dan beratnya hanya 1.36 kilogram dengan tebal 2.54 sentimeter, yang sangat sesuai untuk dibawa ke mana sahaja.

Bagi yang mempunyai anak gadis, sememangnya notebook ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah hari jadi atau kerana mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan mereka.

Apa yang menarik bagi anak-anak remaja ini mungkin kamera web 1.3 megapiksel yang dipasang kerana ia sudah tentu memudahkan panggilan video dilakukan oleh ibu atau bapa mereka ketika di pejabat atau luar negara.

Bagaimanapun, memandangkan komputer ini mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi, mungkin juga ia lebih sesuai digunakan untuk anak remaja atau ibu mereka sendiri.

Setakat ini, notebook Samsung X-Series Barbie Special Edition ini hanya dipasarkan di Korea Selatan dengan harga kira-kira RM3,620.

Merah jambu

Selain Samsung, Fujitsu juga telah memperkenalkan komputer untuk pengguna wanita dengan memperkenalkan netbook Fujitsu MH380 berwarna merah jambu. Sememangnya penggunaan netbook kini lebih popular berbanding notebook kerana ia lebih kecil dan ringan.

Pada awal pengeluarannya, Fujitsu hanya memperkenalkan netbook MH380 berwarna merah dan hitam tetapi menambahkan warna merah jambu sebagai tarikan kepada anak-anak gadis.

Netbook ini mempunyai skrin 10.1 inci, paparan 1366 x 768, pemproses Intel Atom N450, WiFi, Bluetooth, WiMax, bateri enam sel dan menggunakan Windows 7 starter edition.

Sementara itu, Sony melalui netbook Vaio P terbarunya juga sangat sesuai untuk menjadi pilihan mereka yang inginkan komputer kecil tetapi mempunyai pelbagai fungsi lengkap.

Dengan hanya seberat 619 gram, Vaio P dilengkapi dengan WiMax, WiFi ABGN, Bluetooh dan kamera 0.31 megapiksel.

Model asas Atom Z530 berkuasa 1.60GHz dan model Atom Z560 (2,13GHz) mempunyai 2GB RAM, 64GB SSD dan cipset Intel SCH US15W yang menggunakan monitor bersaiz lapan inci.

Selain daripada warna merah jambu, Vaio P juga mempunyai empat warna yang lain termasuk warna ‘Crocodile’ yang tentu akan menambahkan koleksi gajet bergaya anda.

Tetapi itu semua kurang penting, kerana ciri terbaru bagi komputer ini ialah PS3 Remote Play yang mana jika anda menggunakan PlayStation 3 (PS3) dengan firmware 3.30 ke atas, anda boleh mengakses kandungan PS3 anda dan juga merakam program televisyen melalui Vaio P.

Selain itu, ia juga mempunyai Sistem Kedudukan Global (GPS), kompas digital, imej berpusing mengikut kedudukan komputer, WiMax (Everwair 3G) dan sensor accelometer.

Sememangnya bertuah sungguh anak-anak gadis masa kini kerana adanya gajet-gajet terkini, mereka tentu tidak perlu bersusah-payah untuk mengisi masa lapang dengan bermain teng teng, batu seremban, lompat getah dan congkak seperti rakan sebaya di zaman dahulu.

-utusanmalaysia

103 total views, no views today

Corby warnai dunia remaja




in 02.1 Corby warnai dunia remaja

DIJUAL pada harga RM699, Samsung Corby pasti mampu menggoda golongan muda.



LAMBAKAN reka bentuk dan warna telefon bimbit yang terdapat di pasaran hari ini kerap kali membuatkan pengguna pening kepala khususnya golongan remaja untuk memiliki telefon kegemaran.

Sudah menjadi kebiasaan golongan remaja sentiasa inginkan sebuah produk yang unik dan bergaya sesuai dengan jiwa muda mereka.

Namun, pada masa yang sama golongan ini juga mahukan telefon bimbit yang mempunyai harga mampu dimiliki agar tidak membebankan poket mereka.

Samsung Corby yang menampilkan rekaan luaran unik membulat serta pelbagai pilihan warna dengan skrin sentuh 2.8 inci QVGA resolusi 240 x 320 mampu menarik pengguna berjiwa muda.

Telefon bimbit itu bukan sahaja membolehkan pengguna menukar kerangka belakang dengan empat warna ceria iaitu jingga, merah jambu, putih dan kuning tetapi mereka sentiasa dapat berhubung antara satu sama lain melalui Pop-up SNS.

Melalui khidmat Pop-up SNS, ia membolehkan pengguna berhubung dengan kawan-kawan yang mempunyai laman sosial popular seperti Facebook, Twitter, Picasa, Flickr, Photobucket dan Myspace di mana sahaja mereka berada di seluruh dunia.

in 02.2 Corby warnai dunia remaja

SAMSUNG CORBY tampil dengan empat warna penuh ceria.



Dalam pada itu, Corby turut menggunakan teknologi antara muka popular TouchWhiz 2.0 untuk memudahkan kelancaran penggunaan telefon bimbit tersebut. Ia juga dilengkapi ikon kartun, lukisan tangan dan efek animasi menarik menambahkan lagi keseronokan pengguna.

Antara muka penguncian skrin juga mempunyai fungsi pengunci pintar untuk membolehkan pengguna membuka skrin terkunci dengan mudah. Hanya dengan menaip kata laluan, skrin tersebut dapat digunakan semula.

Bagi mereka yang gemar membaca pula, Corby tidak akan menghampakan mereka dalam pencarian makna perkataan merumitkan dalam bahasa Inggeris kerana ia disertakan dengan kamus terbina dalaman.

Mereka yang ingin merakamkan detik-detik harian yang bersejarah, telefon bimbit itu didatangkan dengan kamera 2.0 megapiksel membolehkan gambar dan video dirakam dengan jelas.

Dari segi hiburan pula, Corby menawarkan permainan Java, MP3, radio FM dan banyak lagi untuk memastikan pengguna sentiasa ceria dan bertenaga ketika menggunakan telefon bimbit itu.

Satu lagi kelebihan telefon bimbit yang berbentuk membulat dan lengkap dengan ciri interaktif itu, ia dijual pada harga RM699 sahaja.

Ia sudah tentunya harga yang masih dikira amat berpatutan khususnya untuk remaja berbanding telefon bimbit yang mencecah harga ribuan ringgit.

-kosmo

samsung corby commercial

98 total views, no views today

Rekaan produk terkini…..

Gelang tangan pengesan stres

JIKA kestabilan emosi penting untuk anda ketika melakukan urus niaga dalam talian, Rationalizer mungkin salah satu inovasi yang anda perlukan. Ini kerana, ia akan mengingatkan anda agar berehat apabila berasa stres.

Prototaip alat itu didedahkan oleh sebuah syarikat di Belanda, Philips Electronics dan ABN AMRO baru-baru ini. Alat itu disasarkan untuk mengesan tahap stres individu yang terlibat dalam urus niaga dalam talian.

Dengan menggunakannya, anda tahu bila waktunya anda perlu mengambil angin di luar, berehat dan menilai kembali tindakan.

in 07.1 Rekaan produk terkini.....

ALAT ini membolehkan pengguna memastikan mereka bertindak secara rasional.


Alat berupa gelang yang dinamakan EmoBracelet itu mengesan stres dan ia berfungsi bersama-sama dengan sebuah mangkuk yang dinamakan EmoBowl. EmoBowl akan berubah warnanya dari kuning ke merah apabila emosi pemakai gelang itu mengalami tekanan.

Para pengkaji di Philips, pembuat barangan elektronik konsumer terbesar Eropah berkata, pelabur-pelabur perumahan selalunya tidak bertindak secara rasional.

“Tabiat mereka dipengaruhi oleh emosi terutama rasa takut dan terburu-buru, yang mana ia menjejaskan keupayaan mereka untuk bertindak secara objektif dan berfakta,” kata mereka.

Meskipun tidak terlibat dalam pengeluaran produk itu, Geert Christiaansen, ketua pembangunan bisnes di Philips Design berkata, prototaip itu adalah sebahagian daripada usaha Philips untuk membantu manusia menangani stres dan teknologi itu boleh diperluaskan untuk kegunaan lain.

Motosikal kenderaan peribadi

SYARIKAT pemotoran Jepun, Honda Motor mempamerkan model kenderaan peribadi elektrik terbaru EV-MONPAL dalam prebiu media di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

in 07.2 Rekaan produk terkini.....

HONDA Motor mempamerkan kenderaan peribadi elektrik EV-MONPAL di Tokyo, Jepun baru-baru ini.



Produk yang kelihatan seperti motosikal itu mempunyai rekaan unik dan comel.

Disifatkan sebagai konsep model, Honda Motor mengumumkan barisan produk automobil dan motosikal konsep modelnya itu di Pertunjukan Motor Tokyo ke-41.

Telefon bimbit Armani

SELAMA ini, anda mungkin lebih mengenali Giorgio Armani sebagai jenama rekaan fesyen, tetapi tahukah anda ia kini mengeluarkan telefon bimbit?

in 07.3 Rekaan produk terkini.....

TELEFON bimbit Giorgio Armani dilancarkan di Milan, Itali baru-baru ini.



Telefon Armani tersebut telah dilancarkan di Milan, Itali baru-baru ini. Ia dibangunkan bersama Samsung dan Microsoft dan dipertontonkan kepada umum oleh syarikat jenama fesyen terkemuka dari Itali itu.

Mempunyai rekaan yang bergaya, telefon bimbit itu disasarkan untuk melengkapi cita rasa pereka fesyen masa kini.

-kosmo




186 total views, no views today